Friday, February 24, 2012

Yang ditakdirkan

Kita merancang tetapi Allah jugalah yang menentukan. Itulah juga yang terjadi pada saya. Bohonglah kalau saya mengatakan yang saya langsung tidak sedih apabila segala yang dirancang tidak menjadi, tanbahan pula segala usaha telah dilakukan untuk merealisasikan apa yang dirancang tapi akhirnya saya sedar ini cara Allah untuk terus mengajar dan mengingatkan saya akan kekuasaanNya.

Universiti saya tidak mempunyai sistem Viva diakhir pengajian PhD. Ini adalah salah satu disadvantage kepada pelajar PhD yang berada di dalam sistem sebegini. Bagi saya, Viva adalah satu platform yang baik untuk membolehkan seseorang pelajar PhD menerangkan apa yang dilakukan. Pelajar bole menerangkan apa yang dikaji dan merelaikan segala keraguan yang mungkin ada didalam laporan thesis.

Ketiadaan Viva memberi beban tambahan kepada pelajar untuk memastikan kualiti laporan thesis berada ditahap yang sepatutnya dan segala kerja penyelidikan termasuklah perbincangan dapat difahami dgn mudah dan betul oleh examiners. Secara tak langsung, pemilihan examiner adalah amat penting dalam menentukan untung nasib perjalanan Phd pelajar. Selalunya, pengalaman penyelia banyak membantu dalam membuat pemilihan examiner.

Pada awalnya, saya tidak berasa gusar kerana salah seorang penyelia saya yang telah mempunyai berpuluh tahun pengalaman menyelia pelajar PhD yang akan bertanggungjawab untuk memilih dan "mereleasekan" thesis saya kepada examiners. Malangnya disebabkan terdapat sedikit konflik antara beliau dan seorang lagi penyelia saya diakhir akhir pengajian saya (seperti yg pernah saya cerita before this), tanggungjawab tersebut telah diserahkan secara total kepada penyelia saya yang seorang lagi. Ini kira kes, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk kat tengah jadi mangsa le ni..

Apasal saya risau? Saya risau sebab saya adalah student PhD pertama penyelia saya yg sorang lagi tu. So, inilah pengalaman pertama beliau untuk memilih examiners (2 orang) dan juga mereleasekan thesis student.....kui kui kui. Sekiranya berlaku sedikit kesilapan dalam pemilihan examiners, pastilah akan membawa kesan yang besar untuk pengakhiran cerita PhD saya.

Saya juga sedar, semua yang telah berlaku dan akan berlaku adalah diluar kawalan saya. Nak sedih sedih or pikir pikir pun rasanya buang masa saya je. Saya pun dah letih amat (physical & mental). Saya redha & pasrah (pinjam skrip Ombak Rindu kejap) atas segala yang berlaku. Saya akan terus berdoa agar semuanya berakhir dengan kebaikan bagi semua pihak. Allah jugalah yang Maha Mengetahui.

Friday, February 17, 2012

Konvokesyen

Sekarang ni almost tiap malam kedengaran detuman mercun/bunga api dari tingkap bilik tidur umah saya. Kekadang rasa macam musim raya china le plak. Sebenarnya,bunyi tu adalah bunyi fireworks untuk majlis konvokesyen di my university. Every year ada 2 kali konvokesyen (Feb & Oct). Yang February ni, ala ala mcm garden party gitu (outdoor ceremony). Selalunya pukul 7pm start le majlis. Bulan Oktober pula dibuat secara tertutup (indoor).
Saya percaya rata rata pembaca blog ni pasti dah pernah ada pengalaman menghadiri upacara konvokesyen. Malangnya saya tidak pernah ada pengalaman tersebut. Saya tidak pernah ke tadika (maklumlah org kampung) dan tidak berpeluang untuk ke Akademi Fantasia. Jadi tidak pernah lah saya berpeluang menghadiri konvokesyen dizaman kanak kanak dan alam awal remaja.

Saya hanya menerima scroll ijazah pertama dan kedua saya dari En Posmen. Malang sekali lagi, saya tak terfikir pula nak ambil gambar ketika En Posmen menyerahkan ijazah ijazah tersebut.Kalau tidak, bole lah juga saya upload gambar disaat saya menerima ijazah ijazah tersebut di FB saya....heeee

Saya tamat my first degree in the middle of the year. Sebagai pelajar tajaan, saya dikehendaki pulang segera setelah menamatkan pengajian dengan jayanya. Itu pun saya telah diberi surat amaran (peringatan mesra) untuk segera pulang ke tanah air kerana saya tidak pulang pada tarikh yang sepatutnya. Masih teringat lagi, ketika saya menalipon teman serumah (yang tak dapat turut serta) untuk menceritakan kegembiraan saya dan kenkawan lain yang sedang berfoya foya di kota Paris, beliau memaklumkan mengenai surat amaran tersebut. Perlu diingat, perbelanjaan untuk berfoya foya di kota Paris adalah hasil titik peluh saya bekerja sebagai buruh ladang strawberry ketika cuti semester sepanjang pengajian saya di UK.

Majlis konvokesyen di university saya pula pada ketika itu dijalankan pada penghujung tahun. Ada juga antara kenkawan saya (anak anak org berada) yang membuat rayuan untuk tinggal lebih lama atas alasan untuk menghadiri majlis tersebut. Pihak penaja meluluskan dengan syarat semua kos hidup adalah dibawah tanggungan sendiri. Sudah pasti, keluarga saya tidak mampu untuk berbuat demikian. So, tak lama selepas balik dari Paris, saya pun diberi tiket untuk pulang ke tanah air. Untuk pergi semula ke majlis konvokesyen setelah pulang juga merupakan suatu perkara yang mustahil bagi saya.

