Source: Google |
Baru baru ni, saya berpeluang membaca satu e-mail yang dihantar oleh seorang ahli akademik (Dr) kepada seseorang yang rapat dengan saya. Teman saya ni juga baru menamatkan pengajian PhDnya. E-mail tersebut adalah balasan terhadap email teman saya yang memaklumkan kemungkinan terdapat kecelaruan daripada pihak terbabit dalam mereview artikel beliau. Artikel beliau yang hanyalah melaporkan sebahagian daripada pilot study telah direview dengan persepsi yang beliau menulis empirical research.
Pada hemat teman saya, pihak editor/penerbitan perlulah mengclassifykan artikel artikel yang diterima, contohnya empirical research, book review, conceptual paper etc. Pihak reviewer juga perlulah dimaklumkan dan faham artikel jenis apa yang direview. Reviewer juga mestilah dari bidang yang berkaitan. Contohnya akan jadi haru biru sekiranya paper yang berkisar mengenai audit market yang sudah tentunya penuh dengan formula/equation/log diberi kepada reviewer yang berlatar belakangkan psychology. Memandangkan penerbitan tersebut adalah penerbitan "dalaman" dan ramai yang terlibat belum melalui proses PhD, teman saya telah mencadangkan sesuatu dengan niat untuk menambah baikan di masa depan.
Malangnya, email balasan mengambarkan yang ahli akademik tersebut amat tidak berpuas hati. Cara beliau menulis juga menggambarkan bahawa beliau memandang rendah dan menganggap teman saya ni langsung tidak tahu apa apa tentang penulisan. Beliau juga "mengajar" teman saya ni tentang cara untuk respond kepada reviewer. Beliau juga telah memberi banyak contoh contoh bagaimana beliau membalas/menjawab/rebuttal komen komen reviewer. Ayat ayat beliau juga penuh sindiran.
Setelah membaca e mail tersebut, saya beranggapan yang ahli akademik tersebut terlupa yang teman saya juga telah menamatkan pengajian PhD beliau. Saya percaya setiap calon yang melalui proses PhD, pastinya sudah mempunyai pengalaman untuk rebuttal reviewer's comments. Jadi tak perlulah , ahli akademik tersebut mengajar cara caranya. Another issue, bagi saya apabila kita menjawab kepada author (tak kiralah siapa author tersebut) kita kenalah tunjukkan respect kita kepada author. Tak kisahlah se"bodoh" manapun soalan yang diberikan oleh author, sepatutnya email jawapan mestilah penuh sopan dan tidak memalukan atau menghighlightkan kebodohan author ataupun menghighlightkan kononnya kecerdikan kita sebagai editor. Kan orang tua tua dah pesan ular menyusur akar tak akan hilang bisanya.
Teman saya malas untuk memanjang manjangkan issue tersebut. Beliau juga berkata yang beliau tidak akan memberi sebarang cadangan atau involve dengan penerbitan tersebut di masa depan. Bagi saya, kes ini menggambarkan apa yang orang tua tua cakap sebagai cerdik tak boleh tumpang, bodoh tak boleh diajar. Mudah cerita biarlah si luncai terjun dengan labu labunya.....biarkan...biarkan.... heeeeee
2 comments:
Next time, hantar paper ke jurnal yang lebih reputable.
Setuju with Anon above.
Hantar ke journal yg lebih reputable.
Avoid those journals that you need to pay to publish in.
Biar susah nak publish tapi puas hati!
Post a Comment