Tuesday, April 26, 2011

Kehendak bebudak...kesibukan kami

Letih berfoya foya... lapar le pulak....



Bekas minuman idaman Nina


Lunch for d day



Man to man talk...






dah sampai..



2 jam b4 bertolak Papa still dlm acara "memulun"..




Dah nearly a week cuti sekolah. Kami berdua mengambil peluang "memulun" membuat kerja kerja PhD during school break. Memang effective compare ngan bila musim sekolah . As for me I tak yah sibuk nak buat breakfast as early as 7 am, lunch pun bole prepare lewat sikit and for my hubby dia ada masa lebih waktu ptg; tak yah pegi kerja. Kebetulan pula both of us kena hantar kerja to our svsors end of this week.

Dlm bz buat kerja tu, telinga pun lenguh gak dengar bebudak merengek minta bawa jalan jalan. Diaorang dah boring tengok cd and main game. At last my hubby bawa le pegi Adventure World. Tempat ni dekat je ngan my house (less than 20 minutes), tapi selepas 3 tahun baru le dpt pegi. Bebudak pun happy bila Papa menunaikan janji (3 tahun punya janji nih...heee) untuk ke Adventure World.




Sunday, April 24, 2011

My new mug

My 2011 Mother's Day gift.

Friday, April 22, 2011

Lost track of time...

I just realised that I am in the "no where timezone" when I received a replied e-mail from my svsor last Thursday:" I'm on Easter break till 28th April". Mesti dia pelik I minta nak jumpa on 25 April. Adusss...cam mana le bole tak perasan about Easter break and ANZAC day. Ini mesti case pening lalat dok revisit my analysis chapter. I am writing my fifth draft of that chapter. Dah loya amat! I wish I could present my latest edition of the chapter to him early of May. I just want to move on although the next part is the "scariest"part- revisiting my literature review chapter.........hu hu hu......

Wednesday, April 13, 2011

Pesanan Buat Kekasih...

Tajuk kat atas tu is one of my favourite songs zaman muda muda. I tak berapa mahir about muzik and lagu . Cuma masa muda muda dulu ada la few penyanyi Melayu yang I suka. Definition suka kat sini ialah bila I sanggup membeli CD lagu diaorang yang original. Tak ramai pun. The selected few tu adalah Jamal Abdillah, Salim and Ameng. Maaf la ye, CT not in my list. Kalau ada CD pun, pasar malam punya le. kah kah kah... Entah le suratan ke kebetulan ke, diaorang ni plak semua bermasalah. Sayang sangat ngan bakat yang ada. I idak le kagum ngan org yang pandai nyanyi coz masuk music class or singing class dari kecil. I kagum coz mamat 3 org ni rasanya org kampung yang memang tak ada formal training tapi diaorang punya suara and bakat nyanyi yang hebat. Terkini, Ameng plak masuk jail. Sayang kan. Harap harap berubah le lepas keluar nanti. Kalau asyik kes yang sama berulang ulang, org pun boring gak. On the positive side plak, may be pihak penjara bole jimat duit. Kalau ada function , tak yah kalut jemput penyanyi kat luar. Dah ada singer sendiri. Mudah kerja. Zaman I tua ni, suka plak ngan Adam Lambert. Minat gak dengar lagu dia "If I had you" tu. Mamat ni pun problem gak. Kecelaruan gender le plak. Apasal ye ...asyik minat je, ada masalah...ada masalah je I minat lagu diaorang...haishhhh....

Sunday, April 10, 2011

Minat Nina...Problem Mama



Membuat kek and sewaktu dgnnya bukanlah bidang saya. Saya tak pandai and tak minat untuk memandaikan diri. Sementelah pula my hubby tak minat untuk makan kek. Lidahnya , lidah kampung, lidah Melayu. Saya juga percaya, bakat untuk membuat kek ni tak semua orang ada. Dah lama juga saya akur yang bakat saya hanya pada membeli kek bukan membuat kek. Saya pasrah...kah kah kah.
My daughter pula amat minat untuk buat kek. Everyday dia akan tengok you-tube (howdini) cara buat pelbagai kek. Bila dia asyik tengok you tube tu saya pun rasa lega sebab bole buat kerja PhD dengan "tenang". Sebenarnya sejak 3 tahun buat PhD ni, sistem kerja/study saya memang tak professional. Kalau nak tunggu suasana yang kondusif untuk saya bekerja/study, alamat PhD saya akan bertukar jadi PhDuck. Konsep saya mudah je, avoid merungut and terjah je...
First year amat perit coz Nina kecik lagi and kami tak mampu nak hantar pergi childcare everyday. Pernah saya menaip proposal sambil meriba anak. Membaca artikel sambil menonton cd dora dah jadi kebiasaaan. Hubby pula dah biasa baca journal article kat McDonald (sambil tunggu Nina main kat playground). Bila ditanya tentang PhD, kami berdua akan jawab, kami hanya mampu berusaha sedaya upaya, menggunakan segala masa and ruang yang ada, penyudahnya kami berserah pada yang Maha Kuasa.
Back to minat Nina, semalam dia merengek lagi, ajak buat kek. Kesian kat dia, saya pun buat le ngan dia kek (gambar diatas) yang methodology nya entah apa apa. Ingredients yang ada kat dalam umah and saya kira logic saya masukkan je. Alhamdulliah, kek tu ada "rasa kek". Rupa tolak sebelah, kan org putih cakap "don't judge the book by its cover". Yang penting Nina happy. Sian dia, punya Mama yang sibuk buat PhD. Mama tak dapat layan dia 100%.
Selesai buat kek, Nina cakap lagi kat saya "besar nanti Nina nak jadi tukang masak".. As usual jjuga saya jawab " Nina jadi doktor lah...lagi best". Standard lah tu, impian seorang ibu ....kah kah kah...

