Saturday, April 9, 2016

Mission Impossible 2016

Filem baru ke tu? Jangan terpedaya....bukan filem. Saya bukan anak PM, saya tak pandai buat filem...oooops. Posting kali ni sebenarnya nak cerita angan2 Mat Jenin saya. Project yang sedang saya buat dan akan buat. Ramai yang tak yakin. Tapi kaaannn....saya ni satu laaa....ketegaq....konsep saya, cuba dulu baru tahu...kalau cuba at least dapat 50% chance untuk berjaya daripada langsung tak cuba. Kalau tak berjaya pun...kawan saya, Dr FF selalu pesan...jangan putus asa!

Sebenarnya saya & my friends tengah work on a model. A simple model. That model is derived based on my research findings.  Dah sampai part nak validate the model. Alhamdulilah, ada lah satu company ni macam nak ruangkan masa sikit nak validate the model. Sekarang ni tengah tunggu masa yang sesuai. Kononnya, bulan May ni saya akan masuk innovation contest untuk mengetengahkan model tu. Langkah awal la  kiranya ni. Saya tak letak harapan yang tinggi untuk dapat apa2 award. Ni la first time saya masuk, and I act as a leader. Sebenarnya kalau menang apa2 award tu kiranya  Mission Impossible 1 (MI 1) laaaa. 

Then, saya juga sedang finalise satu proposal untuk buat consultancy dengan sebuah badan di bawah gomen laaa. Hopefully saya sempat laa siapkan proposal tu by deadline. Consultancy tu bertujuan untuk mengetengahkan model tadi kepada golongan sasaran...Kononnya, untuk memberi benefit kepada mereka yang berkaitan. Saya juga sedar about a stiff competition to be selected. Maklumlah, ini juga cubaan pertama saya dalam bidang consultancy & saya melakukan secara "bersih". Kalau saya dapat consultancy project tu or even kalau di short listed kan jer pun proposal saya tu, ini kira dah Mission Impossible 2 (MI 2) laaa. 

Finally, saya tengah mimikiorkan untuk menghantar satu research proposal untuk mendapat International Grant. Based on past experience, proses memohon & menulis proposal untuk international grant kurang serabut dari national grant. Kita juga bole buat dengan "bersih". Fair Game. Kalau dapat tu bermaksud diaorang rasa research kita tu ada value. Kalau tak dapat pun, dia akan cakap reason tak dapat. Kita belajar sesuatu. So this one considered Mission Impossible 3 (MI 3). 

Nanti kita tengok rezeki saya macam mana yer.  Kalau tak berjaya  semuanya....doa saya untuk diri sendiri agar saya tidak putus asa .....hahahahahaha.....

Monday, April 4, 2016

Adab Berjiran

Islam itu indah. Diajarkan semua tatacara hidup untuk kita ikuti. Kalau lah kita yang muslim ini ikut betul2 pasti kehidupan menjadi lebih indah. Sejak berpindah ke Sungai Petani ni kami menyewa sebuah rumah teres 2 tingkat. Memanglah berpindah dari sebuah rumah yang selesa ke sebuah rumah teres perlukan juga tahap keasabaran untuk adjust cara kehidupan. Tapi yang itu saya rasa kami dah went through that stage. Even my children pun dah tak komplen bab nak kena share toilet and how sempit is their bedrooms. I assume semua orang dah well adjusted or dah letih nak komplen. Macam saya , dah letih nak mengomel bab keaadaan dapur yang tak selesa untuk memasak. Ending up, now I do the cooking as usual adjust where possible to make myself comfortable while cooking. 

Yang still ganggu ni adalah hobi jiran kami. To tell the truth, saya tak kisah sangat jiran nak ada hobi bela gajah ke or ternak harimau ke or pelihara buaya ke. I dont care and saya juga  respect orang punya interest. Let them enjoy their life. TETAPI bila hobi dah kacau hidup saya....ini yang saya naik "hantu" nih and rasa nak meletop. Benda ni pun kiranya dah masuk second year ler, Dok bersabar. Nak berpindah, kami tak ada masa, tenaga & duit untuk dibazirkan lagi. Lagipun, isunya tak besar mana kalau siempunya diri tu, nak berfikir and reflects sikit cara dia menguruskan hobinya.


