Saturday, December 31, 2011

Berlalunya 2011...

Hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2011. Bermulanya 2012 bermakna tempoh penajaan pengajian aku makin sampai ke penghujung. Dalam keadaan sekarang, apa yang akan berlaku lebih bersifat diluar kawalan aku. Bergantung penuh kepada kecekapan dan kecepatan (betul ke words ni...lantak le, kan ni blog aku) kedua dua svsor aku memberi feedback ke atas hasil kerja aku. Aku hanya berdoa agar aku dapat menyelesaikan segala kerja sebelum aku berangkat balik ke Malaysia. Sesuatu yang begitu sukar untuk dijangka kerana svsor aku masih lagi bercuti...hu hu hu.


Satu perkara lagi, bermula 2012 bermakna aku masih ada satu lagi mission yang belum dapat dicapai disepanjang tempoh pengajian aku ini. Actually, bila aku mula buat PhD aku dah set in mind few perkara yang aku nak cuba/belajar selain dari menyiapkan thesis aku le. Antaranya, menguasai at least 1 software untuk membuat analysis, belajar menulis paper untuk colloquium and conferences, mendapat best paper award didalam mana mana international conferences, menghadiri kursus kursus yg disediakan oleh pihak Uni yang dapat membantu aku kelak dan dapat publish dalam journal.


Mungkin bagi student lain benda yg aku list tu perkara biasa dalam hidup seorang PhD student, tapi bagi aku yang punya suami yang juga student PhD dan punya 3 org anak anak yang perlu perhatian, semua yang aku list tu bukanlah sesuatu yang mudah untuk aku buat. Alhamdulillah, dengan bantuan pelbagai pihak aku berjaya capai hampir kesemuanya KECUALI publish dalam journal yang berkualiti.


Aku dah pun mencuba sebelum ni, tapi diREJECT ngan jayanya. Bila aku jumpa svsor aku, dia cakap satu cubaan yang baik dan cuba lagi . Biasalah..ayat ayat beli jiwa. Tapi dia masih bertegas yang aku perlu berusaha untuk mendapat publication ke journal yang at least ranking B. As usual dia cakap, kalau aku berjaya, aku akan banyak belajar dari segi penulisan.


Selepas cubaan itu, aku amat bz dengan penulisan thesis. Tak dinafikan juga aku sendiri berasa 'gayat' untuk mencuba lagi. Memandangkan tempoh penajaan pengajian dah tinggal secoit, jauh disudut hati aku percaya yang aku perlu mencuba lagi. Aku percaya aku perlu mendapat pengalaman dan belajar tentang ini sebelum berakhirnya status aku sebagai seorang student. Persoalannya perlukah aku mencuba lagi ke ranking A or B atau menghantarkan saja my paper ke journal journal yang 'tak berapa hangat dipasaran'...heeee... aku dalam dilemma...

Friday, December 23, 2011

PhD: Tepuk dada tanya selera

Saya ingin berkongsi cerita tentang perbualan saya dengan seorang Professor disini. Beliau bercerita, PhD adalah satu perjalanan pencarian ilmu. Setiap yang mendaftar sebagai pelajar PhD sepatutnya sedar yang proses pencarian adalah sesuatu yang sukar dan penuh dengan ketidak pastian. Semua kerja perlu dilakukan dengan sabar disertakan denagn niat untuk menambah ilmu. Beban bertambah bagi golongan seperti saya yang pasti akan dipertanggungjawabkan untuk menyelia pelajar lain apabila tamat pengajian.
Yang menariknya, beliau mengingatkan, sama seperti perjalanan lain dalam hidup, PhD journey juga ada jalan singkat. Pesan beliau, jangan sesekali terpedaya dengan jalan singkat yang akhirnya merugikan diri sendiri. Saya tidak faham dan meminta beliau menerangkan dengan lebih detail. Dengan senyum, beliau berkata adalah tidak mustahil untuk mendapatkan PhD walaupun kandungan thesis penuh dengan kesilapan. Semua itu berlaku dizaman sekarang kerana PhD berhubung rapat dengan hubungan anatara manusia.

Seterusnya beliau mengingatkan jangan sesekali berasa selesa apabila penyelia tidak mengkritik kerja kerja kita sebagai pelajar atau sentiasa memberi komen yang mengembirakan kita. Sebagai pelajar kita harus sedar yang penyelia juga manusia dan manusia itu sudah semestinya punya pelbagai niat, gaya, rupa dan cara. Beruntung kalau pelajar mendapat penyelia yang menjalankan tugas penuh integriti. Tambah beliau, adalah lebih baik kalau pelajar selalu mendapat krikitan dari penyelia kerana secara tidak langsung menunjukkan penyelia benar benar membaca kerja pelajar.

Sebelum meninggalkan saya, beliau berpesan setiap thesis pasti ada kesilapan dan awak akan merasa malu untuk membaca thesis awak sendiri selepas 5 tahun awak berjaya mendapatkan PhD. Namun begitu, tanggungjawab besar adalah untuk memastikan thesis yang dihantar punya kualiti dan tidak dipenuhi dengan kesilapan kesilapan yang TIDAK boleh dimaafkan. Jangan biarkan pembaca thesis awak terutamanya student yang sedang membuat PhD mempersoalkan bagaimana awak berjaya mendapatkan PhD berdasarkan thesis yang sedemikian rupa. Berdoalah agar supervisor dan juga examiner awak merupakan mereka yang menjalankan tugas penyeliaan dan pemeriksaan dengan penuh tanggungjawab dan mempunyai niat untuk percambahan ilmu. Ingatlah, dizaman sekarang semuanya bole terjadi!

Di sepanjang tempuh pengajian, saya tidak putus berdoa agar penyelia dan juga examiner yang akan dilantik nanti menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Sekurang kurangnya thesis tidak dipenuhi dengan kesilapan BESAR yang akan membuat hati sesiapa yang membaca thesis saya tertanya tanya tentang status PhD saya.

Thursday, December 22, 2011

Update Cerita Sinki Bocor

Source: Google



Report pertama dibuat kelmarin about 5 pm. By 10 malam dah 4 kali report di buat sebab walaupun tutup punca air, hose bwh sink tu still keluar air. Kami pun dah letih dok mengelap lantai dapur. Seawal 7.30 pagi report kelima di buat. Pukul 9 pagi report ke enam, menggesa pihak agent menghantar plumber. Time ni ayat ayat mencabar minda telah dikeluarkan oleh En Hubby, antaranya jgn sekali kali menyalahkan kami sekiranya kabinet dapur and lantai dapur rosak akibat dari sikap "tidur" mereka (agent) mengenai perkara ini. Akhirnya, jam 11.40 kejap tadi, muncullah seorang plumber untuk buat tinjauan awal (baru tinjau bro!, belum buat kerja). Harap harapnya by ptg ni, dah bole lah guna sink. Itulah antara cara bekerja kat Western Australia. Tak salah lah kalau bebudak Msia sini gelar cara bekerja kat sini as WA system (Wait Awhile System). Maka dengan rasminya pada ari ini saya melancarkan maskot untuk sistem tersebut mcm gambar kat atas......

Wednesday, December 21, 2011

Dalam hati ada duri

Hari ni adalah hari stress sedunia. Ada tiga perkara utama yang shoot up level adrenaline aku ari ni.
1) Kisah OSHC


OSHC ni adalah policy insurance yang hukumnya WAJIB dibeli oleh international students kat sini. Bagi student Msia, secara ringkasnya ada dua kumpulan. First group ni yang kena renew sendiri (guna duit poket dulu la ye) policy every year then claim ngan penaja. Claim plak kena buat 2, satu untuk diri sendiri dan satu lagi untuk keluarga. Satu group lagi, yang aku kira lebih beruntung, the moment diaorang daftar aje penaja bayar terus (lump sum) premium insurance untuk tempoh dari tarikh registration till tamat visa. Second group ni, bagi aku golongan yg bertuah (aku rasa, ini policy baru dari gomen or university coz member yg daftar few months after aku gini la kes dia). As usual En Hubby and aku masuk kategori pertama. Kategori menyakitkan jiwa raga.


Selama hayat disini, kami akan renew per year la , then buat la claim and tak ada problem la plak. TETAPI this year OSHC dah tukar policy. Banyak yg tukar tapi yg pentingnya ada 3: 1) Premium naik more than 100%, 2) Dah tak leh nak buat untuk 6moths or 1 year, tapi nak kena buat sampai tarikh visa tamat, 3) untuk couple yg dua dua belajar dah tak leh ambik 2 single plan, WAJIB ambik 1 Family plan. 4) HANYA satu resit dikeluarkan.


Semua policy baru OHSC ni telah membuat hidup kami susah. Aku and En Hubby dah pegi mengadap pihak OHSC menerangkan yang kami akan menghadapi masalah untuk claim dari pihak penaja sekiranya ambik family plan and hanya satu resit dikeluarkan (penaja keluar surat untuk bayar single plan to both of us). Ding dong ding dong...semua rayuan ditolak. Kami juga telah merayu kepada International Dept untuk membenarkan kami menukar policy lain (sebenarnya bnyk policy lain yg lebih murah & bagus). Itu juga tak dibenarkan. Kami hanya bole menambah policy insuran dan WAJIB merenew/ mengekalkan policy dengan OHSC. Mana nak cari duit. Memang tak mampu nak pegang 2,3 policy insuran. International student deprtment plak asyik dok hantaq reminder yg OHSC kami dah nak tamat. Kalau reminder je tanpa membawa apa apa kesan aku tak kisah sgt. Tapi bila effect bab bab study itu yg aku malaih tu. Last last, En Hubby pun keluar duit sendiri $840 untuk bayar premium sehingga tarikh tamat visa dan kami terpaksa akur ngan policy baru OHSC.


