Friday, August 17, 2012

Aidilfitri 2012

Semenjak dua menjak usia mengenjak ke senja ni, excitement nak sambut raya dah makin kurang. Tambahan plak dah 3 tahun sambut raya kat perantauan. Selama 3 tahun tu juga aku rasa amat seronok sebab tak yah kelam kabut bab nak raya. Pakai je apa yang ada and makan/masak aje apa yang ada. Tak yah buat budget untuk duit raya. Hidup begitu sempoi. Aku sukaaaaa....

Tapi bila dah balik sini, kenalah juga sesuaikan ngan environment sini kan. Nak tak nak, biscuit sejenis dua nak kena beli jugak kan. Tak kan le tetamu dtg aku nak hidangkan kacang and coklat plak.   Harus aku jadi bahan umpatan jiran tertangga.

Bab biscuit raya aku tak risau. Start je kerja ari tu, ramai tokey tokey biscuit ni yang dtg promo biscuit diaorang. Aku order je. Idak la banyak sebab En Hubby and anak anak tak minat makan makan biscuit ni. Diaorang minat makan benda benda berat (bukan batu le..). Tapi bagai dikata la kan..tak cukup syarat raya la kalau tak ada biscuit raya. So, settle bab biscuit raya. Legaaa....

Bab langsir and sebagainya. Aku tak yah pikir. Entahle...gamaknya otak aku ni sempoi kot. Dari mula kawin lagi En Hubby tak yah risau aku nak menukar langsir or nak beli perabut baru tiap kali raya. Prinsip aku selagi bole guna, guna je lah..pekdah apa nak buang duit tukar. Kalau boring, aku adjust or pusing pusing je kedudukan perabut. Inject mood baru. 

May be juga background accounting aku menyebabkan aku ada elemen kedekut sikit kalau bab berbelanja.Tambahan plak, aku baru balik ke Msia ni,masalah umah sebenarnya belum settle lagi. Cuma aku teringin nak letak bunga kat dalam umah ni. Tapi rasanya idak le sempat untuk aku upah org untuk buat flower arrangement. Kan ke dah nak raya. Untuk buat arrangement sendiri, aku tak mahir. Tangan bangku...

Duit raya. Seawal hari pertama bank declare dah bole tukar duit raya, En Hubby dah settle benda benda nih. Mesti you all ingat En Hubby efficient. Jangan terpedaya. Bab duit raya ni memang dia settle awal coz dia hanya tipon je kawan dia (manager bank). Duit raya akan disettlekan during teh tarik session lepas terawih. Tak yah le beratur bagai kat bank.

Baju raya. Sejak balik sini kan ke banyak sgt benda yang terjadi. Tambahan plak for the last two weeks aku dok ulang alik spital. Anak anak aku kena nabulizer sehari 3x, so aku macam terlupa nak pegi upah buat baju raya. Nak plak dalam kesibukan dan kekalutan, aku terlupa nak bincang ngan En Hubby tentang tema warna baju raya. Last minute memandangkan lepas raya ni anak sedara En Hubby akan berkahwin and temanya warna grey maka En Hubby pun keluarkan circular mewartakan warna grey sebagai warna tema demi untuk menjimatkan ekonomi rumah tangga. 

Sempoi je nak settlekan baju bebudak and En Hubby. Baju ready-made berlambak lambak warna cam gitu. So dapatlah baju untuk diaorang semua. Malangnya sehingga semalam aku belum lagi jumpa yang sesuai. Yang aku berkenan and quality kain elok, idak le plak ada saiz.Maklumlah aku kan punya ketinggian cam "miss world". Rata rata yang dijual  idak mencecah tahap "miss world". Adoiiii....

Sebenarnya,  idak le aku kisah sgt bab bab baju raya ni, hatta kalau pakai jeans pada hari raya pun aku alright je. Tapi yelah kan...kita ni hidup bermasyarakat.  Idak le manis kalau aku yang dah senja ni pakai jeans pada hari raya. Demi untuk memastikan aku memakai pakaian yang diterima oleh masyarakat keliling , aku dah declare akan pakai je memana baju kurung yang ada dalam stok aku. Nampaknya, caca merba lah konsep raya this year.....

Ok, kepada semua Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin....

Thursday, August 9, 2012

Happy Birthday Nina

Ari ni birthday Nina. Memandangkan sekarang ni Ramadhan, Mama dah beli kek chocolate moist from secret recipe untuk dibawa ke sekolah ari ni, bolelah Nina potong kek and celebrate birthday ngan kenkawan yang confirm tak puasa. Semalam dia ikut pegi tempah cake kat secret recipe. Dia cakap kat semua staff secret recipe tu yang esok birthday dia. Siap pesan lagi kat yang ambik order cake tu " don't forget to write number 6  and not 5 on my cake, sebab tomorrow saya dah besar". Adoiii....

