Friday, August 3, 2012

Mazhab baru

Dah genap seminggu aku mulakan kerja. Masa banyak dihabiskan kehulu ke hilir cuba melengkapkan pejabat uzurku dengan kemudahan asas. Sehinga petang semalam, aku dah berjaya mendapatkan sebuah komputer (agak lama) teapi masih gagal untuk dapat capaian internet. Kononnya "internet port' kat bilik aku tu rosak le plak. Aku juga telah request diaorang install SPSS, AMOS and EndNotes dalam computer tu. Bila aku check, SPSS + AMOS di install tapi tanpa memasukkan licence code. Jadi aku tak leh nak guna lagi. Kena plak inform diaorang sekali lagi. EndNotes plak langsung tak diinstall, walaupun aku dah tulis semua software yang aku nak atas borang yang disediakan. Frankly, aku dah LETIH dgn perkara remeh temeh ni. Harap harap by next week aku nak start buat kerja kerja aku.

Dalam aku dok roaming around the campus untuk menyelesaikan masalah office aku, terserempaklah dgn ramai pensyarah. Ada anatara mereka yang sedang buat PhD. Dalam perbualan, banyak yang diluahkan. Rata rata menceritakan benda yang hampir serupa. Antara fahaman mereka:
1) Tajuk  PhD ni kena yang gah and catchy.
2) Untuk membolehkan pembentangan proposal, kena siapkan 3 chapter pertama.
3) Siapa yang abih cepat (within 3 years), dianggap bijak bistari.
4) Supervisor memainkan peranan yang amat penting.
5) Mereka langsung tak faham/ tak tau about research paradigm.
6) Masih menggunakan cara analysis zaman "tok kadok".

Aku rasa la kan, persepsi yang tak berapa tepat ni patutlah di ubah.
1) Tak payah lah buang masa berbulan diawal pengajian untuk mencari tajuk yang gah. Yang patut difokuskan diawal perjalanan PhD ni adalah mencari "gap" kajian. Sebab tu lah sepanjang kita buat PhD, tajuk thesis tu kita referkan as working title. Bila nak submit nanti barulah kita finalisekan tajuk thesis.

2) Dah namapun proposal, apa ke hey nak siapkan the first 3 chapters?. Proposal ni kena ringkas, tepat and padat. Kalau dah beratus muka surat, idak le dinamakan proposal, itu dah jadi macam cerita sains fiksyen le plak. Pegi baca blog FF, dai pun ada dok cerita pasal benda ni.

3) Tempoh pengajian tidak langsung reflect kebijaksanaan seseorang calon PhD. Kena faham, setiap kajian berbeza. Orang yang buat longitudinal study, udah pasti akan mengambil lebih masa untuk collect data dari yang buat cross sectional study. Yang buat satu method je mestilah reorting dia lebih pendek kalau nak dicomparekan dgn yang buat mixed method. Yang guna software terkini untuk buat analysis sudah pasti akan mengambil lebih masa dari yang guna software zaman Hang Tuah/Tun Teja. Yang guna secondary data saja plak, mestilah cabarannya berbeza dengan yang guna primary data.

4) Tak dinafikan supervisor memainkan peranan yang AMAT penting. Tapi jgn le plak calon PhD menjadikan supervisor sebagai tunggak utama dalam kajian. Calon PhD kena lah berusaha mencari alternative source of information kalau supervisor kita tak mahir tentang sesuatu perkara. Dunia di hujung jari anda. Memang la tak syok, bila ini berlaku, tapi kita kena lah ada sense of survival sikit and supervisor pun bukannya superman. Ada juga yang tak paham apa yang direport dalam thesis sendiri atas alasan "supervisor saya yang suruh tulis cam gini". Tak bole lah cam tu, thesis anda tanggungjawab anda le!

5) Posting saya suatu ketika dulu ada enceritakan bab research paradigm nih. Ada yang cakap "saya buat mixed method, tapi saya tak tau nak report cam mana?". Haaa...anatara sebabnya calon PhD tak faham kenapa dia buat mixed method, so bila nak buat reporting start le meraban. Memahami paradigm dapat membantu kita memahami hala tuju reseatch kita.

6) Memang le tak salah kalau nak guna cara analysis zaman tok kadok. Macam bercinta lah juga. Zaman sekarang ni, org antar sms, tipon or email je bila nak cakap ngan gilfriend. Tetiba kita ni still dok tulis surat berkajang and dok tunggu khidmat pak cik postman. Tulis plak dalam tulisan jawi. Gilfriend yang nak baca surat tu plak buta jawi and dah ada I-Pad...emmm...Parah le jawabnya...

Aku tengah mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan benda benda ni... Maklumlah takut nanti "mazhab baru"  ni dianggap "ajaran sesat" le plak.....






3 comments:

Anonymous said...

1) Tajuk PhD ni kena yang gah and catchy.
>>> Masa viva pun boleh berubah lagi.

2) Untuk membolehkan pembentangan proposal, kena siapkan 3 chapter pertama.
>>> Requirement universiti daaa.

3) Siapa yang abih cepat (within 3 years), dianggap bijak bistari.
>>> Sudah lebih 60 purnama tak selesai lagi ni. Adduuuhhh.

4) Supervisor memainkan peranan yang amat penting.
>>> Kalau student hampeh, supervisor jadi menyampah juga.

5) Mereka langsung tak faham/ tak tau about research paradigm.
>>> Sains sosial memang mementingkan perkara ini. Bidang lain, ...

6) Masih menggunakan cara analysis zaman "tok kadok".
>>> -sda-

Nor Fadzlina Nawi said...

LOL!

Mahirah Kamaludin said...

Kak Intan,

Ma pandang orang boleh buat cepat, they are very smart, especially in time management. So Ma selalu ingat Kak Intan boleh submit within 3 n half years, jadi rasa mcm nak cuba buat juga. Alhamdullilah still on track lagi.