As expected, penaja hanya membayar balik $ 280 saja. Rasanya ikut rate single plan and rate zaman purba. Lagi $560 tu nak dapat dari mana? Amount tu may be ciput la untuk setengah orang, tapi bagi kami, budget sudah lari bro!! Malam semalam aku bersemangat gak nak email kat penaja buat rayuan tetapi seorang kawan yg juga mengalami masalah yang sama telah terlebih awal berbuat demikian. Beliau telah mengemail pihak penaja beserta dengan attachment policy baru OHSC. Panjang lebar rayuan yg dibuat beserta bukti sokongan. Pihak penaja hanya membalas dengan satu ayat yg membawa maksud lebih kurang camgini 'sebab tu la kami nak student habis belajar on time'. Kawan aku tu sampai menangis...sedih amat.


Kalau diikutkan offer letter dari pihak University disini, tempoh pengajian kami adalah 4 tahun. Aku rasa sekiranya biasiswa diberi mengikut tempoh pengajian tak la jadi masalah cam gini. Pengajian PhD tak leh nak buat blanket je, yg semua org akan tamat 3 tahun. Sebab itulah pihak University menawarkan tempoh pengajian berdasarkan bidang yang kita nak buat. Kalau dah kat offer letter University terpampang 4 tahun, kalau student dapat abih 3 1/2 tahun, dah kira ok la tu.


Frankly, mcm kes aku sendiri, svsor aku 'senyum' je bila aku cakap aku nak plan kan study aku so that aku akan abis (bole submit) dlm tempoh 3 1/2 tahun. Aku tengah cuba sedaya upaya la sekarang ni, walaupun setakat ari ni kat school aku ( kita bercakap bab school ye, bukan department) hanya ada SEORANG je mamat ni yang berjaya submit dalam tempoh 3 1/2 tahun. Tengok la plak background Mamat ni. Dia ni memang dah ada background research yg gedebuk gedebak. Jadi, bagi aku yg macam KangKung ni, memang amat perit la nak mencapai target. Nasib baik aku ni ada semangat Tun Fatimah, jadi aku redah je...


2) Kisah SBPA-2012

Member aku ada ngantor maklumat untuk aku tengok since aku belum dapat apa apa info dari my Uni lagi. At first tu, aku dah cakap kat diri aku, this time tak yah la tengok secara detail. Nanti kalau terjumpa benda benda yg tak berapa syok , aku stress plak. TAPI, may be juga la background accounting aku ni tak bole nak control mata aku dari "mengaudit" skala gaji baru yang aku dapat. Nengok aje skala gaji baru tu , aku terus terperasan yang skim baru ni amat menguntungkan kepada mereka yang baru naik pangkat (atau baru berada di gred tersebut). Golongan cam gini akan dapat kenaikan more than 12% ( ini aku tak kira, aku agak je...kes aku malas nak audit secara detail...takut pisang berbuah 3,4 kali- baca posting b4 this...heee). Golongan yg mcm aku, yang dah senja kat grade tersebut, hanya akan dapat seciput kenaikan. Seciput tu aku rasa (again aku tak kira, agak je), tak lepas pun untuk membeli sebiji Scanpan....hu hu hu.

Aku heran gak, tak kan la masa diaorang buat skala gaji baru tu, bole tak perasan benda cam gini. Aku rasa mcm obvious je benda ni. Sebab bila aku first nengok je, 'otak accounting' aku and 'mata audit' aku dah dapat detect benda ni. Alangkah indahnya dunia ini, kalau peningkatan gaji tu diberi dgn kadar yg lebih kurang sama (memang le tak leh nak bagi sama rata). Aku rasa masih bole dibaiki lagi. Cadangan tak cerdik dari pihak aku la, patutnya golongan yg senja dlm grade tersebut, tidak dinaikkan ke gaji terhampir didalam sistem baru. May be golongan ni diberi 2 kenaikan tangga gaji. So, kalau buat cam gini, baru lah % kenaikan gaji bagi yg baru berada di grade tersebut and yg dah lama berada di grade tersebut, lebih kurang sama.

Kalau apply yg aku cadang, aku rasa ramai yg happy. Tapi, siapa lah aku......


3) Kisah sinki bocor.

Tetiba je, sinki kat dapur umah aku bocor. Abis basah kitchen aku. Talipon la plumber. Disebabkan aku menyewa rumah ni melalui estate agent, plumber yg aku bole call hanya lah plumber yg diregisterkan dgn agent aku tu. Dari pukul 5 ptg call, tak dtg dtg coz kat dah abis waktu kerja. Kalau diaorang dtg, agent kena bayar mahal. Rugi la kan. Problemnya, kami anak beranak tak ada bekalan air la. Kena la tutup punca air, kalau tak mau banjir umah aku di musim panas kat Perth ni. En Hubby, cuba gak call plumber lain. Banyak plak soklan coz diaorang ni cakap diaorang tak register bawah agent aku so sepatutnya diaorang tak leh bagi service kat kami ( antara undang undang WA yg menyerabutkan kepala otak). Tapi ada clause plak, bole buat bawah emergency. En Hubby pun tanya le berapa bayaran untuk tukar hose kat bawah sink dapur tu. Dia cakap, estimated total cost $400 (cost dia dtg tengok je $170). Gilerrr beb!. Kalau kat Msia, dah lama En Hubby pegi beli hose tu kat kedai and tukar sendiri. Kat sini tak leh ye, semua urusan mengenai umah yang disewa mestilah melalui agent. Tak leh nak tunjuk tunjuk bakat. Ini la antara , undang undang yang menyesakkan kepala otak kat sini. Zaman dulu, aku stay kat UK, tak ada le plak banyak cikadak mcm gini. Akhir cerita, kami still dok tunggu registered plumber untuk dtg baiki.... Hari Stress Sedunia betul....

Friday, December 9, 2011

SBPA 2012 & Ombak Rindu

Dengar cerita filem Ombak Rindu tengah top kat Msia sekarang nih. Dengar cerita lagi jalan cerita yg diadaptasi dari novel tu memang best. Aku yang memang buta tentang novel melayu ni, payah le sikit nak bayangkan tentang perkara ni. Kalau aku nengok teraju utama filem tu,setakat ari ni la, aku hanya bole terima (tak sampai tahap minat lagi nih) lakonan Maya Karin je. Lisa Surihani and Aaron Aziz plak bagi aku bole la setakat nak tengok sambil memasak kat dapor. Lisa & Aaron tak payah risau , satu Malaya minat you all berdua, akak je yang tak berapa nak minat dik oooiii....

Aku sebenarnya bukan nak cerita bab Ombak Rindu, aku nak cerita bab SBPA 2012. Skim baru untuk penjawat awam. Aku kecewa sebab maklumat yg kat dalam website tu tak membolehkan aku membuat pertimbangan yg sewajarnya samada untuk pilih ke tidak SBPA 2012. Kalau aku kat Msia, aku tak kisah sgt, mesti ada org human resource yg akan buat 'road show' about this. Cuma aku kan jauh dari tanah air terchenta.

Aku pun teringat la dialog dalam Ombak Rindu 'Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah'. Nampak gaya macam nak masuk kali ke3 la aku nak kena 'pasrah' dan bukan 'redha' sepanjang aku berkhidmat nih. Kisah pertama apabila tempat kerja aku ditukar jadi 'universiti'. Skim perkhidmatan pun ditukar. Ramai yg bergembira. Aku pun bergembira juga tetapi aku sempat membuat analisa dan hasilnya aku dapati terdapat segolongan kecil yg akan rugi 2 kenaikan gaji (termasuk aku la) bila skim baru dilancarkan. Masa tu aku masih muda, masih semangat and masih hijau tentang dunia pekerjaan. Aku dan seorang kawan telah membuat surat dan menyertakan hasil analisis kami tuh...kah kah kah..siapa la nak endahkan analisis seorang 'budak hingusan'. Hampir setahun berlalu, aku berkesempatan berjumpa dgn seseorang yang berpengaruh juga. Dalam bual bual kosong aku bertanya dan mengusulkan tentang perkiraan yang aku buat. Beliau agak terkejut dan memberitahu yg tidak perasan akan perkara itu dan beliau juga berpendapat perkiraan aku dan kawan aku tu ada logiknya. Aku 'pasrah' untuk kali yang pertama dalam sejarah perkhidmatan aku.

Cerita kedua, ketika nak tukar ke SSM. Kami di beri penerangan dan maklumat yang diperlukan kononnya untuk membuat keputusan. Berdasarkan maklumat yg diberi, kami pun memilih SSM. Tapi selepas itu, ada plak kesilapan dalam pengiraan yang menyebabkan kami diminta untuk tandatangan sekali lagi option. Pada ketika ini aku kononnya dah makin matang dalam dunia pekerjaan. Jadi aku memilih untuk mengikut majority iaitu memilih SSM. Malangnya ada peristiwa yang berlaku selepas itu (malas aku nak cerita panjang lebar) kat universiti aku ja, ringkasnya pada ketika itu, keadaan lebih memihak kepada golongan minoriti plak ( yang tidak memilih SSM). Aku 'pasrah' untuk kali kedua.

