Aidilfitri this year bergelumang dengan kekalutan peperiksaan yang sedang berlangsung.Sehari sebelum Aidilfitri, scripts exam untuk code pertama selamat diterima dari unit peperiksaan. Bertambah kalut apabila Abang Ngah juga perlu menghantar kerja kursus sejarah untuk PT3 beliau sebelum cuti Aidilfitri bermula. We decided to celebrate the Eid kat Kedah ja. No travelling. Jimat masa dan tenaga.
Sejujurnya sambutan Aidilfitri di kala usia menganjak senja adalah lebih kepada memenuhi kehendak anak2 dan cuba sedaya upaya mengembirakan mereka. Jiwa dah lama beku. Sejak aruah abah tiada, kakak ipar yang menjadi penyeri di rumah mak juga pergi mengadapNya dan ketiadaan kedua2 mertua, excitement untuk Aidilfitri beransur pergi.
Saya masih beruntung kerana punya Mak. Saya dapat merasai kehambaran Aidilfitri di hati En Suami. Saya pasti dia juga pasti merindui aruah ibu bapa yang telah lama tiada. Kekadang terkeluar juga dari mulut beliau cerita2 indah sambutan Aidilfitri ketika mudanya. Saya akan mendengar dengan sabar kerana yakin pastinya ketika itu rindu tidak dapat dirungkai.
Dalam kekalutan saya buat juga 2 sessi rumah terbuka secara kecil kecilan. Satu untuk keluarga terdekat dan satu lagi untuk kenkawan anak2. Kami tidak banyak dapat melakukan ziarah ke rumah saudara mara. Masa banyak dihabiskan di rumah bersama anak anak. Melakukan aktiviti yang sukar di lakukan bersama mereka kerana kekangan masa. Memasak makanan kegemaran mereka, melayan kerenah dan mendengar mereka bercerita tentang apa saja. Saya berdoa agar anak2 punya memori indah tentang sambutan Aidilfitri bersama kami. Bagi saya dan suami , cuti Aidilfitri lebih kepada meluangkan masa bersama anak2 dan mak yang masih ada.
No comments:
Post a Comment