Sunday, October 12, 2014

Aku tidak produktif

2014 dah makin hampir ke penghujung. Dari segi akademik, aku langsung tidak produktif. Yang hanya dapat direkodkan adalah kejayaan mendapat dua research grant dari Sumitomo Foundation and CIMA-South East Asia. Sumitomo Grant dah sampai tahap data collection. Aku berdoa di beri kesihatan yang baik untuk menghasilkan sekurang2nya dua penerbitan bersama research team yang lain. Alhamdulilah, so far aku selesa bekerja dengan mereka.

Untuk CIMA plak, proses tandatangan research agreement pun belum selesai. Aku akan bekerja dengan team members yang sama kecuali this time kami jemput Dr FF to join us. Jadi ala ala mentor gitew- tunjuk ajarku Sifu!. Pada masa yang sama aku sedang menghasilkan satu paper bawah accounting education reseach unit ( ni fakulti punya arahan). Dah 50% siap ditulis. As usual, terbantut kes data collection lerr.. insyaAllah my other co-authors tengah membantu mendapatkan jumlah data seperti yang dirancang. Then, aku bole sambung tulis findings & conclusion. Hopefully by next meeting, team kami ada something to present to the faculty...

Selebihnya, masa aku dihabiskan dengan menyediakan bahan pengajaran, keluar masuk kelas yang berbelas belas jam seminggu, menyediakan soalan2 final exam untuk satu Malaya. Vetting  soklan2 final exam untuk zon utara,  buat tugas2lain/ arahan fakulti & universiti. Tak lupa juga tugas aku sebagai tukang masak, penghibur, counsellor, amah, bibik dan jururawat kat umah. 

Kekadang aku pun dah makin konpius dengan bakat aku dalam menjalankan pelbagai tugas yang berbeza skop and skill nih. Perhaps masa aku dok tonyoh bontot kuali tu may b aku lebih mirip kepada kepten Amerika and kalau batery kat dalam jantungku, sudah tentu lah aku jadi iron man dan kalau ada lampu di dadaku mestilah aku sehebat ultraman.

Namun, impian sebenarku hanyalah ingin menjadi seperti Elsa di dalam Frozen yang punya kuasa menukar semua benda yang disentuhnya menjadi ais. Andainya ini menjadi kenyataan aku akan berlari kencang untuk menyentuh dan membekukan seseorang sambil menyanyi lagu...Let it Go...Let it Go....Let it Go....Siapakah orang itu???? shhhhhh....ROHSIA....hahahahahaha

Tuesday, July 1, 2014

Biarlah kami bercerita

Orang akademik kerjanya bercerita. Bercerita di dalam kelas dan bercerita di atas kertas. Cara bercerita pelbagai. Ada yang suka cerita hal yang indah indah ada juga yang bercerita hal yang meruntun jiwa. Mereka bukanlah pelakon dalam setiap cerita. Orang akademik hanya pencerita. Konsep ini wajib lah difahami oleh semua. Mungkin kalau dari segi hukum, konsep ini hukumnya fardhu ain untuk difaham...heee 

Orang akademik jiwanya besar tetapi sensitif. Jiwa besarnya dan sensitivitinya kekadang menyebabkan apa yang diceritakan begitu jelas. Kalau ceritanya indah dan gembira yang membaca pasti ketawa ria. Kalau yang diceritnya seram tak mustahil yang mendengar atau membacanya terkejut dan menggigil ketakutan. Kalau yang dipaparkan cerita duka nestapa, pastinya ada yang mengalirkan airmata. Pastinya orang akademik tidak merancang untuk membiarkan sesiapa berduka atas penceritaan mereka. Mereka hanyalah menjalankan tugas sebagai pencerita bertauliah. 

Amatlah tidak berhemah sekiranya yang mendengar atau membaca cerita yang terluka dan bergundah gulana menyalahkan orang akademik dengan akhiran cerita yang tidak indah. Kehidupan itu tidak semuanya indah. Peribahasa melayu juga ada menyebut sepahit pahit mambu, kelatnya menjadi ubat.  Bersikap terbuka dan berlapang dada mendengar atau membaca cerita orang akademik kekadang banyak baiknya. Fahamilah orang akademik hanya pencerita. Mereka garuk tidak berkuku dan sukar untuk menjadikan mereka seperti lalat diekor gajah. 


Nota: kalau salah peribahasa tu teman minta maap... teman "kangkong" jaaa....heeeee

Monday, June 30, 2014

Cuba Lagi

Yesterday I had e-mailed another proposal. Trying my luck again to get another international grant. I am now working on a grant in Yen ( Japan) and now trying my luck to get another grant in pound sterling. Why international grant??...I have tried a few times to get  the "Gs" grants provided by the government, but until now it seems that I am not that lucky one. So I decided to start small. 

The funniest thing I found about applying an international grant is that the application form is much simpler than the local grant. Very straight forward. I still remember getting "pening pening lalat" in trying to complete one of the "Gs" grant. As a new researcher, I got confused with the "hukum hakam" that I need to follow...not to mention the "permurnian" process carried out by my own university to filter the applications. Anyway, it was a good experience though...and you learn a lot about office politics throughout the way.....hahahahaha..

My confidence level to get this grant??? Less than 10%...hahhahha...I am competing with the whole South East Asia for the limited number of grants. I have told my group members, If I got this one, this is another miracle happen to me. If I didn't get it, I am sure it won't hurt much because at least I know..this is a fair game!

Saturday, June 21, 2014

Buntu

Banyak yang terjadi. Banyak yang boleh ditulis.Aku memilih untuk tidak menulis di blog ini. Otak jadi buntu. Jejari jadi kaku untuk menaip.  Suatu ketika dulu, blog menjadi tempat untuk aku melepaskan kebuntuan berfikir. Sekarang aku menjadi buntu untuk menulis di blog. Yang pasti...hati tidak seceria dulu...apa pun hidup mesti diteruskan......

Wednesday, June 4, 2014

Sri Iskandar



Last weekend kali pertama saya sampai ke Sri Iskandar. Tak pernah terfikir pun untuk ke daerah tu. Terasa jauh amat nak sampai. Hati plak sayu and risau semacam nak berpisah ngan Abang Long. Agaknya gitulah perasaan mak saya ketika saya nak ke UK dulu dalam usia remaja.

Sambil drive terfikir ler plak agaknya 10 tahun lagi begini lah saya rasa bila drive untuk meminang anak orang untuk Abang Long. Mana ler tahu jodohnya ngan org yang duduk jauh or pendalaman. Jenuh saya nak mencari umah. Sayu hati. Tapi demi kasih pada anak agaknya saya turutkan juga. 

Lepas SPM dulu, Abang Long ada cakap dia nak melukis....dia suka lukis katun and nak jadi kartunis jaaa.. or alternatively dia nak belajar berlakon. Nak jadi aktor macam Eman Manan. Bila dengar dia pun minat nak belajar berlakon, saya pun memberi ceramah. Kalah Rubiah Kulup Mahmud. Bila nak isi borang UPU, hanya satu kursus bertemuduga ja yang boleh dipilih dibawah UiTM. Abang Long kena pilih nak masuk Fakulti SeniLukis&SeniReka or Fakulti Filem & Teater. Akhirnya Abang Long pilih Fakulti SeniLukis&Seni Reka...Legaaaa....(Dok risau gak takut nanti another 10 years, Abang Long jadi pelakon,  saya kena interview oleh Melodi or Galaksi...haruuuu....keh keh keh). Cuma di Malaysia ni belum ada kursus untuk menjadi kartunis, end up during the interview dia pilih graphic design. 

Saya berdoa, Abang Long minat and bole ikut kursus tu dengan jayanya. Risau gak. Jujurnya bidang seni bukan bidang saya. Lukis ikan pun tak berapa nak nampak macam rupa ikan. So saya tak bole nak predict kesukaran/cabaran yang Abang Long akan hadapi. Kalau dia buat Accountancy, sekurang kurangnya saya dah bole cerita subjek apa yang susah and subjek apa yang senang. Setakat ni, tak nampak lagi minat anak-anak saya dalam bidang accountancy. Abang Ngah still nak jadi paleontologist. Apo ko bondo tu saya pun tak pasti. Nina plak ada hari nak jadi Dr, ada hari nak jadi Model and pernah jugak dia cakap nak jadi ahli bomba sebab dia minat tengok lori bomba.