Sekarang ni nampak gaya nak masuk kali ke3 la aku nak kena memilih (kononnya). Walaupun secara dasarnya aku dah tahu apa yg aku perlu pilih, tapi sebagai manusia aku nak la juga tahu consequences pemilihan aku ni dgn lebih jelas. Maklumlah aku sekarang pun dah makin senja dalam perkhidmatan. Pemilihan aku bukan saja affect aku sekarang ni tapi akan affect anak and tak mustahil cucu aku. Jadi bagi la maklumat lengkap walaupun aku amat paham 'redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah'.....

Pemalu

Abang Ngah amat lah pemalu dan agak pendiam berbanding dengan Abang Long and Nina. Kalau dia kat rumah, saya kena panggil panggil dia. Kalau tak, dia tak akan 'berbunyi' and saya pun tak perasan apa yang dibuat. Nina yang paling bising. Mulutnya tak berhenti berbunyi sampai kekadang lenguh telinga dibuatnya. Abang Long pun sedari kecil tidak le ada problem nak berkawan or problem terlalu malu.

This week and next week Abang Ngah nak kena buat performance kat sekolah. Class dia kena buat play and also dia kena menari (edu dance) . Semua ni, jadi masalah besar untuk Abang Ngah. Tiap hari dia akan merungut kerana tak suka dengan aktiviti tersebut. Bila saya tanya kenapa. Dia cakap dia amat malu untuk berlakon dan menari didepan semua orang. Adoiii...pening kepala nak cakap or instil the idea yang semua budak melalui experience tersebut. Pagi tadi , sekali lagi dia merungut rungut. Kelakarnya Nina plak yang cakap 'Abang Ngah, just do it , you will be ok' .

Risau betul bila fikir sikap terlampau malu Abang Ngah nih. Cuma sesekali saya menyedapkan hati sendiri, pasti dunia hiburan tidak akan menjadi pilihan kerjaya Abang Ngah. Legaaa......

Friday, December 2, 2011

Untungnya menjadi pensyarah

Menjelang tahun 2012 nanti, bermakna masuklah tahun ke 19 saya berada didalam dunia akademik. Ramai kenkawan saya memilih untuk join corporate sectors selepas kami pulang dari UK dulu. All of them sekarang ni dah berada di puncak kerjaya masing masing. Sesekali angin bertiup membawa khabar gembira tentang kejayaan dan kehebatan kehidupan mereka kini. Saya tumpang gembira.

Bagaimana dengan saya? Alhamdulillah, saya juga punya kehidupan yang selesa walaupun jauh sekali untuk dikategorikan sebagai 'hebat dan berjaya'. Kehidupan yang biasa biasa, ibarat lagu dangdut nyanyian Iwan dulu 'yang sedang sedang saja...'. Sesekali dihati kecil terdetik juga persoalan ' kalaulah saya menerima offer pertama selepas saya graduate dulu, adakah saya juga sekarang seperti mereka? '


Baru baru ini, saya berkesempatan berjumpa dengan seorang kawan lama. Beliau sekarang memegang jawatan hebat di sebuah syarikat hebat. Punya kereta hebat, lengkap dengan driver, umah yang amat selesa, suami yang juga berkerjaya hebat dan juga anak anak yang comel comel. Setiap kali berpeluang bercuti, beliau dan keluarga akan memilih destinasi destinasi hebat di luar negara. Kelihatannya beliau punya segalanya. Baru baru ini, Allah mempertemukan kami. What a small world!. Beliau masih ramah macam dulu cuma saya saja yang kekadang berasa agak janggal untuk berborak mcm zaman muda muda dulu.


Didalam pertemuan singkat itu, sempat dia bercerita tentang kehidupannya. Namun diakhir penceritaan, dengan nada sedih , dia merungut dan mencurahkan perasaan gundah gulana dia menjalankan tanggungjawab kerjaya dan mengharungi kehidupan yang serba hebat. Banyak yang dikongsi, cuma ada beberapa yang membuat saya amat tersentuh. Antaranya, beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan beliau tidak bertemu muka dengan suami selama 2,3 weeks. Hanya berhubung secara sms disebabkan tuntutan kerja masing masing. Juga, anak anak tidak berjumpa muka dengan beliau selama 3,4 hari dah jadi lumrah dalam kehidupan beliau. Maklumlah dia keluar kerja awal pagi and balik tika semua anak anak dah tidur. Dia juga bercerita betapa sibuk dia bekerja setiap hari. Semua benda dilakukan dengan terkejar kejar. Untuk kekal berjaya, perlu cepat, tepat dan perlu juga menjaga corporate image. Saya membuat conclusion yang dia mewah wang ringgit tapi miskin masa untuk diri, suami, keluarga dan juga untuk Allah.


Dalam diam, saya bersyukur amat menjadi pensyarah. Bukan kerana kerjaya sebagai pensyarah itu mudah, tetapi kerana:



1) Waktu bekerja yang agak fleksible. Saya merancang kuliah saya sendiri, dengan mengambilkira tuntutan dari pihak universiti. Walaupun masih terikat dengan jadual waktu yang padat, saya masih ada sedikit ruang untuk membuat perancangan sendiri.


2) Walaupun office saya hanyalah sebuah bilik kecil, tanpa sebarang corporate image yang gah gah, saya bebas menata hias bilik saya sendiri menurut keselesaan saya. Sebelum saya sambung study , didalam office saya dah saya sediakan sedikit ruang untuk anak saya yang kecil bermain main sekiranya saya perlu pulang lambat untuk menghabiskan tuntutan kerja.


3) Saya juga menyediakan ruang kecil untuk memudahkan saya menunaikan solat dan membaca Alquran. Walaupun jadual kerja padat tetapi didalam seminggu masih ada satu dua hari yang saya sempat melakukan solat duha dan membaca sebaris dua ayat AlQuran selepas sembahyang especially after zohor or asar. Sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh kawan saya di pejabatnya yang serba mewah.


4) Saya tidak perlu menjaga imej dengan keterlaluan. Mungkin ada segelintir yang berbuat demikian tetapi tidak saya. Saya bebas bergaul dengan sesiapa yang saya suka. Sudah jadi kebiasaan saya membelanja goreng pisang untuk mak cik cleaner yg bertugas mengemas bilik saya. Malah ada antara mereka yang tidak mengaddresskan saya sebagai Puan seperti yg lazim mereka lakukan kepada pensyarah lain. Mereka memanggil saya adik. Saya tidak kisah.


5) Saya bole menjalankan tanggungjawab saya dengan baik tanpa perlu menonjolkan diri. Saya lebih suka dan selesa org mengenali saya dari hasil kerja saya. Sebelum sambung study saya dah mula mencuba cuba menulis. Kini saya berharap saya akan dapat meningkatkan kualiti penulisan saya selepas tamat belajar. Kerja menulis tidak memerlukan anda menjadi 'glamour'. Saya percaya sekiranya apa yang ditulis itu adalah bahan akademik yang berkualiti, pasti ada orang yang sudi membacanya.


6) Pensyarah sering diberi tugasan/subjek baru. Walaupun memenatkan untuk membuat persediaan mengajar, secara tak langsung otak saya sentiasa bergerak aktif dan saya perlu banyak membaca. Bukankah membaca itu adalah titian untuk mendapat ilmu?


7) Yang pasti, sepanjang 18 tahun yang lepas tidak pernah saya tidak dapat bertemu muka dengan suami dan anak anak kerana tuntutan kerja. Walau sesibuk manapun saya, masih ada ruang dan masa untuk memasak makanan kegemaran suami dan anak anak, bertanya hal hal sekolah anak anak dan menjaga mereka ketika mereka demam.


8) Menjadi pensyarah melatih saya untuk melakukan hampir semua tugasan secara sendirian. Pensyarah tidak disediakan secretary. Tidak ada orang yang bole saya arahkan dengan mudah untuk melakukan kerja kerja clerical such as photocopy, editing, formatting etc . Anda perlu melakukan semuanya sendiri. Apa yang menarik? Perkara ini secara tidak langsung membentuk peribadi kita. Rentak bicara kenkawan saya yang berada di sektor korporat (tidak semua) berbeza bila bercakap dgn golongan 'bawahan'. Mungkin juga mereka terbawa bawa cara bercakap dgn staff bawahan mereka. Maklumlah, bukan mudah untuk mengawal staff bawahan yang ramai. Kadangkala mereka terpaksa bersikap tegas. Malangnya, tanpa sedar rentak bicara terbawa bawa ketika berbicara dengan org lain.


9) Hidup saya tidak dibelenggu beban hutang yang banyak. Tidak bermaksud saya tidak punya hutang. Sebagai pensyarah saya juga perlu berhutang untuk mendapat keselesaan dalam hidup. Mungkin yang berbeza definisi 'keselesaan' antara saya dan kenkawan yang berjaya dalam corporate sector agak ketara bezanya. Saya berpegang pada pesanan org tua tua 'besar periuk, besar jugalah keraknya'.


10) Menjadi pensyarah juga memberi ruang dan peluang untuk saya membantu melahirkan lebih ramai anak bangsa menjadi org yang berjaya.


Ringkas cerita, pertemuan singkat itu menyedarkan saya lagi atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada saya. Syukur atas segalanya. Thank you Allah...

Saturday, November 26, 2011

Musim apa sekarang ni?



