Thursday, January 28, 2016

Kenapa kita memilih untuk menjadi pekak dan buta

Nina baru keluar spital. Dari hari Khamis saya dah berkampung di wad. Demam panas. Sebenarnya dah 2,3 hari sebelum tu, dia dah demam. Tapi suhu badan masih boleh dikawal. Saya hanya memberi paracetamol. Then, the fever went off  and she went to school as usual. But , that Thursday night, her temperature shoot up to 40+. The whole night saya tak tidor. Jelom kepala dia. Dia plak dah meracau -racau dalam tidur.

Thursday morning I rushed her to the hospital. At first, Dr suspect denggi coz sekarang ni musim denggi. Alhamdulilah, lepas result blood test, dia tidak dijangkiti denggi.  Dr menasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti luar. Keadaaan cuaca sekarang amat panas. Dr juga maklumkan wad kanak kanak antara wad yang memang penuh sesak musim sekarang ni. 

Saya pun terfikir, memang dalam keadaan cuaca yang AMAT panas ni kesian bila tengok bebudak sekolah masih kena attend latihan sukan, ko kurikulum and aktiviti merentas desa. Pukul 3 or 4 petang latihan sukan dah mula. MasyaAllah.... kita yang tua ni pun masih tak tahan nak berjemur dan berlari sebagainya kat luar, apatah lagi budak umur 9/ 10 tahun. Tidak boleh ka sistem kita sensitif dengan keadaan cuaca yang memang akan memudaratkan budak? Gantikan aja dengan aktiviti indoor, kalau dah risau sangat students akan jadi bodoh atau lesu kalau tidak bersukan. 

Teringat saya masa kat Oz dulu. Budak sekolah rendah memang wajib memakai topi. Tatkala cuaca panas dari biasa, pihak sekolah memastikan bebudak ni bermain di area yang ada bumbung. Mereka begitu concern untuk memastikan bebudak ni dijaga hal ehwal diri dan kesihatan. Tidak pernah pula saya melihat pihak sekolah buat latihan sukan di dalam cuaca panas terik atau buat aktiviti merentas desa di musim cuaca panas terik. Lebih menarik, tanpa latihan  sukan atau merentas desa di musim panas pelajar pelajar di Oz tidak le plak bodoh atau lesu tak bole belajar. 

Menurut Dr, pihak kementerian kesihatan  ada mengeluarkan surat untuk memaklumkan keadaan cuaca yang melampau dan memberi garis panduan yang patut diikuti. Antaranya adalah tidak melakukan aktiviti luar yang terlampau. Kenapa pegawai-pegawai pendidikan memilih untuk menjadi pekak? Saya pasti pegawai-pegawai pendidikan juga dapat melihat betapa ramai bebudak yang dilaporkan tidak sihat dan tidak hadir ke sekolah. Malah, mereka sendiri  pasti merasai bahang cuaca panas yang melampau. Kenapa mereka memilih untuk menjadi buta?

Saya tidak faham....saya kecewa lagiiii......

1 comment:

Anonymous said...

kpi