Isnin (14 January) seawal 9.30 am En Hubby and I dah menunggu didepan bilik neurosurgeon di Loh Guan Lye, Specialist Centre, Penang. Tak ramai yang menunggu. Kami pesakit pertama.
Alhamdulillah neuro-surgeon tu baik orangnya. Sabar menerangkan keadaan yang saya alami. Ayat ayat terakhirnya membuatkan En Hubby dan saya terdiam. " The best thing untuk Puan ialah this is a benign tumor, bukan cancer TAPI it is a complicated tumor... the location of the tumor buatkan proses nak buang dia susah".
Dia seterusnya menerangkan yang tumor itu berada hampir dengan salur darah utama ke otak dan ada 8 saraf yang terlibat. Ayat seterusnya membuatkan air mata saya mengalir dan En Hubby terdiam."Maaf Puan, saya tak berpengalaman untuk handle case macam ni". " Saya bole cadangkan 4 nama sahaja yang pernah handle case macam ni kat Msia and sorang kat Singapore".
En Hubby bersetuju untuk berjumpa dgn neuro-surgeon ke2 yang dicadangkan. Kebetulan, neuro surgeon tersebut bertugas di hospital yang sama. T/hari tu kami dapat berjumpa. Dah tua orangnya. Kalau tak salah dah 65 tahun. Dia bersetuju untuk ambik case saya tetapi approachnya ialah dengan buat surgery. Risiko juga amat tinggi. Dia juga menegaskan yang tak semua tumor dapat dikeluarkan kerana location tumor yang complicated, seperti yang telah diterangkan oleh the first neuro surgeon. Saya juga perlu menjalani radiotherapy selepas sihat dari surgery.
En Hubby dan saya terdiam. Kami memohon untuk berfikir dahulu memandangkan risiko yang tinggi. Dalam hati, saya terus berdoa agar saya tak perlu menjalani surgery walaupun pada ketika itu harapan makin tipis. En Hubby yang masih tidak berputus asa menghantar message kepada sepupu beliau untuk memohon pendapat. Tanpa disangka, sepupu beliau dapat berhubung dengan seorang lagi neuro surgeon yang berada di sebuah hospital swata lain di Penang ni.
Alhamdulillah, rezeki kami.. Allah membuka hati neuro-surgeon tu untuk terus berjumpa kami pada sebelah petang tanpa membuat appointment. Allah tu kan Maha Pengasih Dan Penyayang. Petang tu juga dengan ditemani oleh bapa saudara En Hubby kami bergegas ke hospital pakar tersebut.
Neuro-surgeon menerangkan, bagi dia , risiko surgey amat besar dan dia cadangkan agar saya menjalani stereotactic radiotherapy. Saya harus menjalani radiotherapy sebanyak 30 kali (6 cycles). Walaubagaimana pun risiko tetap ada and chances untuk matikan tumor tu hanyalah 85%. Andai kata selepas treatment, tumor still membesar, saya tidak ada pilihan. Saya terpaksa menjalani surgery jugak.
En Hubby memohon agar diberi masa untuk kami berfikir. Malam itu En Hubby "bermeeting" ngan immediate family members. Mohon pendapat. Dia tak dapat nak buat keputusan. Kami juga mengadakan sembahyang istikarah, mohon agar Allah memberi bantuan untuk membuat pilihan.
Akhirnya, keputusan dibuat. Kami memilih untuk mengikut cadangan neuro-surgeon ke 3 iaitu menjalankan stereotactic radiotherapy sebanyak 30 kali. Muga Allah memberi kekuatan dan kesabaran untuk saya menjalani rawatan ini....
2 comments:
Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya.
1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.
5. Baca dan tiup ke dalam air setiap kali habis ayat (lepas a. tiup, lepas b. tiup, ...):
a. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
b. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
c. Surah Al Raad (Ayat 16-28).
d. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50).
e. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
f. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
g. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
h. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).
6. Minum air bacaan.
7. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser.
credit: http://www.resepirahsiaku.com/2012/01/doa-doa-untuk-memusnahkan-sel-sel.html
Kuatkan semangat dan yakin ini semua ujian ALlah untuk hambaNya yang disayangi.
Post a Comment