Sekarang ni cuaca dah mula panas. Ada hari pukul 9 am dah terasa bahang cam 12 noon. Itu belum betul betul summer lagi. Summer la yang paling saya tak minat di Perth ni. It is not that I am not used to the hot weather (come on la ...Msia kat panas gak), tapi panas disini, panas yang panas...mcm mana nak describe ek..org Jitra cakap panaih belengaih. Aircond terpaksa di on kan. Kalau tak, memang tak selesa. Kipas je dah tak makan saman kalau cuaca macam dua hari lepas. Bila on kan aircond, memang la amat membantu. Anak anak pun selesa. Kita sendiri pun selesa. Apatah lagi untuk memerah otak menulis. Yang tak selesanya poket la. Dah pasti bil letrik akan naik mencanak. Dah la tarif letrik bukannya mcm 3 tahun lepas...emmm...Itu cerita musim panas.


Sekarang ni juga, saya consider musim buah Mempelam. Dari kecik sehingga b4 kawin, inilah term yang saya guna pakai untuk buah yang kat gambar kat atas tu. Tapi lepas je kawin and until now, saya dah guna different terminology. Saya dah panggil buah tu buah Pauh. Saya dah terikut ikut terminology En Hubby. Maklumlah saya kan isteri mithali...heee



Sekarang ni, berlambak lambak mango kat kedai. Harga untuk yang besar cam kat dalam gambar tu $3.99 each and yang kecik tu $ 1.50 each. Dah kira murah la tu. Kalau bernasib baik, like what I have experienced last week, kedai offer $0.50 each untuk yg saiz kecil. Kebetulan je saya berada kat dalam kedai and diaorang tengah sortkan buah buah yang dah ranum.


Saya and Nina amatla suka makan Mango. As for my Hubby, mango/ Pauh ada sentimental value kat jiwa dia. Buah Pauh reminds him of his mom. Aruah my MIL memang amat amat meminati buah Pauh. Kalau musim Pauh, mesti anak anak anak and my FIL akan pastikan bekalan Pauh tak putus dalam umah. Since dia tak boleh bebas bergerak (on wheel chair), and banyak menghabiskan masa atas katil, she will keep stock of Mangoes under her bed. Senang untuk diambil katanya.


Aruah my FIL pula memang la seorang suami yang amat baik terhadap isteri. Dia akan pastikan cucu cucu tidak akan mengambil Mango Mama Tok. Selalunya Mango untuk cucu cucu and anak menantu diletakkan kat dapur. Frankly, saya amat mengkagumi kesabaran dan kasih sayang dia kat my MIL.


Semalam, tika Nina asyik makan buah Pauh, En Hubby cakap ' Nina ni sebijik MamaTok, tak bole nampak Pauh'. Dia pun bercerita about Tok Ayah and MamaTok kpd Nina. Jauh disudut hati, saya tahu En Hubby merindui ibu dan ayahnya.....

Monday, November 21, 2011

Semalam di Royal Perth Hospital

I spent my last weekend at Royal Perth Hospital (RPH). Plan nak buat lawatan tapak ke Sunday Mkt ngan En Hubby pun terbantut. Things started jadi tak betul when I woke up around 4am in the morning. Buka je mata, the whole house was spinning. Tak leh nak bangun langsung. Then started le series of muntah and lawatan ke Mr T (Toilet). Around 12 noon gitu , dah lemah amat. Apalagi En Hubby pun angkut boh kereta and dusyuum ke emergency department at RPH.


emmmm....punca masalahnya adalah I terlampau letih. Rehat tak cukup, tidur tak cukup and semua yang kat dalam badan pun mulalah meragam. Almaklumlah , badan pun dah tua. Mana bole nak berlasak macam 20 years ago.


Alhamdulillah...now dah makin ok. Cuma momentum untuk menyudahkan first draft ni cam terganggu le sikit. Early Dec En Hubby nak ke NZ plak. During his absence, semua urusan domestik jatuh ke batu jemala patik le....hu hu hu hu........

Thursday, November 17, 2011

Stress ke aku??

Kalau race motor, gamaknya aku kini dah masuk kategori merempit, dah tak nyempat nak bersopan santun dijalan raya. Kalau dalam filem org putih, dah masuk adengan zoro naik kuda, lajuuuu gitu. Kalau dalam hantu Kak Limah, dah sampai part Husin dah tau yang Cik Nin dah mati. Kalau dalam akademi fantasia, dah nak masuk konsert akhir. Kalau dalam peribahasa, dah macam telur dihujung tanduk . Gitu lah, ringkas cerita keadaan pengajian PhD aku kini.


Aku dah tak ada banyak masa. 6 bulan bukannya lama benar, tolak cuti X'mas, tolak cuti svsor aku berfoya foya ( sampai hati dia berfoya foya ke NZ and Tasmania, lama plak tu), tolak masa aku bertungkus lumus menjalankan tugas hakiki kat dapur, tolak masa aku berfoya foya pula, mau yang tinggal +- 3 bulan. Itu belum lagi ditolak hari hari hormon tak stabil yg pasti akan mengganggu cognitive ability aku.


Sehubungan dengan itulah juga, aku telah mengusulkan kepada svsor aku, cita cita aku yang tinggi menggunung. Aku ingin 'melanjutkan' sedikit lagi tempoh pengajian aku. Namun niat suci murni aku tu, nampaknya tidak berhasil. Dia begitu konpiden yg aku dapat menyetelkan segalanya dalam tempoh yang ada. Masalahnya, dia yg konpiden , bukannya aku. Aku hanya melopong mendengar hujah hujah svsor aku. Yang pasti, aku dah rasa beban kerja yg ditanggung and kepala aku dah berdenyut denyut.


Sedihkah aku??? Bohonglah kalau aku cakap aku tak sedih. Tapi, at the same time aku pun sedar gak, kami tak mampu untuk stay kat sini tanpa sebarang elaun sara hidup. Sekarang ni pun, kais pagi bayar sewa umah, kais petang, bayar sewa umah. Yang tak terkais itulah baki untuk hidup.


Untuk merelaxkan keadaan and mengurangkan stress aku, ari ni aku dah buat laksa. Dari pagi tadi sampai ptg ni aku hanya makan laksa. En Hubby rasa sikit tadi and dia cakap laksa aku sedap ( may be dia buat ayat beli jiwa, so that aku tak stress lagi). Kejap lagi rasanya aku nak hidang kat dia 1 mangkuk. Kalau laju dia makan, betullah komen dia tu, kalau begitu sopan santun cara dia makan...emmmmm...sahih lah...tanam tebu di tepi bibir......

Sunday, November 13, 2011

Malaysia: The hectic 3 weeks

We went back home for 3 weeks. First week in Jitra. Second week in KB-Terengganu-KB. Final week, back to Jitra for the Hari Raya Haji. Letih amat coz we need to settle few important things including finding penjamin for our study. Thanks to En A for your willingness to become our guarantor and also for the lovely lunch.


This year I did the Korban in a traditional way. For the last two years, we all buat kat sini. Very simple, isi borang and make the payment ($90 for 1 portion). But this year, ada experience angkat jual beli (RM 400 for 1 portion), pegang leher lembu, nengok lembu disembelih, dilapah and daging dibahagi bahagi kan. Also ada chance makan daging yang dimasak kat tempat sembelihan....yummylicious!!.


As for the conference in Kuala Terengganu, tanpa disangka and diduga my paper has been awarded as one of the outstanding papers. Thank you to Mr FF yang membaca and mengomen that paper satu ketika dulu. I learned a lot through your comments.


Today dah start balik activity biasa kat Perth. Abang Ngah and Nina dah start sekolah. Cuma umah terasa sunyi amat tanpa Abang Long. Semua orang rindu ngan Abang Long. Harap harap Abang Long happy kat sana.

Monday, October 17, 2011

I am in cloud 9

An e-mail from my first supervisor, really light up my day. Last two weeks I have sent her my second draft of my lit rev (the chapter that I hate most!). I have received her comments for that chapter yesterday. Alhamdulillah, tak banyak sgt nak ubah. Unexpectedly, this morning I received another e-mail from her saying that ' ...and I forgot to say well done to the chapter-it was excellent'.


This is the first time in my entire 3 years, I dapat such comments from her. The common remarks from her:'...good effort BUT.....', or 'I agree with you BUT.....', or '...why not you think about....'. So tak salah le, her simple e-mail tu buat I happy kan.....yeayyyy!!!


Sunday, October 9, 2011

My Stress Therapy


Simple Egg Tart ngan buah Kiwi. My stress therapy and one of my cooking projects with Nina. As usual almost all of my cooking projects ngan Nina menghasilkan rasa yang sedap tapi rupa kurrennggg. Maklumlah orang kampung. Buat cokodok ok la, buat egg tart tak berapa nak pandai le.

Sunday, October 2, 2011

Di persimpangan dilema

Ini bukan cerita lagu yang Nora nyanyi dulu. Ini cerita benar. Cerita duka seorang pelajar. Tinggal lagi 6 bulan tempoh pengajian. Itu hakikat tertulis di atas kertas. Realitinya my supervisors will be away for 3 months. Diaorang tutup buku bab kerja. Nak tak nak , terpaksa menerima kenyataan yang ada +- 3 bulan lagi untuk siapkan my writing. Gunalah method apa untuk mengira, even kalau guna sempua pun jawapannya tetap 3 bulan.


