Sunday, June 14, 2009

Parking

Dari Nov08 sampai last week my husband and I telah dengan jayanya meletakkan kenderaan kami secara illegal di campus. Lupa plak nak cakap, kat sini students kena bayar parking bila masuk kawasan universiti. Rate dia $4 per day.

Untuk menjimatkan our expenses, my husband study le dulu area area yang "selamat" dari security team. Kemudian, dia brief kat I. Jadi whenever I masuk campus, I hanya akan cari parking kat area area selamat je la. Sampai last week berjaya la strategi tu!.

Tapi lately ni cam ramai le plak mamat mamat org puteh ni yang tumpang sekaki park kat situ.Gerrammm gak. Diaorang kan banyak duit ..pegi lah beli parking tiket and parking lah tempat students. Biarlah tempat tempat "strategik" tu untuk golongan cam I ni.heeeee...

Dah jadi payah le plak nak dapat parking kat kawasan selamat especially bila turn I pegi Uni . Maklum lah skill parking and menyelit nyelit ni tak capai tahap ISO pun. Disebabkan sekarang ni dah makin bz and makin kerap le plak I kena larikan diri ke library,last week my hubby dah beli lah parking tiket sampai abih semester ni ($58).

Bila dah ada sticker kat kereta tu, rupanya bila masuk Uni, tetiba psychologically rasa cam confident je. Dgn seronoknya I berputar putar mencari parking kat area yang dikhaskan untuk students( payah gak sebenornye). Satu lagi yang best jarak yang nak kena menapak pun tak le sejauh dulu..

terima kasih lah ye....

No comments: