Wednesday, June 16, 2010

Lunch Date
















Last Sunday kitaorang pegi makan makan kat TAKA (one of the Japanese restaurants kat Perth). All together ada 3 family yang pergi. Why Japanese food??? Silap besar le kalau kome semua pikior kami ni mengamalkan dasar pandang ke timur atau peminat fanatik Sin Chan or Ultraman. Decision dibuat berdasarkan ketebalan "poket" masing masing. Eventhough , one family yang pegi tu, tidak le membawa tag "student" kat dahi..tetapi kerana dah terjebak berkawan ngan golongan student...terpaksa le mereka akur ngan tempat nmakan yang dipilih.TAKA ni , kiranya the cheapest food available le. Harga makanan less than $8 per plate. Mana nak cari kat bumi Perth nih?? Lagi satu, ada 2 org mamat ni nak makan "belut" haaaa....kat sini ada jual sup belut. Walaupun teman tidak makan belut tapi demi semangat setiakawan teman ikut juga le mamat mamat 2 org nih...

My personal view, lauk dia sedap (chicken & fish ) , cuma lidah teman ni idak berapa dapat menelan nasi org Jepun yang macam pulut pulut tu... To my suprise, my children semua suka..even Nina pun makan dgn semangatnye.. Jadi idak le terkejut kalau ke depan hari teman bermenantukan org Jepun...heeee...

Lepas makan, sekali lagi demi semangat setia kawan kami mengeringi kwn kami yang berstatus PR tu bershopping kat Myers and David Jones.. Jgn panic, yang menyoppingnya hanyalah kawan kami tu, 2 family yang berstatus student hanyalah mampu untuk tawaf dan gosok gosok baju & pinggan mangkuk kat dalam David Jones tu untuk ambik berkat; walaupun David Jones tengah buat sales giler giler....heeee

Lepas acara tawaf kat tempat tempat glamour nih...perut pun berbunyi le plak. Untuk menyelesaikan masalah kami beramai ramai pakat pakat makan bun aje kat tengah bandar Perth tu.....heeee...





No comments: