Friday, July 15, 2016

Selamat Pengantin Baru

Malam semalam berlangsunglah majlis pernikahan anak sedara sebelah Encik Suami. Saya tak dapat hadir. Saya kirimkan hadiah yang tak seberapa nilainya dan pesanan ini untuk beliau:

PESAN MOK SU

Perkahwinan itu
Selalu digambarkan dengan cerita indah
Ibarat memasuki Taman Syurgaloka
Ingatlah anak ku
Tidak selalunya begitu

Perkahwinan itu
Ibarat perjalanan yang panjang
Mencari Sakinah Mawaddah Warohmah
Ingatlah anak ku
Sabar bekalan paling utama

Perkahwinan itu
Ibarat sebuah ladang
Perlu sentiasa dijaga dan diperhati
Ingatlah anak ku
Bajailah dengan kasih sayang

Perkahwinan itu
Ibarat penyatuan dua dunia
Berbeza cara dan budaya
Ingatlah anak ku
Terimalah seadanya dan berlapang dada

Perkahwinan itu
Ibarat langit tidak selalu cerah
Ribut petir taufan melanda
Ingatlah anak ku
Sujudlah padaNya untuk panduan


“Selamat Pengantin Baru…Muga Bahagia Hingga ke Jannah”- Mok Su 

Thursday, July 14, 2016

Aidilfitri 2016

Aidilfitri this year bergelumang dengan kekalutan peperiksaan yang sedang berlangsung.Sehari sebelum Aidilfitri, scripts exam untuk code pertama selamat diterima dari unit peperiksaan. Bertambah kalut apabila Abang Ngah juga perlu menghantar kerja kursus sejarah untuk PT3 beliau sebelum cuti Aidilfitri bermula.  We decided to celebrate the Eid kat Kedah ja. No travelling. Jimat masa dan tenaga.

Sejujurnya sambutan Aidilfitri di kala usia menganjak senja adalah lebih kepada memenuhi kehendak anak2 dan cuba sedaya upaya mengembirakan mereka. Jiwa dah lama beku. Sejak aruah abah tiada, kakak ipar yang menjadi penyeri di rumah mak juga pergi mengadapNya dan ketiadaan kedua2 mertua, excitement untuk Aidilfitri beransur pergi. 

Saya masih beruntung kerana punya Mak. Saya  dapat merasai kehambaran Aidilfitri di hati En Suami.  Saya pasti dia juga pasti merindui aruah ibu bapa yang telah lama tiada. Kekadang terkeluar juga dari mulut beliau cerita2 indah sambutan Aidilfitri ketika mudanya. Saya akan mendengar dengan sabar kerana yakin pastinya ketika itu rindu tidak dapat dirungkai. 

Dalam kekalutan saya buat juga 2 sessi rumah terbuka secara kecil kecilan. Satu untuk keluarga terdekat dan satu lagi untuk kenkawan anak2. Kami tidak banyak dapat melakukan ziarah ke rumah saudara mara. Masa banyak dihabiskan di rumah bersama anak anak. Melakukan aktiviti yang sukar di lakukan bersama mereka kerana kekangan masa. Memasak makanan kegemaran mereka, melayan kerenah dan mendengar mereka bercerita tentang apa saja.  Saya berdoa agar anak2 punya memori indah tentang sambutan Aidilfitri bersama kami. Bagi saya dan suami , cuti Aidilfitri lebih kepada meluangkan masa bersama anak2 dan mak yang masih ada. 


Tuesday, June 28, 2016

Adakah saya yang tertinggal atau dia yang tersimpang

Masa saya meniti remaja, mak selalu pesan kalau tak boleh puasa jangan makan depan aruah abah & abang. Kalau lapar atau haus boleh makan & minum, tapi pandai pandai la, jangan sampai semua dalam rumah tahu yang kita uzur. Pesan mak lagi orang pompuan kena pandai jaga adab.

Selalunya tiada yang tahu saya tidak berpuasa sehinggalah waktu solat. Aruah abah akan sound saya bila nampak saya tak bersedia untuk solat. Saya pula akan senyum & mak dengan selamba akan cakap "dia tak boleh sembahyang".

Bila saya di UK, tugas membeli barang dapur di bulan puasa selalunya jatuh di bahu sesapa yang uzur. Walaupun UK bukan negara Islam, kalau kami dahaga ketika shopping, saya dan kenkawan akan menyelinap masuk fitting room untuk meneguk air mineral. Tidak pernah tergamak kami minum di kalayak ramai walaupun kami boleh berbuat begitu tanpa risau ditahan oleh orang jabatan agama.

Masa berlalu, zaman berubah. Semalam saya terbaca kisah seorang anak gadis melalak menuntut hak untuk makan & minum di khalayak ramai ketika uzur di bulan puasa. Terfikir sekejap, di mana nilai sebuah kehidupan beragama? Tiada lagi ke rasa malu di kalangan gadis-gadis sehingga tergamak untuk memberitahu dunia tentang keuzuran mereka? Di manakah ibu bapa si gadis yang sepatutnya menerangkan nilai kehidupan orang islam dan orang timur? Adakah gadis-gadis sebegini suatu hari nanti yang akan menjadi menantu saya dan akan mendidik keturunan saya?

Adakah saya yang ketinggalan zaman atau gadis itu sudah jauh tersimpang? Saya keliru....


Monday, June 27, 2016

Exam: Macam ni punya kes pun ada....