 Sebenarnya ini adalah birthday kek yang ke 4 untuk Nina tahun ni. Macam mana jadi 4 kali? Apa taknye, bila birthday Abg Long, Abg Ngah and Papa, Nina pun claim ari tu birthday dia juga. Dia la juga yang akan potong kek and nyanyi lagu birthday lebih meriah dari org yang birthday plak. So, setiap kali celebrate birthday ada 2 cake la... satu untuk Nina potong...and satu untuk yg sambut birthday...

Dia dah tipon my mom asking about hadiah birthday. Sian la org tua tu..letih posa then di asak plak ngan soklan cepu cemas dari Nina. Weekend ni, dia dah plan nak tanya Achu and daddy plak about her birthday present.. To mamacrocs/Nuk Nuk....nasib baik le awak dok kat UK...kalau tak Nuk Nuk and Pak Nuk pun akan jadi target si Nina......

Wednesday, August 8, 2012

Dah Dapat..

Alhamdulillah....yesterday I have succeeded in my mision to get an office with the internet connection  . Although I really don't like the "terjah" approach but I think sometimes you have to apply that to survive.  Betullah., the information given by my ejen 007....that particular office tu memang dah lama kosong. The funniest thing was that, the person in charge asked me "how do you know about that office?". I walked away with my sweetest smile ever and gave a brief answer " from my 007". ....hahaha.

Enough with the first two weeks of "ding dong ding dong session". I have successfully handled the very first hurdle and keep telling myself many more are coming. No worries..... from now on I will go with the flow but I just want to stress that I really hate office politics. Please don't include me in any of your politics games. I am not interested at all. I just want to do my academic work. I have my own mission to accomplish. But, having said that please don't push me too far because you will never know my reaction towards that.....hahahaha.

To the readers, this would be my last posting regarding the "ding dong ding dong story". Personally I don't like writing this but  I need this posting for my personal record. Nanti bila dah pencen and tua, bole citer kat anak cucu tentang cabaran di tempat kerja. Bole jadikan ikhtibar, the dos and the don'ts...hahahaha..










Saturday, August 4, 2012

Mengatur Strategi

Confirm internet port kat bilik aku memang rosak and diaorang tak boleh (tak nak??) baiki. Aku pun dah berjumpa big boss. Jawapannya sama, suruh aku berhubung ngan pihak XXX. Then minta aku sabar and tunggu sampai end of September so that ada satu bilik akan dikosongkan. Then dia dok cerita kat aku tentang project yg dah diluluskan. Aku tak minat nak dengar pasal project "mega mall" ke apa ke, yang aku pikir sekarang ni aku nak bilik yang boleh guna computer & internet. Svsor aku pun dah dok email suruh aku seriously think about getting my work published. Lecture notes untuk 3 code/ subjects baru pun aku tak buat lagi. September dah nak masuk class. Banyaknya kerja yang ada dalam kepala otak aku nih. 

Hujung next week dah ramai ambik cuti. Member member aku pun cuti, meaning hilang lah tempat aku menumpang teduh untuk menggunakan computer...heeee. Aku plak tak ada cuti (tinggal 13 hari je cuti tahunan aku). So aku kena pegi kerja sampai saat saat akhir coz aku kena spare cuti untuk emergency mengadjust/handle  anak-anak aku bila En Hubby fly to Perth nanti. 

Aku kena bertindak dengan cara sendiri nampaknya.Tak leh nak ikut procedure. Tak leh nak senyum senyum and angguk angguk kepala lagi. For my survival, aku dah nak kena buang mood "ombak rindu", aku nak kena ambik mood " KL Gangster".  

Yesterday ada information yang aku dapat. Konon cerita, ada satu bilik ni memang kosong for quite sometimes. Tetapi tak pasti la kenapa pihak yang bertanggungjawab tu TAK declare bilik tu as bilik/office kosong. Maklumat yang aku dapat dari ejen 007, kunci bilik tu hilang. 

Tindakan pertama aku next Tuesday (Monday cuti daaa), aku akan p mengecheck status bilik tu sendiri, Kalau betul le, bilik tu kosong, aku akan minta pihak maintenance pecahkan kunci bilik tu and buat kunci baru. Kalau diaorang tak nak buat (biasalah diaorang mesti nak tengok borang berkajang kajang dulu kannn..) aku akan bawa tool box dari umah. Aku akan cuba apply bakat "Mc Gyver" aku. 

Harap harap betullah maklumat yang ejen 007 tu bagi. Jangan nanti, bilik tu memang dikosongkan and tak dideclare kosong pasal bilik tu berhantu sudah.....habislah aku nanti.....dapat mood "kekasihku seru" plak...addoiiii.....

