Saturday, May 7, 2016

Jangan Suka Melabel




Meh...akak nak cerita kisah benar....dari pengalaman hidup....akak kan dah makin senja....dah banyak makan garam nasib baik juga sampai sekarang tak ada BP problem.....heeee

Kisah 1
Ada seorang kawan akak ni. Pada ketika akak diberi kesempatan mengenal dan berkawan ngan beliau, beliau jauh lebih senior dari akak (dari segi service and umur). Banyak yang akak belajar tentang kehidupan dari dia. Teringat lagi, pada masa tu akak ni akan melopong mendengar cerita cerita tentang pengalaman beliau. Tentang anak2...tentang sepak terajang dunia pekerjaan...tentang trip2 beliau ke luar negara dan juga tentang asam garam rumahtangga.

Tak ramai yang rapat dengan beliau. Rata-rata tidak berani "berkawan" kerana gaya beliau yang "posh". Ya...tidak dinafikan, walaupun berusia, pada ketika itu beliau memang menjaga penampilan. Bergaya cantik. Dengan rambut yang di dandan rapi setiap kali ke pejabat, handbag & kasut yang matching,gemar memakai 3 piece suit, kadang kala kebaya labuh menjadi pilihan atau blouse and long skirt dikenakan untuk majlis santai,  Beliau kelihatan cantik, elegant, bergaya dan yang pasti penampilan beliau lain dari rakan sebaya beliau.

Maka ramai la plak yang suka bergossip mengenai beliau. Kononnya dah berusia tapi cara pemakaian macam orang muda. Malah ada yang berani bersiul nakal tatkala beliau melangkah berjalan dan menampakkan sedikit betis beliau yang putih gebu. Beliau gemar berkain yang punya sedikit belahan. Sedikit dan tidak lah setinggi yang di pakai oleh peramugari tu. 

Apabila dah rapat dengan beliau, dalam diam akak mengkagumi beliau. Ramai yang tidak tahu sisi lain mengenai beliau. Beliau seorang yang begitu menjaga solatnya. Solatnya di awal waktu. Ada kala waktu subuh pun  beliau berjemaah di surau yang berdekatan dengan rumah. Sementelah pula pada ketika itu anak2 beliau sudah dewasa. Tidak ada yang perlu diuruskan di awal subuh. Tiap hari beliau akan pastikan beliau membaca quran. Beliau suka menghabiskan masa terluang dirumah mendengar kaset2 ( masa tu cd belum banyak dipasaran) ceramah agama. MasyaAllah...apa yang dilakukan tidak semuanya dapat dilakukan oleh akak termasuklah golongan yang kononnya lebih "mulia" dan selalu bergossip mengenai beliau. 

Kisah 2

Ada seorang lelaki, usianya lebih muda  dari akak. Pada ketika itu akak baru punya anak satu. Beliau merupakan seorang pegawai di sebuah Pejabat Agama di sebuah negeri. Punya pangkat dan kedudukan yang baik. Personalitinya sangat cantik dimata. Berpakaian kemas, sentiasa bersongkok di kepala, tutur bicara lemah lembut dan penuh nasihat dan seringkali pula diselit dengan ayat2 Quran dan hadis. Bukan lah sesuatu yang pelik apabila ramai kawan2 akak kagum dengan beliau.

Nak dijadikan cerita, akak terpaksa berurusan dengan beliau berhubung dengan sesuatu perkara. Berdasarkan cerita kawan2, mengenai baik pekerti beliau , akak tidak ada langsung berasa gusar untuk berurusan dengan beliau. Maka bermula lah beberapa kali pertemuan secara rasmi di pejabat beliau. Beliau memberi kerjasama yang baik. Semua nya nampak baik dan teratur sehinggalah urusan rasmi akak dan beliau hampir selesai.

Pada suatu hari akak mendapat kiriman message ( masa tu wassap etc belum ada yer) dari beliau. Messagenya berbunyi perkara yang mengejutkan kerana beliau tahu status akak pada ketika itu adalah isteri orang dan dah punya anak seorang. Beliau juga suami orang. Akak tidak melayan . Setiap hari beliau akan menghantar message. Malah beliau pernah menunggu akak di tempat parking kereta. Akak bernasib baik kerana ternampak kelibat beliau. Sempat akak mengelak dari berjumpa beliau.Akak rimas.

Nak dijadikan cerita, suatu hari akak mendapat panggilan dari seorang wanita yang tak dikenali. Rupa2nya wanita tersebut adalah isteri kepada si Ustaz. Tanpa usul periksa, akak di caci dan di maki sesedap hati, kononnya punya agenda untuk mengorat si Ustaz. Dengan marah akak pun sekolahkan wanita tersebut. Mohon dia tanya suaminya atas sebab apa akak berurusan dengan suaminya. Jangan main terjah ikut rasa. Akak tak sampai hati nak ceritakan kepada beliau message2 yang dihantar oleh suami beliau setelah urusan rasmi akak dan suami beliau berakhir.

Dipendekkan cerita, akak balas message terakhir dari si Ustaz dengan membuat ayat2 ugutan. Sekiranya beliau tidak berhenti menghantar message dan menggangu hidup akak, akak akan buat aduan rasmi kepada boss beliau dan juga akan bersemuka dengan isteri beliau sendiri. Akhirnya, seperti yang akak jangka, Si Ustaz berhenti mengganggu hidup akak.

So, apa yang kita perlu belajar dari dua cerita kat atas. Cuba elak dari melabel orang. Tak semua wanita yang nampak moden, tidak bertudung, nampak macam easy going, ramah dan suka bergurau dengan semua orang, itu perangainya tidak baik, Silap haribulan, ibadahnya dan  hatinya lebih mulia daripada kita yang kononnya bertudung litup.

Tak semua lelaki yang tonjolkan ciri2 mulia dan lelaki terakhir di mukabumi itu, hatinya juga mulia dan jujur. Ada lelaki yang depan isteri pijak semut pun tak mati. Belakang isteri, dia lah hero Malaya. Ada lelaki kononnya punya kuasa dan jadi boss besar di pejabat, di rumah nak bersuara pun tak berani.


Dalam kehidupan, kerapkali kita terpedaya. Kucing yang nampak jinak mungkin lebih berbahaya dari serigala. Yang pasti serigala memilih masa dan ketika untuk berbunyi dan bertindak.....kucing pula asyik mengiow tanpa usul periksa dan mencakar segala benda........

No comments: