Baru baru ni seorang rakan yg lebih muda dari saya bertanya "kak, mcm mana kak buat kerja PhD, kak asyik kat dapur je...". Tambah beliau, "tiap kali saya datang kat umah akak, mesti tengok akak bz kat dapur, kalau tipon pun , akak selalu cakap tengah masak la, basuh kain la, lipat kain la...bila akak buat kerja PhD?". Saya berasa amat malu dengan pertanyaan tersebut. Tapi bila difikirkan balik, memang betul apa yang dikatakan oleh beliau. Memang begitulah aktiviti saya seharian. Saya hanya akan ke workstation or university apabila keadaan memerlukan saja. Contoh mcm jumpa svsor, attend course, workshop etc. Kalau tak ada keperluan, memang kat rumah la tempat saya. Saya belajar dari ceruk dapur!
Sebenarnya pada awal pengajian (6 bulan pertama) saya juga ingin sekali menjalani kehidupan seperti kebanyakan student lain kat sini. Rata rata, pelajar tajaan begitu berdisiplin. Pepagi dah keluar rumah and ptg (malah ada yang malam) baru balik. Cubaan selama 6 bulan pertama gagal. Saya hanya dapat keuniversiti 2 hari je. Kami hanya mampu menghantar anak ke childcare untuk 2 hari je. Hari hari lain kami bergilir untuk belajar. Di penghujung bulan keenam pengajian, kos childcare naik mencanak canak (around $80per day), kami dah tak mampu. Sistem bergilir belajar (ikut hari) pun dah makin tak menjadi kerana bebanan kerja PhD yg bertimbun. Untuk belajar pada waktu yang sama pun agak sukar, kerana sikecil masih perlukan perhatian sepanjang hari and dua abang juga perlu diambil dan dihantar kesekolah. Itu belum lagi urusan rumah dan kehidupan. Cabaran yang begitu hebat bagi kami berdua yang memulakan PhD secara serentak.
Akhirnya saya mengambil keputusan memulakan hari saya sekitar pukul 3 or 3.30 pagi. Jam 4 pagi hingga 7 pagi adalah waktu berkualiti bagi saya. Saya akan menyambung kerja PhD sekitar pukul 9 pagi (selepas abg long & abg ngah ke sekolah) sehingga pukul 12.30. Masa ini bukanlah masa yang berkualiti sangat sebab si kecil ada bersama dan suami juga memulakan kerja PhD pada waktu ini. Selepas 12.30 bermula proses memasak untuk lunch and berakhirlah masa belajar saya.
Pada awalnya, saya sering juga dihimpit rasa sedih kerana tidak dapat menjalankan kerja kerja PhD dalam suasana yang kondusif seperti kebanyakan yang lain. Selalu juga saya merungut (maklumlah saya pun manusia biasa..bukannya bagus sangat...heee). Then I think I reached a stage yg saya rasa merungut and sedih dah tak memberi kesan. Keadaan masih tetap sama. So bermulalah satu kehidupan yg lebih kepada sistem "terjah". Meaning, I just grab whatever masa & ruang yang ada untuk buat my PhD work. Saya dah berhenti berharap untuk punya masa and suasana yang kondusif. Yang penting ada progress and cuba yakinkan diri yang tempat & suasana belajar is not a factor!.
Adakah approach "terjah" ini membawa hasil yang baik?? Allah juga lah yang Maha Mengetahui kesudahan perjalanan PhD saya. Yang pasti saya akan terus "menerjah" dan berdoa agar dapat menamatkan perjalanan ini dengan jayanya..
No comments:
Post a Comment