Wednesday, October 21, 2009

Setahun dah berlalu

Pejam celik pejam celik dah setahun kami kat bumi Perth ni. Untuk "menyelebratekan" tempoh setahun kat sini disamping mengingatkan diri sendiri yang study pun dah nak memasuki tahun kedua ;yesterday saya masak ikan, sotong goreng and sup sayur. We are talking about whole fish tau...bukan kepala ikan or sirip ikan ye..ikan yang cukup sifatnya...wakaka...luxury tu..ditambah plak ngan sotong goreng ...fresh squid bukan yang frozen ok... heaven le kiranya bagi second hero..kelmarin je la ye... hari ni back to makanan golongan marhain kat sini lah ye..apa lagi..ayam le...

October 2008 kami sampai Perth. After 2 weeks baru lah dapat umah. November 2008 , my husband and I jumpa svisors. Kebetulan during that time kami diberi svsors yang sama, jadi kami jumpa serentak lah. Alih-alih svsors cakap diaorang dah nak cuti panjang (pegi conference kat NZ then terus Chritsmas Holiday then sambung cuti akhir tahun). January baru bole start ngan kami berdua. Ternganga kami berdua mendengar plan diaorang. Dalam hati cakap abih la...candidacy plak dijadualkan 6 months selepas tarikh daftar (Oct 08 and not January 09)...

Dalam tempoh 2 bulan tu ( Nov- Jan) .."meraban" lah kami berdua membuat proposal untuk candidacy.. at the same time nak kena settlekan anak anak and hidup kat sini... Masa tu stress betul... tapi sekarang ni kami rasa bertuah la plak, tak start terus after daftar coz we have time nak help anak anak settle down kat sini..tak le kelam kabut sangat..

Then on 9 January..pergi lah mengadap svors ...this time we have separate session dah.. husband I dulu...alhamdulillah topic dia ok and he can proceed.. malangnya bila sampai my turn..bincang pi mai pi mai...final decision kena tukar..sikit or banyak?..hampir semua...selesai bincang..terkedu ...svisor pun turut bertukar...gelapgelita rasa dunia masa tu....

Tapi Allah tu Maha Pengasih and Penyayang...Dia bukakan jalan ...yang awalnya gelap gelita tu..nampaklah cahaya lilin sikit sikit... Alhamdulillah.. both of us dapat candidacy on time... Now ni tengah buat pilot study..hoping that this December we will start our data collection...

Seperkara yang pasti....perjalanan ini amat memenatkan dan menguji kesabaran.. maklumlah kami berdua memulakan perjalanan PhD serentak..dengan anak 3 org yang makin membesar and meningkat remaja..hidup sebagai parents and students begitu mencabar sekali...

Doa kami muga Allah terus melapangkan perjalanan seterusnya...menurut pengalaman teman teman kat sini ....perjalanan tahun kedua dan ketiga adalah lebih mencabar.. hanya pada Allah jugalah kami berserah.........

No comments: