Tuesday, July 1, 2014

Biarlah kami bercerita

Orang akademik kerjanya bercerita. Bercerita di dalam kelas dan bercerita di atas kertas. Cara bercerita pelbagai. Ada yang suka cerita hal yang indah indah ada juga yang bercerita hal yang meruntun jiwa. Mereka bukanlah pelakon dalam setiap cerita. Orang akademik hanya pencerita. Konsep ini wajib lah difahami oleh semua. Mungkin kalau dari segi hukum, konsep ini hukumnya fardhu ain untuk difaham...heee 

Orang akademik jiwanya besar tetapi sensitif. Jiwa besarnya dan sensitivitinya kekadang menyebabkan apa yang diceritakan begitu jelas. Kalau ceritanya indah dan gembira yang membaca pasti ketawa ria. Kalau yang diceritnya seram tak mustahil yang mendengar atau membacanya terkejut dan menggigil ketakutan. Kalau yang dipaparkan cerita duka nestapa, pastinya ada yang mengalirkan airmata. Pastinya orang akademik tidak merancang untuk membiarkan sesiapa berduka atas penceritaan mereka. Mereka hanyalah menjalankan tugas sebagai pencerita bertauliah. 

Amatlah tidak berhemah sekiranya yang mendengar atau membaca cerita yang terluka dan bergundah gulana menyalahkan orang akademik dengan akhiran cerita yang tidak indah. Kehidupan itu tidak semuanya indah. Peribahasa melayu juga ada menyebut sepahit pahit mambu, kelatnya menjadi ubat.  Bersikap terbuka dan berlapang dada mendengar atau membaca cerita orang akademik kekadang banyak baiknya. Fahamilah orang akademik hanya pencerita. Mereka garuk tidak berkuku dan sukar untuk menjadikan mereka seperti lalat diekor gajah. 


Nota: kalau salah peribahasa tu teman minta maap... teman "kangkong" jaaa....heeeee