Wednesday, April 6, 2011

Email

Email pagi semalam membawa maksud yang kerjaku makin bertambah. Disaat aku cuba nak "menyetelkan" chapter analysis aku (third draft dah ni..rasa nak muntah pun ada) , disaat aku pun dah jadi makin tak faham ngan apa yang aku analysiskan, disaat model aku pun makin serabut mcm mana serabutnya dalam kepala otak aku ni, dtg le plak kerja baru. Masa ni rasa macam nak jadi sotong le plak. Banyak tangan, bole buat banyak kerja serentak. Dah le makin hari makin aku rasa tak pandai. Lagi banyak journal article yang kubaca, makin banyak buku yang ku refer, makin konpius le plak...haisshhhh...PhD ni proses jadikan org tak pandai ke??? Dah le asal aku pun tak berapa pandai...aku stress lagi......

Sunday, April 3, 2011

First Grading- Green Stripe 1




Ari ni Nina attended her first grading session. Papa yang lebih nervous dari Nina. Risau dia takut Nina tak ingat all the steps. Nina as usual cool je. Rasanya dia tak faham pun dia nak kena grading. Dia ingat cam pegi training biasa je la kot. Sampai kat tempat grading, my hubby siap pesan "you tunggu tengok kat dalam, I tengok dari luar je la"...hahaha...




Nasib baik gak for bebudak age 4+ years, instructor dia buat dlm group. Kalau test sesorang mau meraban bebudak tu buat steps. Ada yang sampai terburai talipinggang. Jenuhlah juga instructor tu dok tolong ikat during the session. Maklumlah rata rata uniform taekwondo besar dari tuan tubuh. Seluar Nina sendiripun kena lipat 3x.

Bila nak mula sessi grading, instructor siap pesan kat parents yang gambar tak leh ambik dari jarak dekat and tak leh guna flash especially bila group 4 tahun tengah grading. Alasannya, takut nanti budak tergamam and tak ingat steps or budak siap dok posing untuk ambik gambar and tak dengar instructor cakap.

Before masuk grading untuk green stripe, bebudak ni kena dapat yellow stripe dulu. Untuk yellow stripe, instructor assess masa training je. So ari ni dgn rasminya lah yellow stripe Nina dah tukar jadi green stripe.

Friday, April 1, 2011

Hot autumn


Today I am back on my "PhD track", not a productive day though. One good news from the graduate school at least light up my day. They are asking for my consent to upload my paper which I have presented at the Research Forum into espace. In simple words, espace makes my paper accessible via the internet. Most probably in two weeks time, that simple paper will be in public domain. Hopefully, that simple paper could benefit other students who are doing research in the same field as mine. "Sharing is caring"......

Yesterday I dah hantar anak anak to school using our car. Side mirror belum baiki. Hubby still searching for the cheapest available option. Harap harap tak teserempak ngan police le. Kalau tak, tambah lagi masalah nak bayar saman sebab bawa kereta ngan side mirror rosak.

I pun dgn rasminya dah berenti kerja PTD .emmmmm...nak buat cam mana, 1 week I tak pegi kerja. Lagipun, lepas kejadian tu, hubby dah risau nak pegi kerja pagi pagi morning. So , the best solution, I berenti kerja and dia plak start kerja petang.


Ishhh...tersasar plak dari tajuk and gambar tu...Actually, nak ckp yang cuaca kat Perth ni still panas eventhough dah sebulan masuk autumn. Panas gillerrrr.... Macam summer le plak . Entah le apa puncanya...may be kenkawan yang jadi reporter bole pegi interview "Kak Mah" about autumn yang tak macam autumn kat Perth ni. She might give a very good answer for that.


Bila dah panas , Nina pun akan ada masalah. Badan dia akan naik merah merah. Jadi solution paling mudah yang Mama buat buka baju, sapu calamine lotion , pasang air-cond and paksa dia berehat. Nak bagi proses berehat tu berjalan ngan mudah sikit, kena la upah susu. Addoiii..anak dara ni dah 4+ years , still minum guna botol. Cuma rekod masih dipegang oleh Abg Ngah yang hisap botol sampai masuk darjah satu.......