Di kala ni juga lah aku terperasan few important things, yang pastinya akan mengambil masa yang dah memang tinggal setoit tu. Pikir punya pikir and berbincang ngan En Hubby as well as Fakirfikir yang walaupun fakir bab fikir, tapi cerdas berfikir, I terpaksa membuat keputusan yang I pun tak minat. I terpaksa mengambil risiko. Bab mengambil risiko ni la buat I hilang mood nih. Maklumlah org accounting ni selalunya ikut konsep - do not anticipate profit but provide for all possible loses. Nampaknya this time kena melawan arus sikit.


Hakikatnya memang le kecut perut tapi malas lah nak pikir. So sekarang ni, I redah je sambil nyanyi lagu S.M Salim... "apa nak jadi...apa nak jadi...hanya ada 3 bulan lagi....."

Sunday, September 25, 2011

Nobody

I want nobody,nobody BUT you...
I want nobody, nobody BUT you....




U all pernah dengar lagu nih? lagu dari group wondergirls tu.....haaaa...lagu ni le yg I dok nyanyi kat ceruk dapur semenjak dua menjak ni. Lebih meriah bila Si Nina pun ikut nyanyi. Kami siap tiru tiru step wondergirls lagi...kah kah kah...Untuk siapa? my first svsor laaa......dah lama tunggu comments dari dia about my work. Belum dapat apa apa feedback lagi ni......

My second svsor plak dah cakap dia bulan Nov je dah balik kampung untuk "raya" kat US . Masuk kerja balik paling awal mid January. Style dia plak, bila dia cuti especially cuti "raya" dia tak akan entertain sebarang e-mail le. Dia tutup buku bab bab kerja bila dia bercuti. Addoiii........meh nyanyi lagu aruah Sudirman plak...


Penyu menangis siapa yang tahu...

Resah hatinya resah...

Tak tahu, KPT pun tak tahu......

Wednesday, September 14, 2011

Kesan sampingan

2,3 hari lepas dapat email dari seorang kawan. Kandungan e-mailnya selain dari bertanya khabar adalah menghentam saya dengan isu "sejarah" kat Msia hanya kerana saya bergelumang dgn dunia akademik. Habis semua dikaitkan, sampaikan kualiti graduan kat Msia pun dikaitkan juga. Dah "hangin satu badan" le plak kawan saya yang sorang ni. Jawapan saya kat dia senang je:"baca blog FF, saya bersetuju amat ngan pendapat Mr FF dalam posting dia "sejarah bergantung siapa yang menulisnya",jawapan terselit disitu (Tq FF kerana buat posting tu...mudah kerja akak....heee)


Balasan email dari kawan saya: "aku boring betul lah, bila aku tanya je asyik dok suruh baca tu baca ni". Saya cakap ngan kawan saya tu, kita kena membaca, baru lah kita tau duduk perkara...jgn asyik percaya apa yang org cakap.. Satu lagi pesan saya kat dia, bila kita banyak membaca, kekadanag kita faham kenapa sesetengah orang bercakap or berpendapat sebegitu...tak semestinya kita bersetuju.....tapi kita lebih bijak menilai...


Saya berpesan kepada kawan saya, untuk menyampaikan maklumat bukan lah sesuatu perkara yang mudah tambahan lagi kalau dibebankan pula dgn tanggungjawab untuk memahamkan para pendengar. Kena ada skill. Saya dah lama dalam dunia akademik, tak semua orang bijak pandai, pandai juga menyampaikan maklumat. Sebagai contoh, saya sendiri kagum ngan beberapa pensyarah senior di universiti saya yang tidak pun mempunyai gelaran di awal nama mereka, tetapi mereka boleh/mahir menyampaikan ilmu didalam bidang mereka dengan lebih berkesan berbanding dengan yang punya pelbagai gelaran.


Ada ketikanya cara penyampaian, kegagalan menerangkan isu isu penting yang patut difahamkan terlebih dahulu oleh pendengar or kekadang kekhilafan sendiri dengan perkara yang disampaikan boleh mengelirukan pendengar. Itulah pentingnya bagi yang mendengar perlu punya ilmu untuk menilai....kalau kita rasa betul...guna pakai lah apa yang diperkatakan...kalau kita rasa tak tepat/tak betul, cuba cari sebab kenapa ianya terjadi......secara peribadi saya lebih berminat untuk memahami dan menilai asas yang digunakan oleh penyampai dari menghentam penyampai....

Tuesday, September 6, 2011

Father's Day





Kat atas tu fact sheet about daddy yg Nina buat kat Kindy sempena Father's day. The best part rasanya bila cikgu tanya "What does he do at work?". Bila nengok jawapan Nina "Homework", baru lah we all terperasan agaknya dimata dia, papa dia tak ada kerja lain, asyik dok buat homework cikgu bagi je.....Kek kat bawah tu telah dikorbankan sempena Father's Day (the cheapest cake available...heee). Anyway, Selamat Hari Bapa kepada all fathers out there......



Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pembaca blog ni. Kami sekeluarga akan menyambut hari raya on Wednesday 31 August 2011. Kat Western Australia ni, tarikh raya berbeza beza (sama mcm tarikh start puasa le). Nampak gaya macam buat PhD gak, ikut justification memasing. Justification plak pelbagai bagai. Inilah antara keistimewaan beraya kat negara org puteh ni.


Bagi kami sekeluarga, En Hubby dan saya yang cetek bab bab ilmu agama ni masih berpegang dan mempercayai majlis ulamak dan imam imam yg telah dilantik secara rasmi untuk menjalankan tanggungjawab ni. Siapalah kami untuk mempertikaikan majlis ulama. Lagi satu, anak sulung pun dah meningkat remaja. Sebarang keputusan and tindak tanduk kami secara tak langsung akan memberi impak kepada dia. Biarlah dia mendapat idea yang keputusan majlis ulama' and imam imam patut dihormati. Doa kami, nanti bila dia besar, dia tidak konfius and terikut ikut dgn justification yg pelbagai. Dia ada pegangan and mengikut landasan yg betul.


Anyway, Selamat Menyambut Hari Raya and maaf zahir batin dari kami sekeluarga. Muga Allah memberi peluang lagi buat kita untuk bertemu Ramadhan yang akan datang...

Monday, August 29, 2011

Aftershock

Posting ni terkeluar dari topic raya or mood raya ok. Yesterday I nengok Cd cerita kat atas tu. At first tu ingat cerita China apa plak yg En Hubby pinjam ni. I start tengok tu without any preconceive idea or expectation lah about the movie. Idak le mcm I nengok Hikayat Merong Mahawangsa. Tengok citer tu sebab dok baca komen yg gah gah about the movie. Tapi bila half way through the movie, I pun tak nampak lagi "kebestestan" (waaa....ni word dasat ni , dewan bahasa boleh menangis ni nengok word ni..heeee) filem yg kononnya best tu. Tambahan pula I kan dari golongan buta sejarah, bertambah la konpius ngan sejarah.


Kekonpiusan I about Hikayat Merong Mahawangsa tu I akan discuss ngan my eldest brother, bila balik Msia nanti. haaaaa....dia ni terror bab bab sejarah. Dia macam mesin ATM. Tekan je butang, dapat le info about sejarah walaupun background dia orang puteh abih (TESL), tapi dia ada Master dalam bidang sejarah and tengah dok buat PhD pun dalam bidang sejarah. Walaupun kami keluar dari satu perut, otak dia bole process data about sejarah, my otak pula asyik bounce balik je bila masuk je data about sejarah.


Back tu citer Aftershock , yang I nak cakapnye simple je, to me, citer tu best le. Touching abih. I termenangis le nengok citer tu. Yg best lagi tu, pada awal citer tu idak le rasa cam best pun. Rasa biasa biasa je. Tapi director dia pandai le olah citer yg simple tu and insert element element yg bole menyentuh jiwaraga penonton cam I ni. Credit le for the director.


Lagi satu yg I suka, make up pelakon-pelakon tak tebal. Nampak kena je ngan adengan or watak yg dilakonkan. Haishhh...I serabut perut betul bila nengok drama/movie yg pelakon nampak bermake-up and tak kena gaya ngan watak. Bukannya I jelous, sebab I tak pandai make-up, idak le cam gitu, cuma apa ke hey nye kalau berlakon jadi orang kampung or orang yang dah berumur or orang susah tapi pakai bulu mata palsu. haishhhhh...rimas betul la. Adengan tidur or sembahyang pun bole nampak lipstick and eyeshadow yang terang. Tak logic betul , org pompuan tidur bermake-up. kalau pakai bedak sejuk tu may be real sikit kot.


Lagi satu, ni specific kepada Hikayat Merong Mahawangsa, apasal pahlawan je, mesti rambut panjang and tayang body. Kalau tok guru pulak kena rambut panjang and janggut panjang. And apasal pompuan asyik pakai cam berkemban. Lagi satu, kalau jadi jahat je, mesti kena gelak kuat kuat ke? Memang orang Melayu zaman tu mcm tu ke??As I said b4, I ni buta sejarah and filem bukan bidang saya pun. Jadi bila nengok benda benda gini, itu yang buat konpius tu, itu belum lagi konpius ngan jalan cerita ...fening...fening...


Anyway, kalau you all boring ngan kerja kerja PhD, dah abih idea nak entertain anak anak or untuk session "beristeri rehat" ngan En Hubby, perhaps Aftershock bole membantu.......

