Sunday, March 25, 2012

Dalam Hati

Lebih kurang sebulan lagi aku akan pulang ke Malaysia. Suka ke aku? To tell the truth idak le sangat. Why? Aku sayang nak tinggalkan kehidupan sempoi kat bumi Ostolia ni. Kehidupan yang bagi aku lebih relax and practical. Sebagai contoh bebudak ke sekolah pakai "t-shirt" sekolah, tak payah gosok and lebih practical coz bebudak lebih selesa untuk melakukan aktiviti aktiviti kat sekolah.

Aku dah bole bayangkan kesibukan aku menguruskan baju sekolah anak anak bila kat Msia nanti. Warna baju sekolah yg akan membuat proses membasuh perlu dibuat dengan lebih teliti dan menjadikan acara menggosok baju sekolah satu acara wajib ("fardhu ain" le plak..).

Apasal le kita suka buat hidup complicated? Warna putih di suruh budak pakai, kasut putih disuruh budak pakai...nama pun budak..kan ada banyak lagi warna dalam donia nih...


Masa ni lah aku berangan nak pegang jawatan menteri pendidikan OR paling korok pun penasihat kepada menteri...aku akan tukar warna and material pakaian sekolah...sesuaikan dgn umur and status bebudak. Aku percaya tindakan aku akan menglamourkan aku sendiri sebagai menteri dan juga di sukai oleh semua ibu ibu di Malaysia. Pendek cerita, kepada pihak yg berkenaaan, ingatlah " Pilihan warna & material baju sekolah boleh mengubah masa depan politik anda!"....hahahaha


Aku juga sayang nak tinggalkan kemudahan yg ada kat sini. Contoh mudah, internet yg laju..sepanjang 3 thn lebih ni aku belajar mostly dari umah...and selama ni aku memang tabik dgn speed internet yg aku dapat. Then, satu lagi, bayaran tipon yang aku rasa tidak membebankan. Member aku cakap, dgn I-Phone dia kena spend ratus juga duit gaji tiap bulan untuk bayar bil tipon...Aku juga dah experience "speed" internet kat Msia masa balik buat data collection dulu...aku konpius betul ngan istilah "broadband"..kekadang cam nak tukar jadi "berukband" jer... addoiii..


Aku juga bebas nak pakai mcm mana untuk ke University. Tak ada pak guard yg dok buat kerja mengevaluate kod pakaian aku. All lecturers pun tak judge aku based on apa yang aku pakai. Diaorang lebih interested nak evaluate apa yang keluar dari mulut aku ketika aku bentangkan hasil kerja aku. Sepanjang aku buat presentation kat sini, tak pernah aku pakai blazer & sebagainya. Yang penting apa yang nak disampaikan and quality kerja.


Aku juga tak perlu nak mengaddresskan ahli akademik kat sini dgn "darjah kebesaran" mereka. Dengan director school pun aku boleh sembang pakai first name and bergurau sekali sekala terjumpa kat dalam lift or majlis majlis kat Uni. Bayangkan le kalau aku panggil nama je or hanya ber"Encik/Puan" ngan all the "big shot" kat Malaysia...hancur aku...kui kui kui..

Teringat sorang member dari Bangladesh bercerita..." In Bangladesh if you do not address your superior with "Sir"...you are doomed"...hahahah


So, apasal aku (kami) decide nak balik? Satu je isu..cost of living..tanpa biasiswa in $AUD adalah sesuatu yang impossible bagi aku, En Hubby and 3 anak untuk survive kat sini. Perlu diingat, aku & En Hubby pegang visa student (with limited working hours). So, peluang aku & En Hubby untuk mendapat kerja kat sini amatlah tipis berbanding dgn org lain yg diother half tidak memegang visa student. Tanpa kerja (extra income) in $AUD, memang kebulur le... especially cost sewa umah yg naik mencanak canak sekarang ni....


Satu family (budak master) baru sampai, ambik masa 3 minggu untuk dapatkan umah..tak ada umah ke? Adaaaa....banyaaakkk....cuma tak mampu nak bayar...and tak layak nak sewa...


Sekarang ni, kalau family with 3 children dtg WA ni, harga sewa umah perweek on average adalah $400 per week... Kepada yg nak mendaftar ngan UWA plak, jgn berangan le anda nak menyewa umah kat area (Nedlands or yg sewaktu dgn nya) yg dekat ngan UWA...kepada yg nak mendaftar ngan Curtin City Campus ( mcm kami le), jgn berangan la anda nak sewa umah/apartment kat city centre...So, yg membaca dan sekiranya anda pelajar tajaan , anda bole kira sendiri la berapa banyak duit gaji yg kami kena top-up setiap bulan untuk menampung sewa umah.


Conclusionnya, suka tak suka, nak tak nak, kami kena balik... Ayat ni juga le aku dok cakap kat anak anak yang amat takut nak balik sekolah kat Msia. Cuma kekadang aku terfikir "kalau lah aku punya banyak duit...."

3 comments:

Anonymous said...

Mulan,

Itulah kesedihan yang lama kami tanggung, kesedihan untuk meninggalkan - "a simple life". Kadang kala rasa nak jadi macam-macam, kerana dengan menjadi macam-macam kita boleh mengubah sesuatu. Tapi sampai la ni tak jadi apa-apa lagi. Akhirnya, "a simple life" menjadi satu kenangan yang sangat manis. Jika kita tidak memiliki selamanya, sekurang-kurangnya kita telah direzekikan Tuhan untuk merasainya seketika. Alhamdullillah.

Sevendrops

ajaq said...

...dan anda akan amat menrinduinya. Selamat kembali.....ke tanahair yg

mulan said...

Sevendrops,
Kalau dapat good offer bole "cabut" tak? kah kah kah

Mr Ajaq,
TQ