Thursday, January 31, 2013

Isnin yang mendebarkan..

Isnin (14 January) seawal 9.30 am En Hubby and I dah menunggu didepan bilik neurosurgeon di Loh Guan Lye, Specialist Centre, Penang. Tak ramai yang menunggu. Kami pesakit pertama. 

Alhamdulillah neuro-surgeon tu baik orangnya. Sabar menerangkan keadaan yang saya alami. Ayat ayat terakhirnya membuatkan En Hubby dan saya terdiam. " The best thing untuk Puan ialah this is a benign tumor, bukan cancer TAPI it is a complicated tumor... the location of the tumor buatkan proses nak buang dia susah". 

Dia seterusnya menerangkan yang tumor itu berada hampir dengan salur darah utama ke otak dan ada 8 saraf yang terlibat. Ayat seterusnya membuatkan air mata saya mengalir dan En Hubby terdiam."Maaf Puan, saya tak berpengalaman untuk handle case macam ni". " Saya bole cadangkan 4 nama sahaja yang pernah handle case macam ni kat Msia and sorang kat Singapore".

En Hubby bersetuju untuk berjumpa dgn neuro-surgeon ke2 yang dicadangkan. Kebetulan, neuro surgeon tersebut bertugas di hospital yang sama. T/hari tu kami dapat berjumpa. Dah tua orangnya. Kalau tak salah dah 65 tahun. Dia bersetuju untuk ambik case saya tetapi approachnya ialah dengan buat surgery. Risiko juga amat tinggi. Dia juga menegaskan yang tak semua tumor dapat dikeluarkan kerana location tumor yang complicated, seperti yang telah diterangkan oleh the first neuro surgeon. Saya juga perlu menjalani radiotherapy selepas sihat dari surgery. 

En Hubby dan saya terdiam. Kami memohon untuk berfikir dahulu memandangkan risiko yang tinggi. Dalam hati, saya terus berdoa agar saya tak perlu menjalani surgery walaupun pada ketika itu harapan makin tipis. En Hubby yang masih tidak berputus asa menghantar message kepada sepupu beliau untuk memohon pendapat. Tanpa disangka, sepupu beliau dapat berhubung dengan seorang lagi neuro surgeon yang berada di sebuah hospital swata lain di Penang ni. 

Alhamdulillah, rezeki kami.. Allah membuka hati neuro-surgeon tu untuk terus berjumpa kami pada sebelah petang tanpa membuat appointment. Allah tu kan Maha Pengasih Dan Penyayang. Petang tu juga dengan ditemani oleh bapa saudara En Hubby kami bergegas ke hospital pakar tersebut. 

Neuro-surgeon menerangkan, bagi dia , risiko surgey amat besar dan dia cadangkan agar saya menjalani stereotactic radiotherapy. Saya harus menjalani radiotherapy sebanyak 30 kali (6 cycles). Walaubagaimana pun risiko tetap ada and chances untuk matikan tumor tu hanyalah 85%. Andai kata selepas treatment, tumor still membesar, saya tidak ada pilihan. Saya terpaksa menjalani surgery jugak. 

En Hubby memohon agar diberi masa untuk kami berfikir. Malam itu En Hubby "bermeeting" ngan immediate family members. Mohon pendapat. Dia tak dapat nak buat keputusan. Kami juga mengadakan sembahyang istikarah, mohon agar Allah memberi bantuan untuk membuat pilihan. 

Akhirnya, keputusan dibuat. Kami memilih untuk mengikut cadangan neuro-surgeon ke 3 iaitu menjalankan stereotactic radiotherapy sebanyak 30 kali. Muga Allah memberi kekuatan dan kesabaran untuk saya menjalani rawatan ini....

Wednesday, January 23, 2013

Bermula cerita...

Ahad (6 Jan 2013) aku ditugaskan menjaga peperiksaan akhir untuk sessi pagi. Tugas berakhir sekitar pukul 12 t/hari.  On the way nak ke kereta, tetiba aku terasa sedikit tidak stabil and rasa loya yang amat sangat. Terus aku singgah sekejap kat office En Hubby. Kebetulan plak dia ditugaskan untuk menjaga exam pada sessi petang. Sempat bagitahu keadaan and inform him yang aku akan drive balik umah dengan segera. 