Friday, August 26, 2011

Raya without any preparation

InsyaAllah next week we are going to celebrate Aidilfitri. This is my 3rd year celebrating Raya in Perth. Also, my 3rd year feeling free from any raya "mood". Until today, hidup kami mcm biasa. No feeling of hari raya at all. My eldest sibuk habiskan school project and preparing for the tests. This week, dia ada 2 tests. hopefully, there will be no test on the hari raya day. Kalau tak, tak dapat le dia pegi sembahyang raya. My second son plak, may be because the eldest bz ngan hal sekolah, dia pun tak tanya about hari raya except yesterday dia tanya "will I get duit raya this year?". Bila I cakap tak dapat. Dia merungut, rugilah raya kat sini, no collection of duit raya at all. heee...


As for both of us, bz memanjang. En Hubby masih menanti email balasan untuk menangguhkan meeting ngan svsor yg dijadualkan pada pagi hari raya. Harap harap svsor lembut hati lah, kalau tak melepaslah dia untuk sembahyang raya. Dia baru siapkan paper and dpt plak reveiwers comments on his other paper. Tak sempat habiskan penat menulis, nampaknya dah nak kena buat correction yg lain plak. I plak, cam biasa bz menulis and membaca. Kekadang I sendiri pun pening ngan apa yg I tulis. Kekadang teringin gak nak membaca bahan bahan tak ilmiah such as majalah URTV, Mastika ,Nona, Midi etc.heeee...


Kalau kat Msia dulu, mesti I dah siap beli biscuit raya, beli baju raya for bebudak nih and also En Hubby dah siapkan duit raya. Sehari-dua b4 raya, mesti I sibuk ngan my maid mengemas rumah, susun atur perabut and of course tanya my mom menu apa kat umah dia for the hari raya. Nama je kami raya kat umah sendiri, tapi the whole day akan berlonggok kat my mom's house enjoying the best food on earth ..heeee..


Sejak ada umah sendiri and both in laws dah tak ada, routine raya pun berubah. Kami dah tak sibuk balik ke KB b4 raya, kami raya kat umah sendiri je, lepas raya pertama baru buat lawatan ke KB. Kat KB plak, bebudak ni memang happy le coz akan mendapat duit raya yg "tebal". Pernah sekali saya terdengar anak anak sedara and anak anak sepupu berborak, and diorang siap cakap; " yg sampul purple tu yg paling sikit duit raya"...kah kah kah...itu sampul kami le, selalunya En Hubby guna sampul UiTM (ada warna purple).


Mula semalam En Hubby dah pasang CD lagu raya bila ambik bebudak dari sekolah. Saja nak instill mood raya kat bebudak tu. Nampak mcm tak ada kesan pun kat the two boys. Nina je yg minat dok nyanyi lagi Anuar & Elina.


Yang pasti, anak anak saya tak merasa kemeriahan malam 7 likur mcm zaman saya bebudak dulu. Kesibukan buat pelita. "Ketrillan" main meriam kabat and mercun di malam akhir akhir Ramadhan. Bab ni pelik gak, dulu tak ada plak kes putus tangan ke, apa ke. Tak tau le plak kot akhbar dulu tak report. Yg pasti, geng geng dok bakar meriam kabat dulu mostly dah berjaya le dalam hidup. Kemeriahan tu semua dah tak ada, tambahan pula bila beraya di negara org puteh ni, lagilah diaorang tak experience benda benda cam gitu.. In a way kesian gak kat bebudak sekarang.....

Monday, August 22, 2011

Revisit

source: google


I am revisiting/ rewriting/rearranging (you are free to use whatever term you like coz it seems like I need to do all of them) the most boring chapter in my entire PhD life, the literature review chapter. I am a quantitative researcher with a quantitative backgrounds and of course equipped with a quantitative mind/ way of thinking. Producing a literature review chapter which should reflect my "critical" arguments on what is going on in my field of research is really a torture to me. It appears that I don't have the skill to put my critical arguments in the most interesting way so as to capture the attention of my two svsors, particulalrly, the one with the "qualitative" mind. Sometimes, I just wish I could substitute the literature review chapter with another analysis chapter. I would prefer to learn all the statistical jargons rather than cracking my head trying to come out with a "tip-top" way of expressing my thoughts. But again....reality is reality...a good research report should come along with a good literature review.....haishhhhh.....

Saturday, August 20, 2011

Cabaran for the two heroes

Last week Abg Long dipanggil oleh pihak sekolah. Kononnya ada kecurian tipon. Kejadian berlaku bukannya di dalam kawasan sekolah tapi di city. Kononnya pemilik memang dah sure pencuri tu dikalangan student Year 10 dari sekolah Abg Long. Disebabkan tipon tu category "bijak"/ smart phone, pemilik dpt mengesan kedudukan tipon tersebut. Tipon tu kononnya berada di kawasan umah kami. So,pemilik membuat aduan di sekolah. Berdasarkan address umah, Abg Long jadi suspek utama.


First day, dia dipanggil oleh cikgu untuk di soal siasat. Of course le dia blurrrrr. Nasib baik gak dia memang tak keluar memana during weekend. Kan ke sekarang ni Ramadhan, most of the time bebudak tu dok tengok tv je la kat umah. Cikgu tu ckp, balik pikir pikir la...esok pulangkan tipon kat sekolah..no police case. Lepas sekolah, dia pun citer le kejadian tu kat saya.Saya pun ckp le, tak yah takut, Abg Long tak buat salah...Allah ada bersama org yg benar. Dia pun nampak cool je la. Esoknya dia pegi sekolah as usual.


Malangnya, pemilik tak puas hati le plak. Bawa police plak kat sekolah. Abg Long kena plak soal jawab ngan police. Alhamdulillah..dia masih kekal ngan pengakuan tidak tahu menahu about tipon tersebut. Bila dia balik sekolah and En hubby and I dapat tau kejadian,kami pun dah rasa amat tak adil le. Kesian le kat budak yg tak tau apa apa. Dok kena soal jawab ngan police plak.We all memang 200% yakin, Abg Long tak involve coz dia ada kat umah the whole weekend. Cakap ngan Abg Long, kalau dia dipanggil lagi esok, my hubby and I akan pegi buat official complain ke pihak sekolah and also to the police tentang cara diaorang yg memang tak "bijak" tu.


Baru nak habis case Abg Long, hari Khamis lepas pihak sekolah Abg Ngah tipon minta pick up Abg Ngah earlier coz dia jadi mangsa bully bebudak Abo. Actually, this group of Abo ni dah 3,4 kali dok bully Abg Ngah through out this year. Tapi kejadian yg lepas lepas tu mcm idak le berat bebenor. My Hubby and I pun idak le buat official complain kat pihak sekolah. Ingatkan part of growing up and gaduh bebudak. Tapi I ada le mentioned about this problem to his class teacher. Kejadian semalam tu dah kira beyond normal case gurau gurau le. Kebetulan ada cikgu kat situ yg nampak, and ada ramai students lain yg witness. Jadi idak le payah kami nak explain kat pihak sekolah. Ramai yg dah bagi input. Kami pun dah berbincang panjang lebar ngan pihak sekolah. Pihak sekolah pun dah panggil bebudak tu and juga their parents. Kami berharap bebudak tu belajar le dari kesilapan yg diaorang buat. Kalau diorg kacau Abg Ngah lagi, pihak sekolah akan buat tindakan yg lebih strict. Itu janji pihak sekolah kat kitaorang.


Kesan kejadian kat Abg Ngah agak teruk. Abg Ngah punya personality "introvert". Bila benda cam gini berlaku, lagi lah dia hilang self confidence. Abg Long plak, may be dah masuk peringkat remaja. Dia nampak lebih "cool". Semalam Abg Ngah tak pegi sekolah. This weekened I ada beban tambahan ....nak kena instill confidence dlm diri Abg Ngah and nak kena instill the idea yg dia "selamat" kat sekolah.


En Hubby and I sedar, dua kejadian tu sebenarnya bukan lah isu Abg Ngah & Abg Long. Tapi Abg Ngah & Abg Long menjadi mangsa rasa tidak puas hati sesetengah Oz ni kat org Msia and also org Islam . Ada issue antara Msia and Oz yg mendapat liputan meluas kat sini. Oz secara dasarnya mengganggap Msia berlaku tak adil/ mengambil kesempatan dlm perjanjian. Ditambah plak dgn isu mengenai org Islam . Entah le , malas nak ulas lebih lebih..cuma kekadang Oz yg berfikiran "sempit" ni, main tangkap arung je, asal org Msia je suka putar belit, asal org Islam je, jahat di mata diaorang...


Kejadian ni adalah antara cabaran yg ditempuhi oleh mereka disini. Saya tahu bukan mudah untuk berada dikalangan "local" and bukan Islam. Saya berdoa, kejadian kejadian ni tak mematahkan semangat diaorang malah akan dpt membentuk diaorg jadi lebih "kuat".....

Sunday, August 14, 2011

The best part of Ramadhan here

To me the best part of Ramadhan here is I have the oppportunity to perform Isya' and tarawikh kat different mosque/surau yang di control oleh bangsa yang berbeza. Pengalaman yg may be tak ada kat Malaysia. The nearest surau to my house ialah yg dicontrol oleh Somalian. My hubby and I buat style Malaysia je bila nak pegi surau nih. My hubby pakai kain pelikat and I dah siap bertelekung. We all hanya jalan kaki je nak ke surau tu.


