Friday, February 24, 2012

Yang ditakdirkan

Kita merancang tetapi Allah jugalah yang menentukan. Itulah juga yang terjadi pada saya. Bohonglah kalau saya mengatakan yang saya langsung tidak sedih apabila segala yang dirancang tidak menjadi, tanbahan pula segala usaha telah dilakukan untuk merealisasikan apa yang dirancang tapi akhirnya saya sedar ini cara Allah untuk terus mengajar dan mengingatkan saya akan kekuasaanNya.

Universiti saya tidak mempunyai sistem Viva diakhir pengajian PhD. Ini adalah salah satu disadvantage kepada pelajar PhD yang berada di dalam sistem sebegini. Bagi saya, Viva adalah satu platform yang baik untuk membolehkan seseorang pelajar PhD menerangkan apa yang dilakukan. Pelajar bole menerangkan apa yang dikaji dan merelaikan segala keraguan yang mungkin ada didalam laporan thesis.

Ketiadaan Viva memberi beban tambahan kepada pelajar untuk memastikan kualiti laporan thesis berada ditahap yang sepatutnya dan segala kerja penyelidikan termasuklah perbincangan dapat difahami dgn mudah dan betul oleh examiners. Secara tak langsung, pemilihan examiner adalah amat penting dalam menentukan untung nasib perjalanan Phd pelajar. Selalunya, pengalaman penyelia banyak membantu dalam membuat pemilihan examiner.

Pada awalnya, saya tidak berasa gusar kerana salah seorang penyelia saya yang telah mempunyai berpuluh tahun pengalaman menyelia pelajar PhD yang akan bertanggungjawab untuk memilih dan "mereleasekan" thesis saya kepada examiners. Malangnya disebabkan terdapat sedikit konflik antara beliau dan seorang lagi penyelia saya diakhir akhir pengajian saya (seperti yg pernah saya cerita before this), tanggungjawab tersebut telah diserahkan secara total kepada penyelia saya yang seorang lagi. Ini kira kes, gajah sama gajah bergaduh, pelanduk kat tengah jadi mangsa le ni..

Apasal saya risau? Saya risau sebab saya adalah student PhD pertama penyelia saya yg sorang lagi tu. So, inilah pengalaman pertama beliau untuk memilih examiners (2 orang) dan juga mereleasekan thesis student.....kui kui kui. Sekiranya berlaku sedikit kesilapan dalam pemilihan examiners, pastilah akan membawa kesan yang besar untuk pengakhiran cerita PhD saya.

Saya juga sedar, semua yang telah berlaku dan akan berlaku adalah diluar kawalan saya. Nak sedih sedih or pikir pikir pun rasanya buang masa saya je. Saya pun dah letih amat (physical & mental). Saya redha & pasrah (pinjam skrip Ombak Rindu kejap) atas segala yang berlaku. Saya akan terus berdoa agar semuanya berakhir dengan kebaikan bagi semua pihak. Allah jugalah yang Maha Mengetahui.

3 comments:

FakirFikir said...

Everything will be fine.

No worrieslah

Nor Fadzlina Nawi said...

Insya Allah, dipermudahkan... janji nya mustilah dihantar :-)

mulan said...

Mr FF & Fadz,
Thank you for the moral support.
Fadz,
Muga kita berjaya "menghantar" beban yg digalas soon...