Sampai umah, bermulalah series of muntah. Lembik and lesu seluruh badan. Tika jam menunjukkan pukul 4 ptg, aku dah tak berdaya nak buka mata. The only way is to call my mom. Minta tolong dia hantarkan ke medical centre. 

Sampai kat KMC (medical centre), Dr terus masukkan drip. Lepas tanya few questions, dia orang conclude yang aku kena food poisoning and perlu dimasukkan ke wad. Alhamdulillah, the next day tu dah ok sikit. Dr pun discharged and bagi MC 1 hari.

On Wednesday, aku pun pegi keja macam biasa. Aku sihat. Pagi tu plak ada meeting. I attended the meeting and during that meeting pun aku ok. Malangnya, abis je meeting, dah start balik attack yang macam last Sunday tu. But this time rasa loya tu dah tak dapat ditahan tahan. Aku muntah kat office and also all the way  back home. Sampai umah, aku terus called En Hubby, mohon dia balik segera and bawa aku ke KMC. 

Sampai KMC, sekali lagi diaorang cakap aku food poisoning and perlu masuk wad lagi. Diaorang drip aku lagi.  This time En Hubby dah tak happy dgn cara diaorang diagnosed aku. Dia cakap kat aku yang dia percaya this is not food poisoning case. 

The next day, Dr mula buat blood test. Semua clear. Buat ultrasound. Organ dalaman aku clear except diaorang terjumpa ada fibroid yg besar dlm tummy/rahim aku. T/hari tu Dr datang melawat kat wad. Dia pun cakap, aku tak ada apa apa masalah except ada fibroid. Dia nasihatkan aku, lepas sihat sikit dtg jumpa Pakar Sakit Puan untuk further discussion about the fibroid. Bila En Hubby bertanya, apa masalah aku sebenarnya, Dr tu jawab "food poisoning".

Masa ni, temperature En Hubby pun dah naik. Dia pun cakap la yang dia dah google. Symptom yg aku tunjuk bukannya symptom food poisoning and mohon Dr tu explain kenapa ada perbezaan symptom food poisoning yang dia dapat dari google and yang aku alami. 

Dr tu pun dah agak "bengang" dgn soklan soklan cepu cemas dari En Hubby. Aku plak time time gini, diam je and melopong dengar En Hubby and Dr tu dok berdiscuss. Yang aku dengar Dr tu cakap " So, Encik nak kita buat cam mana?'. En Hubby jawab " Saya mohon Dr buat further investigation, ni dah 2x dia kluar masuk dalam masa 1 week, saya risau kalau balik ni, benda ni berulang lagi dan saya yakin ini bukan food poisoning, cuma saya ni bukan medical Dr". Then, Dr tu pun cakap, "o.k , in that case kita buat MRI". So, ptg tu juga diaorang buat MRI kat aku.

Esok pagi, while I was alone in the ward, Dr tu pun datang bawa result MRI. Tanpa melihat kat muka aku dia terus cakap " haaaa...intan, result MRI ni tunjuk you ada brain tumor. Kat sini tak ada neuro-surgeon , so you kena bincang ngan husband nak transfer you pegi Penang or KL".  Dia stop bercakap bila dia terperasan yang aku dah melopong and air mata aku dah berjurai kat pipi. Then dia terus minta diri.

Masa tu , aku rasa amat kecil hati dengan cara Dr tu menyampaikan berita kat aku. Amat tak sensitif. Aku plak yang ambik masa nak tipon En Hubby and dok fikir ayat nak sampaikan kat En Hubby. 

Sekiranya, umur aku panjang, Allah sembuhkan aku.....mungkin lepas ni aku kena team-up dgn Mr FF buat kursus communication untuk para Dr nih. They really need to learn mcm mana nak bercakap dgn pesakit. Nasib baik la aku ni tak ada sakit jantung. Kalau tak, silap hb jadi cerita lain le plak....