Terlanjur ke Sri Iskandar, kami pun singgah la melawat Kellie's Castle. Suka betul my children bila masuk castle tu. Kononnya siri Seekers ke apa ntah kat tv ada buat shooting kat Castle nih. Saya kagum ngan seni bina castle ni and semangat orang putih zaman dolu dolu. Terbaca bagaimana Kellie tu bawa anak sulung dia Helen meredah hutan/meneroka di area Cameron Highland and siap cakap ngan anak dia, nanti dia akan buat umah and buka estet  kat Cameron Highland untuk anak dia. Zaman tu mestilah kawasan Cameron Highland tu hutan rimba. Kuat betul keazaman and usaha org putih tu untuk kuasai negara kita. 

Satu lagi saya kagum bila tengok building tu dah ada cubaan untuk bina lift. Malangnya tak sempat siap. Kononnya kalau siap, itulah lift pertama di Malaya. Bila masuk bilik tidur utama and bilik anak perempuan dia plak, saya mendongak and terpaku tengok plaster ceiling yang masih utuh. Just imagine, plaster ceiling tu dibina in 1910 kot. Masih cantik. Plaster ceiling kat bilik utama and bilik my son dah runtuh and dah kena ganti baru bila kami balik dari Oz ari tu....huhuhu...Oh ya..lagi satu saya tengok tile untuk lantai umah lama Kellie (Kellas House) yang dah runtuh akibat Perang Dunia masih utuh. Kagum saya ngan hasil seni bina and material yang digunakan di zaman tu.  Kita sekarang, dengan pelbagai teknologi, belajar ilmu tinggi-tinggi tapi bina hari ni, lusa runtuh. Adoiii...apa nak jadi.

Tuesday, April 8, 2014

The Haunted 7

Based on a true story. Here it goes.....


Once upon a time



I couldn't believe my eyes


That much!!!!


 Suddenly I realize something...



But...HOW????




THE END

Friday, March 28, 2014

Rempah ratus

Dah lama tak menulis. Banyak benda yang berlaku disekeliling and patut ditulis tapi mood and masa amat tak mengizinkan. Sejujurnya saya pelik dengan kehidupan setelah tamat belajar. Masa belajar dulu semua benda perlu diuruskan sendiri, tak ada peluang langsung nak privatisekan tapi saya sempat buat benda2 yang saya suka. Sekarang hidup begitu memenatkan. Setiap hari saya terkejar kejar memenuhi tuntutan kerja yang kadang kala saya rasakan ntah apa apa. Mungkin saya saja yang merasakan begitu. Entahlah...

Down Memory Lane
Februari lepas saya and En Hubby sempat kembali ke Perth. A very short visit. Nak fulfilkan impian saya yang tak pernah attend convocation. Allah izinkan this time walaupun saya menangguhkan sehingga 2 tahun. Saya telah tamat pengajian and sepatutnya menghadiri convocation in 2012. Allah hanya mengizinkan saya menghadiri Convocation in 2014. Alhamdulillah....


SPM &Abang Long

Result SPM dah keluar. Saya demam 2,3 hari before result keluar. Saya risau dengan Abang Long especially about paper BM & Sejarah yang menjadi subjek wajib lulus. Alhamdulillah Abang Long lulus SPMnya. Resultnya amat biasa.  Bila ada yang bertanya, saya akan menjawab resultnya macam ASTRO- macam macam ada. Knowing Abang Long punya background saya rasa dia dah mencuba yang terbaik. Alhamdulillah. Sekarang ni saya berdoa agar Abang Long berjaya memasuki Faculty Art & Design and dapat buat bidang yang disukainya. Saya akan terus menyokong minat Abang Long and berdoa agar alam university sedikit sebanyak dapat menghilangkan pengalaman pahit ketika balik semula menyambung pelajaran menengah di Malaysia. 

Abang Ngah &Nina

Abang Ngah akhirnya memasuki sekolah menengah harian tak jauh dari area umah saya. Setelah berbincang dari hati ke hati dengan En Hubby dan bertanyakan pendapat Abang Long and few other friends, kami decide untuk tidak menghantar Abang Ngah ke sekolah harian Abang Long. Saya cuba membuat rayuan untuk masukkan Abang Ngah ke kelas aliran khas. Rayuan saya gagal. Alasan yang diberikan terlalu ramai budak yang mendapat 5A and 4A so Abang Ngah yang hanya mendapat 3A tidak mendapat tempat. Saya akur. 