Friday, August 3, 2012

Mazhab baru

Dah genap seminggu aku mulakan kerja. Masa banyak dihabiskan kehulu ke hilir cuba melengkapkan pejabat uzurku dengan kemudahan asas. Sehinga petang semalam, aku dah berjaya mendapatkan sebuah komputer (agak lama) teapi masih gagal untuk dapat capaian internet. Kononnya "internet port' kat bilik aku tu rosak le plak. Aku juga telah request diaorang install SPSS, AMOS and EndNotes dalam computer tu. Bila aku check, SPSS + AMOS di install tapi tanpa memasukkan licence code. Jadi aku tak leh nak guna lagi. Kena plak inform diaorang sekali lagi. EndNotes plak langsung tak diinstall, walaupun aku dah tulis semua software yang aku nak atas borang yang disediakan. Frankly, aku dah LETIH dgn perkara remeh temeh ni. Harap harap by next week aku nak start buat kerja kerja aku.

Dalam aku dok roaming around the campus untuk menyelesaikan masalah office aku, terserempaklah dgn ramai pensyarah. Ada anatara mereka yang sedang buat PhD. Dalam perbualan, banyak yang diluahkan. Rata rata menceritakan benda yang hampir serupa. Antara fahaman mereka:
1) Tajuk  PhD ni kena yang gah and catchy.
2) Untuk membolehkan pembentangan proposal, kena siapkan 3 chapter pertama.
3) Siapa yang abih cepat (within 3 years), dianggap bijak bistari.
4) Supervisor memainkan peranan yang amat penting.
5) Mereka langsung tak faham/ tak tau about research paradigm.
6) Masih menggunakan cara analysis zaman "tok kadok".

Aku rasa la kan, persepsi yang tak berapa tepat ni patutlah di ubah.
1) Tak payah lah buang masa berbulan diawal pengajian untuk mencari tajuk yang gah. Yang patut difokuskan diawal perjalanan PhD ni adalah mencari "gap" kajian. Sebab tu lah sepanjang kita buat PhD, tajuk thesis tu kita referkan as working title. Bila nak submit nanti barulah kita finalisekan tajuk thesis.

2) Dah namapun proposal, apa ke hey nak siapkan the first 3 chapters?. Proposal ni kena ringkas, tepat and padat. Kalau dah beratus muka surat, idak le dinamakan proposal, itu dah jadi macam cerita sains fiksyen le plak. Pegi baca blog FF, dai pun ada dok cerita pasal benda ni.

3) Tempoh pengajian tidak langsung reflect kebijaksanaan seseorang calon PhD. Kena faham, setiap kajian berbeza. Orang yang buat longitudinal study, udah pasti akan mengambil lebih masa untuk collect data dari yang buat cross sectional study. Yang buat satu method je mestilah reorting dia lebih pendek kalau nak dicomparekan dgn yang buat mixed method. Yang guna software terkini untuk buat analysis sudah pasti akan mengambil lebih masa dari yang guna software zaman Hang Tuah/Tun Teja. Yang guna secondary data saja plak, mestilah cabarannya berbeza dengan yang guna primary data.

4) Tak dinafikan supervisor memainkan peranan yang AMAT penting. Tapi jgn le plak calon PhD menjadikan supervisor sebagai tunggak utama dalam kajian. Calon PhD kena lah berusaha mencari alternative source of information kalau supervisor kita tak mahir tentang sesuatu perkara. Dunia di hujung jari anda. Memang la tak syok, bila ini berlaku, tapi kita kena lah ada sense of survival sikit and supervisor pun bukannya superman. Ada juga yang tak paham apa yang direport dalam thesis sendiri atas alasan "supervisor saya yang suruh tulis cam gini". Tak bole lah cam tu, thesis anda tanggungjawab anda le!

5) Posting saya suatu ketika dulu ada enceritakan bab research paradigm nih. Ada yang cakap "saya buat mixed method, tapi saya tak tau nak report cam mana?". Haaa...anatara sebabnya calon PhD tak faham kenapa dia buat mixed method, so bila nak buat reporting start le meraban. Memahami paradigm dapat membantu kita memahami hala tuju reseatch kita.

6) Memang le tak salah kalau nak guna cara analysis zaman tok kadok. Macam bercinta lah juga. Zaman sekarang ni, org antar sms, tipon or email je bila nak cakap ngan gilfriend. Tetiba kita ni still dok tulis surat berkajang and dok tunggu khidmat pak cik postman. Tulis plak dalam tulisan jawi. Gilfriend yang nak baca surat tu plak buta jawi and dah ada I-Pad...emmm...Parah le jawabnya...

Aku tengah mencari masa yang sesuai untuk menjelaskan benda benda ni... Maklumlah takut nanti "mazhab baru"  ni dianggap "ajaran sesat" le plak.....