Friday, March 28, 2014

Rempah ratus

Dah lama tak menulis. Banyak benda yang berlaku disekeliling and patut ditulis tapi mood and masa amat tak mengizinkan. Sejujurnya saya pelik dengan kehidupan setelah tamat belajar. Masa belajar dulu semua benda perlu diuruskan sendiri, tak ada peluang langsung nak privatisekan tapi saya sempat buat benda2 yang saya suka. Sekarang hidup begitu memenatkan. Setiap hari saya terkejar kejar memenuhi tuntutan kerja yang kadang kala saya rasakan ntah apa apa. Mungkin saya saja yang merasakan begitu. Entahlah...

Down Memory Lane
Februari lepas saya and En Hubby sempat kembali ke Perth. A very short visit. Nak fulfilkan impian saya yang tak pernah attend convocation. Allah izinkan this time walaupun saya menangguhkan sehingga 2 tahun. Saya telah tamat pengajian and sepatutnya menghadiri convocation in 2012. Allah hanya mengizinkan saya menghadiri Convocation in 2014. Alhamdulillah....


SPM &Abang Long

Result SPM dah keluar. Saya demam 2,3 hari before result keluar. Saya risau dengan Abang Long especially about paper BM & Sejarah yang menjadi subjek wajib lulus. Alhamdulillah Abang Long lulus SPMnya. Resultnya amat biasa.  Bila ada yang bertanya, saya akan menjawab resultnya macam ASTRO- macam macam ada. Knowing Abang Long punya background saya rasa dia dah mencuba yang terbaik. Alhamdulillah. Sekarang ni saya berdoa agar Abang Long berjaya memasuki Faculty Art & Design and dapat buat bidang yang disukainya. Saya akan terus menyokong minat Abang Long and berdoa agar alam university sedikit sebanyak dapat menghilangkan pengalaman pahit ketika balik semula menyambung pelajaran menengah di Malaysia. 

Abang Ngah &Nina

Abang Ngah akhirnya memasuki sekolah menengah harian tak jauh dari area umah saya. Setelah berbincang dari hati ke hati dengan En Hubby dan bertanyakan pendapat Abang Long and few other friends, kami decide untuk tidak menghantar Abang Ngah ke sekolah harian Abang Long. Saya cuba membuat rayuan untuk masukkan Abang Ngah ke kelas aliran khas. Rayuan saya gagal. Alasan yang diberikan terlalu ramai budak yang mendapat 5A and 4A so Abang Ngah yang hanya mendapat 3A tidak mendapat tempat. Saya akur. 

Nina plak awal tahun ari tu sibuk minta izin nak masuk pasukan gymnastik. Saya tak berapa minat nak izinkan sebab pakaian yang perlu dipakai. Dia dah makin besar and saya dah kena instill slowly about cara pakaian. Nak cakap direct kat dia, tak sampai hati. Pelbagai cara En Hubby and saya buat untuk hilangkan minat dia tapi almost everyday dia dok sebut benda yang sama. Dalam diam saya berdoa agar Allah hilangkan minat dia. Tetiba, one day dia cakap kat En Hubby, dia tak nak masuk sebab dia ternampak ada budak dalam pasukan gymnastik kena pukul kat kaki sebab salah buat latihan. Saya percaya bukanlah pukulan yang kuat, may be salah satu method pengajaran. Tapi at the same time saya bersyukur... dia dah hilang minat ke arah itu..Syukur Ya Allah...




Research Grant

End of last year saya telah menulis satu research proposal. Maklumat grant tu saya dapat dari seorang kawan from another IPTA. Tapi atas sebab2 tertentu setelah proposal siap saya tak dapat letakkan nama saya sebagai ketua.  Bila memikirkan yang proposal tu dah siap and sayang le plak kalau tak mencuba nasib, saya memohon pertolongan dari kawan tadi tu untuk menamakan beliau sebagai ketua. Mulanya saya nak namakan Mr FF jaaa tapi field plak berbeza and tak bole le plak. Alhamdulillah kawan saya tu bersetuju. Kami pun mencuba nasib. Sejujurnya saya langsung tidak menaruh harapan yang tinggi. Tanpa disangka, March baru ni, kami mendapat email yang proposal tu diterima and dapat lah grant dalam Japanese Yen (Grant tu dari Japan). Walaupun, idak le juta2 Yen tapi cukuplah untuk langkah awal setelah saya gagal mendapatkan grant dari local. Sekali lagi, Allah menunjukkan saya keajaiban doa. Alhamdulilah....