Saturday, August 4, 2012

Mengatur Strategi

Confirm internet port kat bilik aku memang rosak and diaorang tak boleh (tak nak??) baiki. Aku pun dah berjumpa big boss. Jawapannya sama, suruh aku berhubung ngan pihak XXX. Then minta aku sabar and tunggu sampai end of September so that ada satu bilik akan dikosongkan. Then dia dok cerita kat aku tentang project yg dah diluluskan. Aku tak minat nak dengar pasal project "mega mall" ke apa ke, yang aku pikir sekarang ni aku nak bilik yang boleh guna computer & internet. Svsor aku pun dah dok email suruh aku seriously think about getting my work published. Lecture notes untuk 3 code/ subjects baru pun aku tak buat lagi. September dah nak masuk class. Banyaknya kerja yang ada dalam kepala otak aku nih. 

Hujung next week dah ramai ambik cuti. Member member aku pun cuti, meaning hilang lah tempat aku menumpang teduh untuk menggunakan computer...heeee. Aku plak tak ada cuti (tinggal 13 hari je cuti tahunan aku). So aku kena pegi kerja sampai saat saat akhir coz aku kena spare cuti untuk emergency mengadjust/handle  anak-anak aku bila En Hubby fly to Perth nanti. 

Aku kena bertindak dengan cara sendiri nampaknya.Tak leh nak ikut procedure. Tak leh nak senyum senyum and angguk angguk kepala lagi. For my survival, aku dah nak kena buang mood "ombak rindu", aku nak kena ambik mood " KL Gangster".  

Yesterday ada information yang aku dapat. Konon cerita, ada satu bilik ni memang kosong for quite sometimes. Tetapi tak pasti la kenapa pihak yang bertanggungjawab tu TAK declare bilik tu as bilik/office kosong. Maklumat yang aku dapat dari ejen 007, kunci bilik tu hilang. 

Tindakan pertama aku next Tuesday (Monday cuti daaa), aku akan p mengecheck status bilik tu sendiri, Kalau betul le, bilik tu kosong, aku akan minta pihak maintenance pecahkan kunci bilik tu and buat kunci baru. Kalau diaorang tak nak buat (biasalah diaorang mesti nak tengok borang berkajang kajang dulu kannn..) aku akan bawa tool box dari umah. Aku akan cuba apply bakat "Mc Gyver" aku. 

Harap harap betullah maklumat yang ejen 007 tu bagi. Jangan nanti, bilik tu memang dikosongkan and tak dideclare kosong pasal bilik tu berhantu sudah.....habislah aku nanti.....dapat mood "kekasihku seru" plak...addoiiii.....

1 comment:

Anonymous said...

Puan,

Abg Ngah tu sudah ada 3 ciri perempuan yang dia suka:
1- Putih
2- Pandai
3- Hot.

Teruskan menulis tentang PhD. Saya sebenarnya mencari tentang maksud Phd, perjalanan dan cabarannya pada pelajar.