Tuesday, January 22, 2013

Ujian Pertama

On 24th Dec 2012 kami bertolak ke A Farmosa Resort untuk bercuti akhir tahun. Abg Ngah sebenarmya nak ke Universal Studio, Singapore. Tapi setelah dihitung, dicampur, darab and bahagi Encik Hubby memutuskan kami hanya mampu untuk bercuti didalam negara. Alhamdulillah, percutian tu memang best. Anak anak happy especially lawatan ke Cowboy Town. Kebetulan plak ada X'mas and New Year Celebration, so Nina rasa ala ala kat Oz gitu.

On 27 Dec kami bertolak balik dari Melaka. Tanpa dirancang, Abg Ngah memujuk En Hubby untuk singgah plak kat Zoo Taiping. We stopped there and the kids enjoy lagi ngan aktiviti kat zoo Taiping. Then, En Hubby decide we stayed for a night kat Perak and akan bertolak balik Jitra the next day.

Kami bertolak lewat dari Perak, sampai Jitra around 6pm. Sampai je depan umah , Abg Long yang nak buka pintu umah, menjerit cakap "Papa...umah kita kena rompak". Pencuri tu masuk ikut satu cermin hiasan kat dinding. Abis satu umah digeledah. Sempat makan makan and sempat tinggalkan aircond terpasang lagi. Meriah sungguh mereka mengerjakan umah kami.

Selepas "berhempas pulas" ( malas aku nak cerita bebanyak adengan ngan polis nih) deal ngan pihak polis, malam tu datanglah 2 pegawai penyiasat. Seluruh umah kami tu diselongkar pencuri tapi pihak polis gagal untuk mendapat 1 finger print pun. Rupa rupanya banyak plak syarat untuk dapatkan finger print. Again, aku tak nak create problem kat sini nak komen bidang kerja polis. Cuma, sebagai rakyat, memang aku kecewa dengan teknologi yang ada. Jumlah kerugian lebih kurang RM30,000.

Rentetan dari kejadian tu, my mom terkejut and the next day tu dimasukkan ke wad..Alhamdulillah..tak lama dia diwad , dia dibenarkan pulang...

Ingatkan, ini lah ujian besar yang ada dalam firasat En Hubby and my mom.... Rupanya Allah menduga lagi...Sesungguhnya dia lah yang Maha Penyayang dan Maha Mengetahui....

Monday, January 21, 2013

Gerak hati suami dan mimpi ibu

Sebelum pegi bercuti pada penghujung tahun lepas, En Hubby ada menyuarakan rasa tak sedap hati pada aku. Dia cakap "I have a feeling yang something big is going to happen to our family...tapi I tak tau la plak apa benda". Aku yang mendengar nih bertanya " Abang mimpi ke?". Jawabnya , "tak....tapi I memang tak sedap hati". Then, perbualan tu berakhir dgn kami membuat conclusion yang may be En Hubby bz ngan kerja and risau akan kes yuran tertunggak yg belum diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab pada ketika itu.

Then, satu hari, my mom dgn wajah agak sugul cerita about mimpi dia. My mom cakap " mak ni ada mimpi benda tak elok...Mak pasti mak baca doa sebelum tidur...tapi mimpi ni tak elok sangatlah". Aku bertanya la , " mak mimpi apa?". My mom tak jawab tapi dia terus bercerita" Mak memang tak sedap hati...dulu masa mak muda muda, aruah nenek penah bermimpi benda yang sama...haaaa...lepas tu memang ada kejadian tak elok terhadap keluarga".

 Aku pun terus mendesak, " mak mimpi apa?". Dengan suara perlahan dia cakap " Mak mimpi umah hang ni babi/khinzir masuk..dah la tu..... masuk plak ngan badan penuh ayaq...haaa...abis sebuah umah hang nak kena samak".

Aku yang mendengar tu, terus bersuara untuk menyedapkan hati dia " alaaaa mak..., tak yah dok risau sgt...mimpi kan mainan tidur". "may be mak letih sangat or may be kesan ubat yang mak ambik b4 tidur". Perbualan tu pun terhenti disitu, walaupun muka mak masih berkerut melambangkan kerisauan yang masih tak dapat dibendung.

Rupa rupanya....gerak hati suami dan mimpi mak ada benarnya....... Allah juga yang Maha Mengetahui.........