Friday, July 17, 2009

Malaysia Boleh....

Ari ni meh kita nulis about apa yang Malaysia lebih dari Western Australia ni plak. To those who are reading this posting, semua ni my personal opinion. No empirical study ye. I would like to highlight 2 things, facilities kat sekolah (primary school only ye!) and banking system.

Sebenornye Yob, facilities kat sekolah rendah kita lebih dasaaaat dari sekolah kat sini. Dari segi bangunan sekolah hinggalah bilangan Computers yang tersadai kat sekolah. Itu belum masuk bab taman taman hiasan keliling sekolah lagi.

Bangunan sekolah sini, mostlynya uzur bebenor, bangunan kayu, satu tingkat. nampak usang je. Kat Malaysia, bangunan kita lebih gah!. tambah tambah kalau sekolah baru dibuka. Bangunan paling korok 3 tingkat. itu belum masuk bab parking lot cikgu cikgu and tempat parking basikal bebudak. Padang bola, canteen . ishhhh...cam langit ngan bumi lah...

Cuma....susun atur dalam kelas kat Msia tu..nampak cam boring sikit.. kat sini ..bila kita nengok ke dalam kelas tu..kita yang tua ni pun rasa cam syok nak dok belajar dalam tu!. Barang barang yang didisplaykan tu sebenornya hasil kerja students. Tapi meriah betul. Penuh didinding and digantung gantung. kekadang nampak macam nak sambut birthday party le plak.

Padang sekolah.. diaorang punya padang simple..Tapi kat sekolah ada tempat mainan cam yang selalu ada kat McDonald tu...Waktu rehat plak bebudak digalakan oleh cikgu cikgu ni pegi "melompat". Boleh ambik bola or alat alat mainan lain. Kat Msia pun rasanya lagi banyak and lagi canggih peralatan sukan yang ada. Cuma rasanya bole guna masa subjek P.E je kot. kalau waktu lain cikgu marah! Meriah sungguh waktu rehat diaorang ni.

Library sekolah lebih uzur and kecil dari library kat sekolah anak saya dulu. Bezanya, sistem library sekolah kat sini lebih kurang kalaupun tak sama sebijik ngan sistem kat University. Maksud saya, susun atur buku, katalog, sistem pinjaman and etc. Ada computer untuk cari buku (tak banyak- tapi ada). Buku buku plak diatur rapi macam kat established Library. Kalau kita nengok dari facilities- Malaysia lebih banyak..Tapi pengalaman masuk library kat sekolah anak saya dulu...serabut kepala otak..material tak dikatalogkan dgn betul.. buku tak disusun dgn teratur..beterabur...

Computers...rasanya tak sebanyak kat sekolah di Msia(cikgu cikgu kat sini tak dapat computer free!) ..tapi Math, Science, English ..kebanyakannya diajar through games..bebudak seronok lah..pasal diaorang suka games..

Taman taman hiasan kat sekolah...Sekolah di Msia ada taman hiasan yang canggih..pokok pokok bunga yang glamor..cuma saya tak pasti adakah ibu bapa and cikgu yang tanam or sekolah keluarkan duit untuk upah contractor buat...Kat sini, tak ada taman taman canggih tu...tapi ada gak pokok pokok yang ditanam.. cuma ia adalah aktiviti persatuan ibu bapa guru... tak dak extra cost bayar kat contractor ..cost beli pokok and baja etc je....

Meh kita tulis bab banking sistem plak..Rupanya banking sistem kita kat Msia 30x ganda canggih dari sini.. (maklumat ni dapat dari manager bank kat Msia yang cuti tanpa gaji kat sini- hasil sembang sembang dia ngan manager bank kat sini).. start dari susun atur / hiasan dalaman bank sampailah keluasan bank and segala mesin mesin yang ada dalam bank. Malaysia lebih dasssaaaat lagi..Lebih glamor..lebih canggih..

Cuma yang membezakannya,,kat sini kalau nak buat urusan bank/ counter..tak kisah lah nak buka account ke nak simpan/keluar duit ke..semua tu bole dibuat within minutes.. di layan ngan penuh senyuman and kemesraan yang tidak dipaksa paksa..

Kat Msia (again my pengalaman le)..kalau nak berurusan di counter bank..siaplah 1/2 hari dok melangut kat bank tu..dilayan plak oleh staff yang tidak memberi seyuman ..cuma ada small "button badge" tersemat kat baju diaorang dgn pelbagai slogan berunsur "kemesraan" dgn pelanggan..

Kesimpulannya Yob, Malaysia ada semua...Malah lebih baik dari diaorang kat sini kalau kita betul betul utilise apa yang kita ada....cam org puteh kata le " the key succeeding in marriage is not finding the right person; its learning to love the person you found"...(ada kaitan ke ngan yang ditulis nih...kah kah kah...)

p/s: sekolah menengah diaorang lain le...siap ada swimmimg pool and gymnasium..

4 comments:

zn said...

I don't know which bank you are referring to. Generally now most commercial bank in M'sia are quite fast in service. Self service usage terminal is encouraged- bank in, chq in, tranfer and online banking.Loan processing also fast like AM PM car loan- morning applied evening you know the result alrdy. I think M'sia banking std is on par with developed nation as we are towards Besell 11 Banking Std compliance.....Have a good day Msia Boleh.

mulan said...

Zn,
B4 sampai sini kalau nak p Bank Islam kat Kangar or Bank Bumiputra/CIMB ..(kalau urusan counter la)... kalau kat Bank Islam Kangar dah biasa la after ambik number ..p pekena teh tarik and roti canai kat kedai Alim dulu...then balik p bank dok kena melangut lagi......
Yang pasti kalau nak ke bank memang selalu kena cari slot yang memang free and tak ada class.. kalau gap 1-2 hours memang hancus le class tu!!..
tak pernah lagi dapat pengalaman boleh selesai urusan less than 10 minutes ...
Baguslah kalau dah tak ada suasana dok beratuq panjang bila nak kena guna counter instead of machine..
No worries...Malaysia Bolehhhhh!!!

SevenDrops said...

Salam Mulan,

Setuju benor dengan mu Yob oi... tak perlu bangunan gah terbesar..terpanjang..tercanggih... it's all about implementation... kita nampaknya mengutamakan luaran.. contoh .. nak buat seminar.. sibuk pasal hias dewan dan makan.. penatt.. 'orang lain' buat seminar tiap minggu... makan biskut kering saja.. tapi majlisnya berjalan dan membuahkan hasil... Adoi.. perjalanan masih panjang.. moga-moga kita ada sedikit kekuatan untuk berubah...

mulan said...

Salam Sevendrops,
itu le yang teman maksudkan..banyak tenaga and duit ke tempat yang "minor". Ada sekali attend perjumpaan ngan Director kat sini. Director masuk nak bagi talk bawa mineral water sebotol kat tangan..No MC yang dok introduce majlis..No bunga bunga yang dok hias majlis..Break ada tea (sendiri buat) and biscuit..banyak juga manafaat yang dapat dari sessi tu...
Muga generasi akan datang dapat mengubah apa yang patut untuk kebaikan bersama..teruskan perjuangan seven drops..Doaku bersama mu!!