Saya baru balik dari Bandung, Indonesia. Pemergian ke sana adalah untuk menghadiri satu International Conference. Pada awalnya, saya tidak merancang untuk ke Conference tersebut. Perlawaan seorang teman untuk sama sama ke Conference tersebut membuka hati saya untuk ke sana. Kita hanya merancang tapi Allah juga yg mengatur segalanya. Di atas beberapa sebab, kawan saya tidak dapat ikut serta. Disebabkan saya telah pun menghantar permohonan ke pihak universiti, saya teruskan juga perancangan untuk ke sana.
Rupa rupanya ( saya langsung tidak tahu about this) adalah amat sukar untuk mendapat kelulusan dari pihak universiti untuk ke Indonesia. Di antara faktornya adalah kerana Indonesia di listkan sebagai negara berisiko tinggi untuk di lawati oleh Australia. Satu lagi, hanya ada 2 airlines (Air Asia & Singapore Airlines) yg mempunyai "direct flight" ke Bandung. Students pula tidak dibenarkan menggunakan "budget carrier" termasuk lah Air Asia. Untuk menggunakan Singapore Airlines juga bermasaalah kerana terpaksa transit (2 days) kat Singapore. Terpaksa lah pulak saya membuat rayuan untuk menggunakan Air Asia. Proses untuk meluluskan permohonan untuk ke Indonesia & rayuan untuk menggunakan Air Asia kepada pihak universiti mengambil masa yg lama kerana terpasa melalui proses "risk assessment". Adooiiii....tanpa disangka, few days b4 departing date, saya menerima tiket dari pihak universiti ( student tidak dibenarkan membeli tiket sendiri ).
Ini adalah conference ke dua yang saya hadiri yang majoriti peserta adalah "orang orang kita". Perbezaan amat ketara saya dapat rasakan jika dibandingkan dengan beberapa conference lain yang saya hadiri dimana majoritinya adalah Mat Saleh. Pertamanya, of course dari segi makan. Saya tidak lapar sepanjang conference. Tidak perlu risau tentang status halal. Teringat saya satu conference yang pernah dihadiri. Hanya ada 3 peserta yang berkulit " sawo matang". Kami bertiga terpaksa menahan lapar kerana sepanjang conference hanya berpeluang untuk makan biscuit & minum air saja. Walaupun, makanan tengahari dilabelkan sebagai "halal", rupanya definition halal bagi organiser adalah tidak mengandungi pork. Namun begitu, banyak yang saya pelajari selepas abis conference. Amat membantu untuk menyiapkan thesis saya.
Keduanya, dari segi added value/ feedback yg diperolehi. Terus terang, saya amat kecewa mengenai perkara ini di kedua dua conference yang saya hadiri dimana majoritynya "org org kita". Maaf cakap kebanyakan ahli akademik kita suka "menghentam" dan tidak memberi "constructive comments". Mereka amat mahir untuk mencungkil "kesilapan/kelemahan" sesuatu study. Malangnya, semua hentaman terhadap kelemahan yang dikenalpasti TIDAK disusuli dgn cadangan or alternatives. Menambahkan lagi kekecewaan saya, ada diantara mereka yang menyuarakan "hentaman/komen" mereka dengan cara dan nada yang bagi saya amat kurang sopan.
Walaupun saya tidak menghadapi keadaan tersebut tetapi saya menjadi saksi kepada kejadian kejadian sebegitu. Saya amat bersimpati dgn para pembentang, terutama yang masih baru memulakan PhD mereka. Bagi saya "hentaman" adalah cara yang AMAT salah untuk membantu para pelajar. Sepatutnya segala kelemahan dihighlight dan dibincangkan ( bincang = identify kesilapan/kelemahan + BAGI CADANGAN) tanpa perlu membuat pembentang (peserta) merasakan he/she is the most stupid person on earth. Conference adalah satu platform untuk kita (ahli akademik) menjana ilmu. Malangnya, ada segelintir ahli akademik menggunakan platform ini untuk "menonjolkan" diri dengan cara yang bagi saya AMAT salah dan MEMALUKAN dunia akademik.
Saya akui golongan sebegini tidak ramai (boleh dibilang dgn jari ) tetapi kehadiran mereka disessi pembentangan bagi saya hanya mencacatkan suasana. Secara peribadi, saya langsung tidak merasa kagum dengan tahap kesarjanaan mereka. Ada seorang peserta/pembentang yang terus hilang "mood" untuk menghadiri sessi pembentangan yang lain kerana masih merasa malu dihentam dengan teruk semasa membuat pembentangan. Bukankah ini merugikan beliau dan juga pihak universiti?
Saya hanyalah student biasa, tidak punya apa apa gelaran di pangkal nama tetapi saya merayu kepada ahli akdemik yang sudah berjaya dan membawa gelaran berjela jela di pangkal nama mereka, sekiranya anda berada di dalam golongan seperti diatas, berubah lah untuk masa depan anak bangsa dan untuk diri anda sendiri. Belajarlah memberi "constructive comments". Highlights kan yang baik yang telah dibuat oleh pembentang dan tegur lah kelemahan mereka dengan berhemah. Sedarlah ilmu itu adalah hak Allah dan patut disampaikan dengan cara yang berhemah. Ingatlah "ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya". Sekian...sessi leteran untuk kali ini....kui kui kui.....
1 comment:
Dah lama aku meluat! Hahaha.
Post a Comment