Setelah menjangkau 23 tahun menjadi pensyarah dan beratus kali bertugas menjaga exam, hari Sabtu lepas (25 Jun 2016) , Allah bagi pengalaman lagi. Exam mula pukul 2.15 petang. Around sejam lebih exam berlangsung, nampak ada seorang lelaki menghampiri pintu besar exam hall. Kebetulan ada candidate nak ke toilet so saya pun ikut ke pintu.

Tetiba, lelaki tu yang sedang mengendong baby (2 bulan) yang sedang nangis cakap ngan saya   "Puan, anak saya nak susu, saya nak mak dia keluar bagi susu. Susu dalam botol dah habis". Terlopong saya. Then saya cakap " Maaf encik, exam sedang berjalan, calon tak boleh keluar untuk menyusu." Lelaki itu masih berharap dan ckp pada saya " yang kat dalam tu isteri saya, saya ni suami dia...anak saya lapar susu". Baby tu pula memang sedang nangis and resah. Saya tak sampai hati. So, saya mohon masa untuk berbincang dengan invigilator yang lain.

We then decided to call bilik gerakan exam dulu untuk maklumkan yang kami akan benarkan calon keluar sekejap diiringi oleh seorang invigilator pompuan untuk menyusu baby tersebut. Belum sempat bagi tau calon (ibu baby) and call bilik gerakan, dua orang invigilator yang pegi tengok baby tu inform saya yang sebenarnya baby tu berak. Itu yang dia nangis and resah. Bukan sebab lapar. Rupa-rupanya si bapa tak reti nak detect punca sebenar baby tu meragam. Si bapa pula tak reti nak tukar diaper. Mungkin juga dia "gayat" nak pegang baby yang baru berusia 2 bulan tu. 

Untuk benarkan calon keluar tukar diaper bagai memang tak bole laa. So, kami nasihatkan si Bapa bawa baby stay kat kawasan yang beraircond berdekatan dengan pintu masuk dewan exam dengan harapan baby tu cool down sikit. Si bapa bersetuju.

Lebih kurang 15 minit lepas tu, ada calon lain pula nak ke toilet. Sekali lagi saya buka pintu dewan exam.  This time saya nampak baby tu merengek dan dalam keadaan resah amat. Si bapa pula dah nampak panic  and tak tau nak buat apa.

Saya tak sampai hati tengok keadaan baby tu. Saya pun tanya si bapa ada tak diaper baru. Beliau bergegas ke kereta ambik diaper and wet tissue. Saya cakap yang saya perlu basuh bontot baby di toilet ( keadaan dah tak sesuai nak guna wet tissue- agaknya baby dah lama berak). To cut the story short, saya pun bawa la baby ke toilet and do the cleaning and change the diaper. Then, saya serahkan kembali baby tersebut kepada bapanya. beliau tersenyum lega.

Akhir exam, saya nampak si ibu berjalan tenang keluar dewan. Dia langsung tidak tahu apa yang berlaku. Saya berdoa ibu dapat keputusan yang baik.

* Pesanan penaja kepada student yang nak ambik exam: - tak yah la bawa baby ke tempat exam. Ikhtiarkan cari orang yang boleh diharap untuk menjaga baby.

* Pesanan penaja kepada invigilator:- bersiap sedia,  you never know that you need to basuh berak baby semasa menjalankan tanggungjawab anda.....heeeee

Monday, June 20, 2016

What I want NOW



My pencil case rosak. I want a new pencil case.  I want a pencil case from Smiggle. I want to go to Smiggle outlet to choose a lovely pencil case. I really want to go to Smiggle kat Perth. Sib baik my hubby is not the PM. Kalau tak petang ni I dah sampai Perth. Leaving on the Jet Plane!!

Monday, June 13, 2016

Tons of work



I have tons of work to settle:

1) This is the last week of lecture for my degree students. I am trying to cover as many past years questions as possible with the students.  At the same time I have bundles  of assignments and quizzes to mark. The first paper will be on the 3/07/16. Meaning, the carry marks for the two subjects must be out before that date. To make life more interesting, this week is also the week where the lecturer becomes so popular. Lecturers will be fully booked for consultations. Students come with thousand of issues and sometimes confessions that you really don't want to hear such as " Dr....I just realized that I don't really understand the last two topics....well...you know I didn't attend your lecture and I hope you could at least brief me out about that two topics". 

2) I need to submit an executive summary  and a financial report to the grant provider. The soft reminders keep on entering my mailbox. So far I didn't reply the email because I know it for certain that the deadline is the end of this month and I am working on it!!..After all, people say silence is golden...so I am applying it.....heeeee.

3) I supposedly present a paper at any international conference ( preferably in Japan or Korea) this year and subsequently publish that paper in one of the index journals.  Now already mid June and that paper is still in my dream!

4) I need to prepare another research proposal because by July I will not have any more grant. Need to try and get a new one for next year.

5) Last but not least, I have been asked to teach a new code/subject next semester...need to read piles of materials for that matter too.

Can I quit and join kilauan emas???


Sunday, May 22, 2016

Mission Impossible 1- Silver Medal



Do all of you still remember about my posting regarding my mission impossible  for 2016?. Ok...I went through the first one (MI 1) last Thursday - the innovation competition. My team was awarded a silver medal for our project title: The Samurai Model of Food Supply Chain.  Should be a motivational step for me to try again next year....be more innovative...come out with a better product and get a more sparkling medal! heeeee.........