Masuk je surau tu, dah bau minyak atar yg selalu geng geng Somalian pakai. Tanpa sedar, my kain telekung pun dah terlekat bau Somalia...heee. Kat surau ni solat Terawikhnya lama amat. Sampai lenguh "perut betis" le. My two sons selalu create excuses bila diajak ke surau ni...heee. Lagi satu org Somalia ni "buas" sikit masa perform solat. Diaorang bergerak ambik cermin mata le, angkat anak le, garu sana garu sini. Perempuan dia plak, kebanyakannya berbadan agak besar. Sometimes kita kat sebelah rasa distract le plak, bila diaorang ni "buas" amat masa perform solat...heee.


Kalau ke Masjid yg dicontrol oleh Turki plak, adoiiii... solatnya laju amat. Kelajuan yg tiada tandingannya. Semput rasanya nak mengejar. Kalau mak or Tok saya ikut serta, rasanya tak mustahil kena serangan jantung lepas solat Terawikh....heeeee


Kalau yang Arab handle plak, lama gak, tapi tak le selama geng Somalia. Kekadang my hubby perform solat Terawikh kat umah je. Time ni best gak sebab saya rasa mcm tak le lama bebenor and idak le sepantas kilat. Mcm Iwan nyanyi dlm lagu dia le "yang sedang sedang saje"....heee.


Anyway, adakah ini Ramadhan yg terakhir di Perth? Only God knows......

Sunday, August 7, 2011

Mengejar

Apa yang dikejar? Masa. Nampaknya bukan mudah untuk melakukannya, tambahan lagi di bulan puasa. Bukan memberi alasan. Hanya sekadar bersikap jujur. Tanpa nescafe sebagai peneman proses mengejar agak sukar. Tambahan lagi saya dan suami perlu sama sama mengejar perkara yang sama. Proses mengejar menjadi lebih sukar. Dah banyak activity dikurangkan. Bukan activity kami je, activity anak anak pun dah affected. Paling ketara, no more taekwando. Dalam hati memang kesian kat bebudak tapi apa nak buat. Antara decision paling tak popular yang mama and papa buat kat diaorng. Dah explain. Nampak mcm diaorang faham tapi tak happy. Walaupun dah mendapat kelulusan untuk masa tambahan, bebanan kerja and expectation svsors menyebabkan masa yang dikejar belum pasti dapat dicapai. Realiti yang ditempuhi sejak mendaftar diri jadi student ,hari and masa belajar terpaksa dikongsi. Betul betul mengajar erti tolak ansur.....

Thursday, August 4, 2011

Cara mereka

Perjalanan PhD ni bukan saja mendedahkan saya dgn ilmu research tapi juga mendedahkan saya dgn cara bekerja my two svsors. Dalam diam saya kagum. Walaupun secara dasarnya, perjalanan saya sukar, tidak indah seperti yg diimpikan tapi banyak yang saya dapat kutip dlm meredah kesusahan itu. Pernah juga saya bertanya pada diri sendiri, sekiranya satu hari kelak saya berada diposisi seperti mereka, bolehkah saya melaksanakan tanggungjawab seperti mereka. Beberapa perkara yang saya kagum:


Note: segala komen mengenai academician kita adalah dari pengalaman sendiri. Saya tidak bermaksud untuk "semua" academician. Begitu juga bila saya merujuk kepada academician disini, saya tidak bermaksud "semua"..



1) Setiap e-mail pasti dibalas dgn segera. Sounds simple, tapi realitinya tidak begitu dikalangan academician kita. Ada dikalangan mereka seolah olah tidak berminat untuk membalas e-mail. Menunggu jawapan/ opinion mereka mengenai sesuatu perkara/persoalan yang diajukan seperti menunggu buah yang tak gugur or seperti my second son mengharapkan snow di Perth setiap kali winter.


2) Bersikap jujur dgn perkara yang mereka tidak tahu. Mereka dgn mudah mengatakan "I don't know" sekiranya perkara itu diluar pengetahuan mereka or mereka akan cakap " I am not sure about this" or " I don't expect this question".

Saya pernah mendengar hujah dari academician kita yg "berkobar kobar" menyatakan Likert scale tak bole guna untuk menjalankan quantitative research. Likert scale hanyalah untuk qualitative research. Saya terkedu. Pernah juga saya mendengar cadangan untuk menjalankan "focus group interview", sedangkan bidang kajian berkaitan tidak langsung sesuai untuk menjalankan research secara "focus group". Pokok pangkalnya ada diantara kita yg suka bercakap mengenai perkara yg kita tidak tahu/ tidak pasti. Tanpa sedar, kita menyerlahkan "kekangkungan" (pinjam term dari Mr FF) sendiri.


3)Mereka memberi comments tapi tidak "menghentam". Setiap comments and critics akan disusuli dgn suggestions. Ada dikalangan kita yang suka memberi comments secara "menghentam". Tiada cadangan yang diusulkan. Tiada credit diberikan untuk benda yg elok. Yg ada hanyalah "hentaman".


4) Mereka "membaca" kerja students. Tidak mudah untuk "melepasi" tembok mereka. Ada sorang kawan di Malaysia berkongsi dgn saya cara beliau menulis untuk conference. Beliau hanya menulis dan memaklumkan kepada svsor beliau mengenai conference yg akan dihadiri. Svsor langsung tidak membaca paper beliau. Saya mengambil masa 3 bulan untuk "melepasi" tembok my two svsors untuk paper pertama saya.


5) Menghormati meeting. Setiap meeting adalah by appointment. Perjumpaan hanyalah bila dirasakan perlu. During the meeting svsor saya tidak akan melayan sebarang panggilan tipon. Pernah , panggilan masuk few times, dia memohon izin terlebih dahulu untuk menjawab panggilan tersebut. During the meeting, 90% perbincangan adalah tentang kerja/research. Bakinya untuk bertanya khabar diri saya dan keluarga. Ada sorang kawan merungut kerana dia terpaksa melalui perjalanan yang lama untuk bertemu svsor setiap 2 weeks. Malangnya, ada ketika benda yang dibincangkan lebih kepada persoalan diluar skop kajian beliau.


6) Suka "share" ilmu. Mereka bukan sahaja sharing their knowledge with their own students, tapi juga dgn students org lain. Saya sendiri pernah membuat consultation/meeting dgn professors dari beberapa universiti berdekatan untuk berbincang mengenai beberapa perkara. Seorang kawan memaklumkan perkara ini tidak mudah untuk dilakukan di Malaysia, apatah lagi kalau berlainan universiti.


7) Begitu "objective" dalam kerja. Saya pernah mengusulkan issue yang saya hanyalah mempunyai tempoh 3 tahun or the most 3 1/2 tahun untuk menyiapkan thesis saya. Semua itu tidak memberi sebarang impak. Apa yang saya dapat dari mereka, proses pencarian ilmu ini tidak bole dibuat secara terburu buru. Every single step kena ada justification and kena faham. Pencarian ilmu adalah sesuatu yang sukar. Kena sabar and setiap kesilapan akan membuka satu lembaran baru dalam proses pencarian ilmu. Bab ni, memang saya stress. Masalah masa and duit le....


8) Jujur dari saya, perjalanan saya tidak mudah. Saya juga sedar saya mungkin perlu mengambil masa yang agak lama seperti yang dialami oleh students lain dibawah seliaan mereka. Yang penting, saya akan terus mengutip cara mereka bekerja sepanjang bersama mereka. Saya kena terus berusaha and berdoa. Harapan saya , muga perjalanan yang sukar ini akan membantu mengurangkan level "kekangkungan" saya kelak.


9) Lupa plak ..last but not least, mereka tidak le "particular" sgt dgn status mereka. Saya hanya memanggil mereka dgn their first name. Teringat saya suatu ketika dahulu beberapa org students saya merungut kerana dimarahi oleh seorang pensyarah kerana mereka tidak "mengaddresskan" beliau dgn gelaran Dr bila bercakap. Bagi saya kalau students mengaddresskan kita dgn Puan or Encik bila bercakap pun dah cukup sopan dalam budaya kita. Entah lah....tepuk dada tanya selera...

Monday, August 1, 2011

Siapalah Kita...

Kekadang penting juga untuk bertanya soalan sebegini. Kekadang bagus juga kita berbincang ngan golongan yang luar dari kelompok kita. Kekadang bagus juga kalau kita tidak bersikap begitu "judgmental" dengan mereka yang diluar kelompok kita. Kekadang kita perlu tahu mereka yang berilmu ini tidak memperlihatkan aspek luaran seperti ilmuan. Kekadang kita perlu mengingatkan diri, kita mungkin mahir dalam sesuatu bidang tapi kita terlepas pandang dari aspek lain. Kekadang pandangan golongon yang diluar kelompok kita dapat membantu kita dalam membuat keputusan. Kekadang kita kena bersikap "masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Kekadang asas yang kita guna untuk membuat keputusan secara tak langsung menunjukkan kedangkalan kita menganalisis keadaan. Kekadang kita kena mengajar diri menerima keputusan dari pihak yang berautoriti. Kekadang kita kena berpegang "ular menyusur akar tak akan hilang bisanya". Kekadang kita kena faham mengkritik tidak bermaksud tidak suka. Pokok pangkalnya, siapalah kita????.Inilah kisah di awal Ramadhan. Salam Ramadhan untuk semua....