Kalau ada "nature lovers club" kat Kola Muda ni, saya yakin my neighbour ni lah yang paling layak jadi President club tersebut. Dia berjaya membela kucing, ayam, itik, burung di kawasan rumah teres ( dia punya 2 lot) di tengah bandar. Itu belum masuk pelbagai pokok seperti pisang, nangka, cempedak and of course pelbagai pokok bunga. Based on my soal selidik,  pokok2  pisang disekitar rumah saya ni pun dia yang tanam, atas alasan tanah/ kawasan  kat umah dia dah tak cukup and dia dah dapat kebenaran dari my landlord masa mula2 mereka berpindah ke sini. Lupa plak nak cakap umah yang saya sewa ni corner lot, so ada ler tanah sikit. Kebetulan pula my landlord ni orang India, pokok pisang dekat dihati la kot. Sementelah pula dari umah ni siap my landlord tak pernah tinggal, dia sewakan. Jadi dia sort of tak kisah sangat la hal ehwal kawasan umah as long as tenant bayar sewa. Maka tumbuhlah pokok2 pisang dengan subur and banyaknya dikawasan umah saya. So, knkawan yang nak buat lepat liat ka, lopih ka hatta restoran nasi daun pisang pun, kalau tak cukup daun pisang, sila lah datang ke rumah saya.

Bab pokok pisang ni pun lawak. Walaupun pokok pisang itu berada di dalam kawasan umah kami, apabila pisang masak ditandan, si jiran tadi bole masuk ke kawasan kami  (tanpa beritahu terlebih dahulu) dengan senang2 hati mengambil pisang2 tu. Gamaknya alasan berbuat demikian, buah2 pisang tu dia la punya coz dia yang tanam. Sehingga kini belum pernah kami merasa pisang dari pokok pisang di kawasan umah kami sendiri. hahahaha......  Nak ambik buah pisang tu, saya tak kisahhhh...sebab saya pun tak minat sgt pisang TAPI sedap sedap hati masuk kawasan rumah saya tu, amatlah tidak selesa.

Yang paling saya bengang adalah, kucing2 peliharaan dia.... dia tak cagekan. Dibiarkannnya berkeliaran. Saya and anak anak plak sensitif ngan bulu kucing. Bila nak memasak pulak, saya kena la buka sliding door yang sekangkang kera tu...kalau tak buka alamat satu umah la berbau makanan. masalah timbul, pantang buka kucing2 dia masuk ke umah. Itu belum lagi cerita part part yang saya nak kena cuci najis and kencing kucing2 peliharaan jiran saya nih. Habis tempat parking keta and kasut as well as shoes rack.

Bila subuh2 pulak, buka aja sliding door maka hidung akan disambut dengan bau najis ayam/itik peliharaan jiran plak. Keadaan makin teruk kalau lepas hujan. Habis kawasan umah bau busuk najis ayam/itik. Subuh2  nak juga buka pintu and tingkap ambik angin segar kat luar tapi dah jadi menghirup wap2 najis ternakan dia plak.

Ni hobi baru dia yang buat saya angin satu badan ari ni. Baru awal tahun ni bermula. Dia ada pelihara sejenis burung kat umah dia.Saya jeles ker dia ada burung. No...no...no....pelihara lah biawak pun, I tak kisah.. Yang buat saya marah burung tu ganggu saya tidur.Pukul 11 malam onwards jer...burung tu pun start berbunyi.. Kekadang sampai kul 3 or 4 pagi .  Saya plak telinga lintah. Kalau dah terjaga dari tidur, amatlah sukar untuk tidur kembali. Sejak awal tahun saya dah hilang kualiti sleep. Ditambah plak penyakit kat bahagian otak saya, lagi laaa saya sukar nak dapat rehat yang cukup bila waktu malam. Hari ni memang saya bangun pukul 5 pagi and rasa macam nak jadi zombie!!!

Suami dah pun booking untuk beli rumah baru. Tapinya....  baru nampak developer dok tolak tanah. paling cepat pun another 2 years laa baru umah baru tu siap.....lamaaaaaa tu.......kurus saya dok basuh lantai keliling umah untuk bersihkan najis kucing2 peliharaan dia, kurus poket saya ulang alik pegi klinik kerana alahan ngan kucing, kurus saya kerana tak cukup tidur........huawwaaaaaaaa.......