Ketika majlis konvokesyen untuk ijazah kedua, saya juga telah berada di Malaysia. Untuk datang semula ke Australia sudah tentu memerlukan belanja yang bukan sedikit. Peluang untuk menghadiri majlis konvokesyen yang dianjurkan oleh pihak university di Kuala Lumpur juga terpaksa dibatalkan disaat akhir kerana keadaan kesihatan aruah ibu mertua tidak begitu baik pada ketika itu. Tambahan lagi, saya juga sedang menghadapi masalah besar didalam kehidupan. Sekali lagi saya terlepas peluang untuk menghadiri majlis konvokesyen.

Saya hanya akan punya satu lagi peluang untuk menghadiri majlis konvokesyen sekiranya saya tamat dgn jayanya my PhD journey. Berjaya ke saya? and berpeluang ke saya menghadiri konvokesyen? ...Allah juga lah yang Maha Mengetahui.....

Thursday, February 16, 2012

Kurangkan merungut....terjah jer

Baru baru ni seorang rakan yg lebih muda dari saya bertanya "kak, mcm mana kak buat kerja PhD, kak asyik kat dapur je...". Tambah beliau, "tiap kali saya datang kat umah akak, mesti tengok akak bz kat dapur, kalau tipon pun , akak selalu cakap tengah masak la, basuh kain la, lipat kain la...bila akak buat kerja PhD?". Saya berasa amat malu dengan pertanyaan tersebut. Tapi bila difikirkan balik, memang betul apa yang dikatakan oleh beliau. Memang begitulah aktiviti saya seharian. Saya hanya akan ke workstation or university apabila keadaan memerlukan saja. Contoh mcm jumpa svsor, attend course, workshop etc. Kalau tak ada keperluan, memang kat rumah la tempat saya. Saya belajar dari ceruk dapur!

Sebenarnya pada awal pengajian (6 bulan pertama) saya juga ingin sekali menjalani kehidupan seperti kebanyakan student lain kat sini. Rata rata, pelajar tajaan begitu berdisiplin. Pepagi dah keluar rumah and ptg (malah ada yang malam) baru balik. Cubaan selama 6 bulan pertama gagal. Saya hanya dapat keuniversiti 2 hari je. Kami hanya mampu menghantar anak ke childcare untuk 2 hari je. Hari hari lain kami bergilir untuk belajar. Di penghujung bulan keenam pengajian, kos childcare naik mencanak canak (around $80per day), kami dah tak mampu. Sistem bergilir belajar (ikut hari) pun dah makin tak menjadi kerana bebanan kerja PhD yg bertimbun. Untuk belajar pada waktu yang sama pun agak sukar, kerana sikecil masih perlukan perhatian sepanjang hari and dua abang juga perlu diambil dan dihantar kesekolah. Itu belum lagi urusan rumah dan kehidupan. Cabaran yang begitu hebat bagi kami berdua yang memulakan PhD secara serentak.

Akhirnya saya mengambil keputusan memulakan hari saya sekitar pukul 3 or 3.30 pagi. Jam 4 pagi hingga 7 pagi adalah waktu berkualiti bagi saya. Saya akan menyambung kerja PhD sekitar pukul 9 pagi (selepas abg long & abg ngah ke sekolah) sehingga pukul 12.30. Masa ini bukanlah masa yang berkualiti sangat sebab si kecil ada bersama dan suami juga memulakan kerja PhD pada waktu ini. Selepas 12.30 bermula proses memasak untuk lunch and berakhirlah masa belajar saya.

Pada awalnya, saya sering juga dihimpit rasa sedih kerana tidak dapat menjalankan kerja kerja PhD dalam suasana yang kondusif seperti kebanyakan yang lain. Selalu juga saya merungut (maklumlah saya pun manusia biasa..bukannya bagus sangat...heee). Then I think I reached a stage yg saya rasa merungut and sedih dah tak memberi kesan. Keadaan masih tetap sama. So bermulalah satu kehidupan yg lebih kepada sistem "terjah". Meaning, I just grab whatever masa & ruang yang ada untuk buat my PhD work. Saya dah berhenti berharap untuk punya masa and suasana yang kondusif. Yang penting ada progress and cuba yakinkan diri yang tempat & suasana belajar is not a factor!.

Adakah approach "terjah" ini membawa hasil yang baik?? Allah juga lah yang Maha Mengetahui kesudahan perjalanan PhD saya. Yang pasti saya akan terus "menerjah" dan berdoa agar dapat menamatkan perjalanan ini dengan jayanya..

Saturday, February 11, 2012

Vertigo

Source: Google





You all pernah kena vertigo tak? haaaa....last Sunday I experienced vertigo attack again. It was a second attack. The first time I experienced it was in November last year. I was hospitalised 1 nite kat Perth Royal Hospital. Segala macam test diorang buat (maklumlah umur pun makin senja). Alhamdulillah semua results ok. Last sekali, diorang diagnosed as vertigo.

Ingatkan dah tak kena lah lagi. Tetiba last Sunday, bila muka mata je around 4 in the morning, dunia semua berputar. Then start la series of muntah & berak sampai lembik. Kaki pula sejuk macam ais. Badan jadi amat letih sampaikan nak bergerak pun tak bole. Nak pegi toilet pun dah kena pimpin. Begitulah teruknya serangan vertigo nih.


Monday pegi clinic. Sekali lagi buat blood test . Again, results semua cantik. So, sah lah kena vertigo. The whole week juga lah nak back to normal. This time Dr dah prescribed ubat untuk vertigo, spare kat umah, in case kena lagi. Saya berdoa, no more vertigo attack....serik rasanya......