Thursday, June 11, 2009

Satu Pandangan..

Ari ni tergerak hati nak tulis about perkara perkara baik yang org barat amalkan. Before citer panjang panjang eloklah saya clearkan kat sini , tak semua yang org Barat buat tu baik, cuma I am more interested to highlight yang baik baik. Why? sebab yang buruk tak yah lah kita share.Yang baik je la yang patut di share so that kita dapat manafaat dari amalan mereka.

1)Hari pertama registration,sedang asyik dok isi borang kat counter (student service) tetiba seorang lecturer datang menyapa dan bertanya adakah kami berdua students baru kat Graduate School. Lepas cakap sekejap dia terus perkenalkan dirinya Professor Y(bukan nama sebenar..hehee).Selepas dia berlalu, my hubby and I tergamam, seorang Prof boleh dengan senang hati menegur students seperti kami tanpa sebarang sebab, dan menghulurkan salam perkenalan.

2) Sessi pertama untuk jumpa supervisor. Kebetulan one of our supervisors tu adalah Director Graduate School pada ketika itu. Selepas memberitahu PA dia yang kami dah sampai untuk first meeting, the PA asked us to wait outside his office. Dalam jangkaan kami tentulah nanti PA dia akan memberitahu kami bila waktu yang sesuai untuk masuk berjumpa our supervisor. Tanpa kami duga , our supervisor yang juga seorang Director telah keluar menjemput kami berdua untuk masuk ke bilik and after the meeting he escorted us untuk jumpa dgn all the staffs (non academic).

3) Ketika masuk hospital (macam hospital kerajaan kat Msia le). Since tak ada org yang nak jaga my J-Lo, so kami kena bawa dia sekali. Dr yang kendalikan my case siap keluar explain kat my hubby yang I need to go through banyak tests and suggest supaya my hubby balik dulu dgn J-Lo and she will contact my husband bila semua selesai.

4) Rata rata lecturer yang berkelulusan PhD, tidak langsung kisah dgn title "Dr" yang mereka bawa. Semua nya panggil nama je. To them ilmu tu yang penting . bukannya title!.

5) Budaya sharing information. Diaorang ni cukup murah hati dgn ilmu yang mereka ada. Kekadang kita rasa soalan kita tu tak standard/ tak ilmiah/ remeh etc. Tapi org Barat ni they will try their best to answer our questions and paling best they answer it politely!!.

Kat atas hanyalah beberapa contoh yang kekadang membuatkan saya terfikir kenapa kita org timur , muslim pulak tu tidak ada ciri ciri yang sepatutnya kita tonjolkan. Kenapa sesetengah kita begitu kedekut dengan maklumat or ilmu yang kita ada. Bukankah semua itu hak Allah??? Harap harap kita termasuk dalam generasi yang akan membawa budaya yang berbeza.......

2 comments:

Anonymous said...

kat msia nih kalau Proff tak diadress ngan title mati kena pandangan manja(part of them) ...kalau yang berjawatan jangan harap nak keluar jemput kalau dah nak jumpa pun kira bagus tahap gaban..kekadang manusia mudah lupa dunia ini bulat mungkin satu hari kita berjawatan tapi bila sampai masa kita akan pencen dan tak ada dalam jawatan, yang akan dikenang budi baik dan credibility kita waktu berjawatan bukannya sifat meninggi diri tak dak haluan... he..he.. tumpang memblog dan bagi pandangan

-kakak-
khadam kehormat

mulan said...

Doa lah.. muga kita tidak lupa diri and the more we know lagi lah patut sedar yang ilmu tu semua hak Allah..
masuk 7 kaki dalam besok besok..siapa kisah pangkat dan darjat kita..sendiri mau ingat beb! heeee