Jumaat lepas (27 Julai 2012) adalah hari pertama aku kembali bertugas. Setelah lebih 3 tahun membawa tiket student (or lebih tepat full time house manager), untuk kembali bekerja bukanlah sesuatu yang mudah. Penat juga nak menerangkan pada Nina yang Mama kena pergi kerja and balik ke rumah pada waktu petang. Ketika aku mula cuti belajar, usia Nina baru 2 tahun lebih. Then aku sentiasa bersama dia. Hanya tinggal sekejap sekejap untuk ke universiti since aku memang belajar dari rumah. Sekarang ni Nina still tak dapat terima yang aku kena keluar ke pejabat dan akan hanya pulang ke rumah pada waktu petang. Nak pula hari pertama untuk lapor diri jatuh pada hari Jumaat and Nina tak bersekolah.
Tahun ni adalah tahun ke 19 aku berkhidmat. Sedikit sebanyak aku dah bole jangkakan apa yang akan berlaku pada hari pertama aku melaporkan diri. As expected, tiada office kosong untuk diberikan kepada aku. Office aku dulu terpaksa diserahkan kepada pensyarah lain kerana pihak universiti memang menghadapi masalah untuk menempatkan pensyarah. Untuk tidak menghampakan aku (or may be diaorang kesian untuk biarkan aku "floating" around the campus), aku telah diberi satu bilik kecil yang dah lama terbiar di salah sebuah bangunan yang menempatkan makmal komputer. Keadaan bilik yang terletak ditingkat satu di hujung bangunan makmal komputer itu memang amat uzur. Terdapat sebuah meja pensyarah yang dah agak uzur dan dua rak buku. Aircond yang ada adalah aircond yang mungkin tak pernah dilihat oleh anak anak aku. Aircond lama yang berkotak kayu yang dilekatkan ke dinding. Telefon yang disediakan pun may be telefon di era 80-an. Paling best bilik tu tak bertingkap/bercermin. Tingkap yang ada telah disealkan dgn kertas warna hitam. Pendek cerita aku memang kena on kan lampu 24 jam kalau berada didalam bilik. Kalau tak rasa macam nak bernafas pun tak lepas. Lokasi dan keadaan bilik memang sesuai untuk shooting drama seram.
Pegawai yang ditugaskan untuk menyerahkan kunci bilik tu dgn nada simpati dan muka yang tak sampai hati berkata "Maaf, ini saja bilik yang ada, diharap Dr dapat gunakan bilik ini sementara menunggu kekosongan bilik di bangunan Akademik". Aku pun cakap ngan dia " Bila agaknya nak ada kekosongan di bangunan Akademik?". Dia menjawab " Maaf, saya tak pasti tapi Dr jgn risau kalau tak ada kekosongan, pihak universiti memang telah mendapat kelulusan untuk menambahkan bangunan untuk menempatkan pensyarah, tapi saya pun tak tau bila projek bangunan pensyarah tu nak bermula".
Memandangkan aku dah 19 tahun berkhidmat dan paham dgn situasi sebenar, aku hanya tersenyum dan menjawab " Tak apa, alhamdulillah saya dapat bilik ni, sekurang kurangnya saya tak payah "floating" kat dlm campus". Pegawai tu pun, tersenyum lega. Pada sebelah petang, big boss pun telefon memaklumkan yang bilik itu adalah bilik sementara. Beliau akan berusaha untuk menempatkan aku di bangunan akademik/blok pensyarah pada pertengahan bulan Sept. Aku mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan beliau mengenai perkara tersebut.
Selesai bab bilik, aku buat permohonan untuk dapatkan komputer plak. Tanpa bertanya lanjut, pegawai yang bertugas tu mengeluarkan pelbagai borang untuk aku isi kerana menganggap aku ni pensyarah baru ( kira awet muda jugalah aku nih...heee). Akhirnya terpaksalah aku menerangkan yang aku ni pensyarah tua yg baru tamat cuti belajar. Beliau memaklumkan " Maaf, kami memang tak ada computer, paling awal pun nak bole dapat komputer selepas hari raya".
Work load plak, setakat hari Jumaat tu aku dah diberi 3 subjek untuk peringat Sarjana Muda (bermula September). Next week, pihak yang bertanggungjawab akan putuskan samaada aku juga akan ditugaskan mengajar peringkat Diploma ( bermula immediately) atas alasan pihak fakulti menghadapi masalah kekurangan pensyarah. Sekiranya ini berlaku, bermaksud aku akan jadi makhluk "dua alam" (mengajar diploma + ijazah). Kesannya aku tidak akan ada cuti or bahasa yang lebih indah sukar untuk bercuti sepanjang tahun kerana intake/ semester diploma and ijazah berbeza.
Kepada yang membaca, inilah realiti dunia universiti. Kalau anda diluar sana yang mengimpikan pekerjaan yang glamour dan duit ringgit yang banyak, dunia akademik bukanlah dunia yang sesuai dgn anda. Untuk diri aku sendiri, berakhirnya tempoh cuti belajar bermakna berakhirlah sebuah mimpi indah yang panjang....
3 comments:
Macam mengajar universiti kat Afghanistan or Iraq yang dok tengah perang pula. Welcome home. FF
Selamat kak hehe...
FF,
Hahaha....experience mengajar dalam keadaan air banjir dah masuk dlm kelas sampai cecah atas buku lali pun ada...it was a long long time ago...
Fadz,
Hanya Jauhari mengenal manikam....heee
Post a Comment