Terkejut betul bila membaca berita yang sorang budak meninggal dunia kerana tertinggal didalam kereta. Lebih mengejutkan bila membaca bahawa ibunya terlupa yang anaknya masih didalam kereta kerana bergegas untuk menghadiri mesyuarat. Aku masih berpegang pada pepatah kasih ibu membawa ke syurga. Aku yakin kejadian itu bukanlah disengajakan oleh si ibu. Janganlah pula kita dengan mudah melebelkan si ibu sebagai ibu yang tidak bertanggungjawab. Kesian dia...
Bagi aku kejadian tu dah cukup membuktikan betapa kalut and haru biru blues nya kehidupan di bumi Malaya nih especially kepada kaum pompuan yang bekerjaya. Aku sendiri secara jujur kalau banyak duit untuk settlekan hutang hutang aku dah lama aku antor surat berenti kerja. Apa nak buat, hutang aku banyak, tak mampu nak berenti kerja. Aku juga yakin ramai kaum pompuan macam aku yang kekadang meroyan semacam sebab kalut nak uruskan hal keluarga dan kerjaya. Kes terbaru ni may be bole jadi evidence tentang tahap meroyan kaum pompuan yang dah sampai level jingga (mcm level sungai di musim bah/banjir).
Pastinya aku tak dapat nak ubah policy. Sapa yang bole ubah? Tentulah jawapannya policy makers. Sapa plak depa ni? Tentulah top management. Bole kah depa ni ubah? aku rasa bole kalau gomen setuju. Jadi gomen kenalah do something untuk ubah. Menteri menteri kenalah alert yang kes kat atas itu tengah signal something tentang kehidupan rakyat. Makin tenat.
Tapi menteri pompuan pun dah tinggal sorang kan dalam barisan utama. emmmmm.....malas la aku nak komen sebab yang melantik barisan menteri ni pun kaum lelaki. Orang lelaki ni kalau kita komen lebih lebih depa kata kita payah cerita...tapi nak buat macam mana...kata konon nak boh pompuan at least 30% dalam decision making level...tapi tak nampak le plak apllicationnya ...tak pa , tak pa..itu isu kecik ja. Lagipun kita kan dah biasa dengan ayat ayat tanam tebu di tepi bibir oleh kaum lelaki nih....heeee. Jom kita suggest benda yang mungkin bole diubah untuk mengurangkan kekalutan hidup kaum pompuan yang bekerjaya.
Tapi menteri pompuan pun dah tinggal sorang kan dalam barisan utama. emmmmm.....malas la aku nak komen sebab yang melantik barisan menteri ni pun kaum lelaki. Orang lelaki ni kalau kita komen lebih lebih depa kata kita payah cerita...tapi nak buat macam mana...kata konon nak boh pompuan at least 30% dalam decision making level...tapi tak nampak le plak apllicationnya ...tak pa , tak pa..itu isu kecik ja. Lagipun kita kan dah biasa dengan ayat ayat tanam tebu di tepi bibir oleh kaum lelaki nih....heeee. Jom kita suggest benda yang mungkin bole diubah untuk mengurangkan kekalutan hidup kaum pompuan yang bekerjaya.
1) Ubah waktu persekolahan atau waktu kerja. Rata rata bebudak kena sampai kat depan pagar sekolah pukul 7.30 pagi. Lewat, masalah la plak. Rata rata manusia kat Malaya ni pun kena masuk keja jam 8 pagi. Hatta drebar lori pun waktu tu lah juga nak bawa lori ataih jalan. Cleaner sekolah pun waktu tu jugalah nak p keja. Lewat, masalah la plak. Jadi waktu pagi tu ataih jalan raya kita penuh dengan bas, bas sekolah, bas kilang, lori balak, lori ayam, motor, basikal. Pendek cerita, segala mak neka ada.Maka jemmmmm lah kat ataih jalan. Maka kalluuuuttt lah ibu/bapa di waktu pagi. Cuba pak menteri tanya pakar motivasi, adakah elok memulakan hari dengan penuh kekalutan???Sudah pasti pakar motivasi bole huraikan kesan dari kekalutan di pagi hari selama paling kurang 3 hari 3 malam. So, Apa kata kita lewatkan sikit waktu sekolah or waktu keja. Jadi idak lah semua manusia di bumi Malaya ni bertebaran di waktu yang sama.
2) Benda ni dulu pun aku dah pernah tulis. This time aku tulih lagi. Tukar uniform sekolah. Siapa yang pegi sekolah? Jawapannya tentulah budak. Kalau namanya budak pekdah apa suruh pakai baju macam nak masuk office. Siap bertie lagi. Kita kena bagi bebudak ni selesa untuk begerak so that they enjoy the learning process tanpa disekat oleh pakaian and kasut yang berwarna PUTIH. Nama pun budak. Comot perkara biasa. Kenapa kita buat policy yang menyusahkan hidup. Why not bagi diaorang pakai track and T shirt sukan ke sekolah yang BUKAN bewarna PUTIH. . Boh la nama sekolah besaq mana pun kat track or t shirt sekolah tu. Kasut plak bole pakai kasut bewarna hitam. Kenapa aku tak suka PUTIH. Sebab utama adalah warna putih membebankan ibu ibu terutama yang bekerjaya untuk menguruskan baju sekolah bebudak. Uniform sekarang ni pula membebankan ibu ibu untuk memastikan pakaian digosok. Kalau guna t-shirt, kuranglah 1 lagi beban menggosok uniform sekolah untuk ibu ibu yang bekerjaya.
3)Flexible working hours untuk kaum ibu. Yang aku maksudkan adalah bagi peluang kaum wanita work from home. May be dalam seminggu 1 or 2 hari bole dibenarkan bekerja from home. Of courselah performance keja diambil kira. Sekiranya performance tak terjejas, apa masalahnya. May be tak semua sektor bole apply tapi aku rasa untuk university bole sangat. Kan pompuan ramai kat university. Contoh kalau hari yang tak ada kelas tu, why not diberi kelonggaran bekerja dari rumah. Ibu ibu macam aku ni bolelah membuat keja keja marking, penulisan, preparation untuk class from home. Duniakan dihujung jari anda. Apa nak risau. At least dalam 1 week tu 1or 2 days dah kurang manusia kat jalan raya and dah kuranglah stress level bagi ibu ibu yang bekerjaya.
Ok lah... kita tulis 3 dulu. Tulis banyak banyak pun kalau kaum lelaki baca bukannya depa paham. Maklumlah bukannya depa yang dok seterika uniform sekolah, depa pun tak penah rasa dok pikiaq nak masak apa masa drive balik keja. Yang depa tau anak anak ready nak p sekolah, makanan ready untuk dimakan, keadaan rumah ready untuk berihat selepas penat kerja. Haishhhh...payah nak cakap kat kaum lelaki nih..tapi dah diaorang yang berkuasa, kenalah juga cakap kannnnnn....
3 comments:
Aku lelaki yang gosok baju anak.
Agreed kak.
Satu lagi, bilalah kita nak beroleh secara wajib taska di semua tempat kerja termasuklah kawasan sekolah. Payoh bebenor!
sgt setuju tentang unifo sekolah tuh.. bernas sungguh idea tuh.. sy sokong n follow awak boler? hahahaha
Post a Comment