Nina plak awal tahun ari tu sibuk minta izin nak masuk pasukan gymnastik. Saya tak berapa minat nak izinkan sebab pakaian yang perlu dipakai. Dia dah makin besar and saya dah kena instill slowly about cara pakaian. Nak cakap direct kat dia, tak sampai hati. Pelbagai cara En Hubby and saya buat untuk hilangkan minat dia tapi almost everyday dia dok sebut benda yang sama. Dalam diam saya berdoa agar Allah hilangkan minat dia. Tetiba, one day dia cakap kat En Hubby, dia tak nak masuk sebab dia ternampak ada budak dalam pasukan gymnastik kena pukul kat kaki sebab salah buat latihan. Saya percaya bukanlah pukulan yang kuat, may be salah satu method pengajaran. Tapi at the same time saya bersyukur... dia dah hilang minat ke arah itu..Syukur Ya Allah...




Research Grant

End of last year saya telah menulis satu research proposal. Maklumat grant tu saya dapat dari seorang kawan from another IPTA. Tapi atas sebab2 tertentu setelah proposal siap saya tak dapat letakkan nama saya sebagai ketua.  Bila memikirkan yang proposal tu dah siap and sayang le plak kalau tak mencuba nasib, saya memohon pertolongan dari kawan tadi tu untuk menamakan beliau sebagai ketua. Mulanya saya nak namakan Mr FF jaaa tapi field plak berbeza and tak bole le plak. Alhamdulillah kawan saya tu bersetuju. Kami pun mencuba nasib. Sejujurnya saya langsung tidak menaruh harapan yang tinggi. Tanpa disangka, March baru ni, kami mendapat email yang proposal tu diterima and dapat lah grant dalam Japanese Yen (Grant tu dari Japan). Walaupun, idak le juta2 Yen tapi cukuplah untuk langkah awal setelah saya gagal mendapatkan grant dari local. Sekali lagi, Allah menunjukkan saya keajaiban doa. Alhamdulilah....

Tuesday, January 28, 2014

Lompat Si Katak Lompat...



Seorang dah melompat pagar dengan jayanya. Pagar diseberang juga telah dibuka untuk dua orang lagi, cuma mereka perlu menunggu masa yang sesuai untuk melompat pagar. Seorang dah decide untuk terus melompat keluar. Tiga orang  masih mengkaji baik buruk untuk terus melompat keluar. Seorang lagi hanya tinggal setahun untuk terus melompat keluar. Beliau menyatakan tidak akan berpaling lagi...macam lagu cukup...cukup...sudahhhhh...cukup sampai disini sajaaa....Aku tidak akan melompat. Kurangkah semangat kesukananku untuk melompat?? tidak ..tidak... Aku tidak melompat kerana kaki dan tanganku diikat...hahahaha.....ok dahhhh...kena sambung kejaa....

Saturday, January 25, 2014

Tiada Pilihan

Cam tu la yang saya rasa sekarang ni. I have to do what I don't like to do and I don't agree with it. Saya suka membuat sesuatu yang nampak prospectnya. Masalahnya sekarang ni dah ada 4 kes  yang similar (first -hand info plak tu, not hearsay) yang outcomenya adalah sia sia buat apa la nak buang masa. Masa pun bukannya  banyak ada.  Syarat yang diminta pun dah tak cukup. Sebiji cerita Hang Tuah pegi minang Puteri Gunung Ledang. Macam mana laaa nak cari tujuh dulang hati nyamuk!. 

Dah berbuih mulut cakap. There is tendency yang our personal interests mengaburi our rational thinking. Patutnya put aside personal interest. Pikir secara rasional.  Then baru la bertindak strategically. The decision could only be made based on facts yang ada sekarang. We cannot make decision based on " kalau" this and "kalau" that happen. Like it or not, we are not the policy maker. We are just mentimun. Kena faham konsep mentimum. Tergolek pun luka, digolek pun luka kulitnya.

I have done my part. I have said what I have and need to say. I am fully understood yang I hanyalah mentimun. The rest biarlah masa yang menentukan. Sekian.

Thursday, January 9, 2014

Welcoming 2014 with tons of work!!

I hope it is not too late to wish all of you a happy new year. May 2014 brings all the joy and happiness to your lives. As for me, 2014 comes with tons of work. Kojo den bertingket tingket. 

There were times when I just feel like nak keluar je dari system. The only thing that strongly prevents me from doing so is the contract. I have to stay and need to pay back for what the government has spent for my studies. To exit the system appears to be impossible. I am trying very hard to "enjoy" myself while fulfilling all my responsibilities. Muga diberi kekuatan untuk menghadapi semuanya and dipermudahkan.