Di penghujung perjalanan PhD ni, tanpa sedar aku dah jadi consultant tak rasmi kat salah seorang svsor aku plak. Svsor aku yg sorang ni memang tak berapa mahir pasal Structural Equation Modelling (SEM). Semenjak dua menjak ni, dia kerap gak hantar email tanya few questions kat aku. Kebetulan plak soklan soklan yg dia tanya tu idak le mencabar minda sgt, so aku jawab le, and kebetulan plak jawapan jawapan yg aku bagi tu diconfirm betul oleh member dia (another Prof kat other Uni kat sini). Svsor aku ni pun gamaknya konpiden le nak tanya aku. Sebenornya aku rasa, bukan le sebab aku ni mahir about SEM/AMOS, semuanya kebetulan je. Kalau svsor aku paham bahasa Melayu, nak aje aku bagi dia dengar lagu "suratan atau kebetulan"....heeee
Svsor aku ni org Amerika. Belum kawin. Cara dia handle aku memang "lepak" abis. Sepanjang aku jadi student dia, dia selamba je cakap "I don't know" kalau benda tu dia tak tau. Tak adanye dia nak control macho atau cuba nak tunjuk pandai. Selalunya aku le yg rasa depress lepas dengar dia jawab mcm gitu. Sebabnya, sahih le lepas tu aku kena "menebas" sana sini untuk mencari jawapan kepada kemushkilan aku tu. So, idak le aku terkejut benor bila dia dgn selambanya tanya aku benda benda yg dia rasa tak berapa pasti about SEM/AMOS.
Yang buat aku kecut perut ni, bila dia hantar e-mail nak buat appointment ngan aku end of March, nak minta aku tolong tengokkan kerja SEM/AMOS dia. Dengan penuh budi bahasa aku pun mengarang email kat dia yg membawa maksud aku akan cuba tengokkan problem dia and bantu setakat yg aku mampu le. Aku pun suspen gak ni, mau dibaginya aku model yg berselirat, yg aku pun pening, tak ke haru.....heeeeee..
Mr FF (sifu aku) sahih gelak guling guling baca posting nih...kui kui kui....
No comments:
Post a Comment