Dah lama cuti sekolah. Belum berkesempatan lagi bawa bebudak jalan2. Abg Long, Abg Ngah and Nina pun dah resah dok berkisar kat dalam umah. Last week En Hubby beli jiwa bebudak dgn bawa diaorang pegi tengok filem seram Penanggal. Setakat ni hanya itu lah yang mampu kami berdua buat untuk spend masa dgn diaorang musim cuti sekolah ni. Yesterday Nina komplen. Dia cakap kalau kat Ostolia dulu Mama &Papa boleh bawa pegi main kat park petang2. Dulu Mama &Papa bz jugak, tapi kita selalu bole pegi jalan2. Sekarang dah tak pernah pun bbq, Mama pun tak pernah bawa pegi fishing & crabbing. Mama pun dah tak nyanyi &menari kat dapur dengan Nina . Mama masak pun Nina tak nampak.
Saya diam and biarkan dia berleter. Bila dikenang, semua yang dikomplen Nina betul belaka. Sejak balik sini and mula kerja, tiada aktiviti dgn diaorang pada ptg hari. Nak ada aktiviti mcm mana pukul 6 pm baru sampai umah. Masa tu terkejar plak hantar Nina ngaji quran (kelas dia 6-8 pm). Weekend berlalu dgn buat kerja umah -mengemas, membasuh apa yang patut. Weekend juga lah ruang untuk menjalankan social responsibility- penuhi jemputan kenduri, lawat sahabat/sedara yang tak sihat etc. Sejujurnya saya memang tak ada masa untuk diri sendiri. Kalau ada ruang and peluang, kami akan bawa bebudak tu kluar shopping sambil2 beli brg2 dapur. Sambil menyelam minum air. Problemnya bebudak tu pun dah boring nak ikut sebab bnyk masa abis dok cari kicap, minyak,gula, susu etc.
Aktiviti saya bermula awal pagi. Aktiviti memasak. Almost everyday saya memasak for the family kecuali hari2 yang perlukan saya sampai awal pagi ke ofis. Masa bebudak sedang tidur or sibuk sembahyang subuh saya dah pun kat dapur. Sebab tu la Nina cakap dia dah tak nampak saya enjoying myself in the kitchen mcm dolu2. Memang tak sempat nak nyanyi2 sebab saya mengejar masa.
Hari ni saya termenung memikirkan bagaimana untuk kembali ke kehidupan yang dulu. Sibuk and stress bagai nak rak juga dulu tapi bebudak seronok coz we have time to be with them. Sekarang ni dah sampai ke penghujung semester bagi bebudak Degree. Berlonggok paper tests/quizzes /assignments yang perlu dibereskan. En hubby plak dipertanggungjawabkan untuk mengajar diploma (semester diploma baru bermula). Meaning no cuti for him. Saya dah kena last semester dan dah merasa betapa letihhhhnya mengajar dua alam (degree &diploma). Suka tak suka, tanggungjawab mesti dijalankan. Ianya amanah yang perlu dipenuhi dengan sesempurna mungkin.
Saya menjeling disudut meja, masih ada 2 journal articles yang perlu saya baiki. Bilakah agaknya saya ada ruang untuk baiki and mencuba nasib lagi untuk diterbitkan. Saya agak kecewa bila memikirkan kerja2 penulisan & research yang nampaknya tak kemana. Masa bnyk dihabiskan untuk keluar masuk class dan preparation untuk subject yang mengajar. Saya masih tercari cari masa untuk memenuhi tuntutan untuk menulis yang pasti memerlukan masa yang bukan sedikit untuk orang seperti saya. 2 minggu lepas saya mendapat khabar seorang lagi sahabat telah melompat pagar. Seorang lagi sedang KIV dan hanya menunggu masa yang sesuai.Saya berkesempatan berborak dgn diaorang. Alasan mereka sama- tempat baru memberi lebih ruang, masa and suasana untuk research.
Muga bermulanya tahun baru 2014 saya mendapat formula untuk merancang masa dengan lebih efficient bersama anak2 kat umah disamping menjalankan tugas yang dpertanggungjawabkan dgn baik. Kekadang terfikir gak....Kalau aku kayaaaaa....hari hari tak yah pegi kejaa...jaga anak sepenuh masaaa...heeeeee

3 comments:
Realiti kehidupan di Malaysia...
Realiti kehidupan di Malaysia...
Post ni kalau tukar nama saya, sama jer jalan citer nya huhuhu
Post a Comment