Saturday, July 23, 2011

Membaca, menulis, mengira

3M kat atas tu adalah amat penting dalam sistem pendidikan. Untuk menyiapkan diri dlm proses pencarian ilmu, dari sekolah rendah lagi (akak tak pegi tadika ye...) kita didedahkan dgn konsep 3M. Lately ni, saya terperasan , saya dah lama tak buat aktiviti yang ketiga, mengira. B4 sambung study, rasanya aktiviti mengira tu lah yg paling banyak dilakukan. Kira markah students, kira markah test/exam anak anak kat sekolah, kira yearly assessment untuk dihantar ke majikan, kira baju , kira kasut, kira handbag and yang paling kerap sekali kira duit, takut terlebih budget.


Sekarang ni, dah tak perlu mengira almost everything in the above lists. Hinggakan duit pun saya dah lama tak kira, coz saya tak berduit. Dibawah spouse program, you get only+- $460/mth. Belum sempat nak mengira, duit tu dah habis bayar bil. Sejajar dgn kurangnya aktiviti mengira, hidup saya juga makin simple compared ngan b4 study. In a way, saya suka dgn kehidupan simple begini.


Hanya satu benda yg kerap saya kira sepanjang buat PhD, kekadang dlm mimpi pun saya mengira benda yg sama; hari tamat penajaan pengajian saya. Bukan setakat mengira, saya juga dah beberapa kali mengubah plan and strategy berdasarkan hasil kiraan saya. Sistem kiraannya amat mudah kalau nak dicomparekan dgn subject Applied Maths yg pernah saya ambik dizaman universiti dulu. Tapi stress level selepas mengira amat tinggi. Tambahan pula kalau saya integratekan equation ini :thesis submission < tamat penajaan, dlm pengiraan saya. Makin menjadi-jadi stress level. Kekadang, saya mengawal otak saya untuk tidak mengira, tapi usaha itu sama lah dgn usaha saya untuk berdiet. Tak pernah berhasil.


Last week, my svsor dah include plak satu variable lagi dalam equation tu. Satu variable yg ditambah mengubah plak equation kat atas. Now ni dah jadi makin complex: first draft(date)<3 months b4 thesis submission (date)< tamat penajaaan (date) . Fuh! berpeluh saya mengira. To solve this equation, saya tak perlu improve konsep mengira , tapi saya kena improve konsep membaca dan menulis......

Tuesday, July 19, 2011

Yang Pasti Datang...

Saya membaca tentang kematian Dr Lo'lo through internet. Terasa kehilangan satu personaliti wanita yg saya suka. Oooops...saya bukan politician, tak minat langsung berpolitik tapi idak le pula buta terus pasal politik Malaysia, sekadar mengambil tahu. Lagipun, tak ramai personaliti wanita kat Malaysia yang saya minat. Minat saya merangkumi pelbagai aspek. Ada juga yg pemes gilerrr kat Msia tapi saya tak minat.


Kalau nak dengar cerita/ceramah bab bab ugama, dlm banyak banyak ustazah yg glamour tu saya prefer Dr Syarifah Hayati. Saya suka ceramah dia coz saya rasa ada input and ada practicality dari suggestion yg diberi. Kalau nak dengar lagu pula, dlm banyak banyak suara tu, Adibah Noor ok gak. Nyanyian dia dpt memberi kesan tanpa perlu melihat dia or dia tak yah bertungkus lumus nak menyanyi. Kalau lakonan pula, saya respek Fauziah Nawi. Mak cik ni memang sukar dicari ganti. Yang saya tak minat tu, bukan le tak bagus,jgn kecik hati, jgn risau, jgn gundah gulana, org lain pasti akan memberi credit dan meminati anda semua, cuma bukan saya.


Berbalik kepada Allahyarhamah Dr Lo' lo. Awal pagi tadi saya melihat you-tube , pengkebumian dia. Kagum saya. Ramainya org menziarah. Pasti ramai juga yg menyembahyangkan jenazah beliau. Dari wajah wajah yg dtg nampak keikhlasan dtg menziarah. Mereka org org biasa, dtg dgn berpakaian biasa biasa tapi saya pasti mereka dtg berserta doa doa yg ikhlas untuk Allahyarhamah.


Ikhtibar yg saya dapat. Jadilah manusia yg baik, yg disayangi Allah. Org keliling pasti akan sayang kita. Hidup kita singkat. Kematian pasti dtg. Saya berazam menjadi manusia yg lebih baik. Jauhi dari membuat musuh sepanjang saki baki kehidupan. Cuba menjadi manusia yg lebih pemaaf. Saya bukan lah politician, tapi saya academician. Saya berazam untuk memberi ilmu yg saya ada dgn lebih effektif. Sedikit ilmu dari Allah yg saya ada, saya perlu menafaatkan sepenuhnya untuk generasi akan dtg. Langkah penting yg perlu diambil ialah melipatgandakan usaha menulis saya untuk membolehkan saya memberi noktah kepada perjalanan PhD yang dah hampir mencecah 3 tahun. Saya perlu kuatkan semangat. Semuga Allah membuka jalan and ruang yang ada.....

Saturday, July 16, 2011

Makan...makan...makan....

Masalah terkini saya adalah suka makan. Sejak azali lagi saya memang suka makan, tapi lately ni dah makin menjadi jadi aktiviti makan. Semakin banyak kerja, semakin bz menulis, semakin banyak memerah otak, semakin banyak juga aktiviti makan. Sementelah pula saya membuat semua kerja PhD kat umah, lagi lah aktiviti memasak and makan bole dilaksanakan dgn begitu efektif sekali. Tanpa sebarang kekangan dan halangan.


Kalau saya masih muda dan jelita cam dolu dolu tu, idak le risau bebenor. Tapi umur pun dah lanjut, risau gak in case ada penyakit yg nak dtg bertandang. Setakat ari ni, alhamdulillah le masih sihat dan mantop. Esok lusa belum tahu lagi. Anak anak pun belum habis belajar, kalau jadi apa apa kan masalah. Early this year, my cholesterol level dah cecah "border" line. Saya pun mula la masukkan serbuk kulit kayu manis didalam minuman. Ada la kot 2,3 bulan dok minum nescafe or teh perasa kulit kayu manis. Lama lama, saya pun rasa badan mcm bau garam masala le pulak. Saya stop.


Yang heran tu, lagi saya nak control makan, lagi banyak le pula idea dtg. Last weekend saya buat pulut inti. As usual En Suami and bebudak tu, bukannya pandai makan benda cam gini. End up, saya yg buat and saya juga lah yg banyak makan. 2,3 hari lepas tu, saya buat lontong. Nasib baik ada member dtg rumah, ada le teman untuk menghabiskan lontong saya. Yesterday pula, saya teringin nak makan pagi pulut ngan ikan masin. Kebetulan saya baru dapat ikan gelama masam kiriman my mom..fuh...seddapp.....makan pulut ikan masin dimusim sejuk cam gini. Saya "iklan" juga pulut ikan masin kat anak anak, diaorg pelik and tak minat nak try pun. Saya cakap kat diaorg "mama pandai coz mama makan benda benda cam gini la".. iklan saya , tak berhasil. Kepada yang membaca and tak pernah makan pulut ngan ikan masin....siaannn...you all hilang satu nikmat dunia...heeee


Sambil nulis ni pun, idea nak makan tengah dtg. Nak tau saya rasa nak buat apa?. Saya rasa teringin nak masak/ makan kueh sago. Alaaahhh....kueh yg warna merah then diselaputi oleh kelapa parut or lebih mesra dipanggil nyiok. emmmm....this time , saya ingat nak scope kueh sago tu and letak dalam kertas cup cake. Tak nak potong square mcm zaman dolu dolu. Nak bagi kueh sago tu nampak glamor and urban sikit...maklumlah nak "iklan" kat bebudak 3 org yg dijamin akan membuat soalan cepu cemas " mama masak apa nih??"....


Yang pasti setiap kali melihat cermin...saya mencari cari bayangan kereta kancil , yang ada hanyalah kereta mercedes.....adakah En Suami bertuah, kancil yg dibeli 17 tahun dahulu dah bertukar menjadi mercedes.....emmmmmm

Friday, July 15, 2011

Happy Birthday En Suami



13 July lepas hari lahir En Suami. Dia tak ada kat Oz ni. Dia bz kat Msia, need to settle few important things. Dari anak sulung sambut first birthday, kami tak ada le sambut harijadi yg gah gah...jemputan ratus ratus, belon sana sini, kek 2,3 tingkat, hadiah berlori lori....emmmm..itu semua tak ada in this family. Tak bermaksud kami tak sambut birthday. Ucapan birthday dah jadi cam adengan wajib dlm my family. Even my mom akan make sure dia ucap happy birthday kat anak, menantu and cucu cucu dia. Yang tak dibuat adalah majlis sambutan besar besaran.


Anak anak pun setakat ari ni tak pernah request nak buat birthday party/celebration. Setiap kali hari jadi anak anak, kami celebrate gak, potong kek juga, tapi selalunya secara tertutup. Kerapkali juga kami prefer untuk keluar makan sefamily or pegi tengok movie sefamily. Anak anak pun happy.


Kalau dah majlis harijadi anak anak pun kami tak pernah buat besar besaran. Apatah lagi birthday saya dan En Suami. Eventhough En Suami and saya mendapat pelajaran dari luar negara, dari first degree sampailah ke PhD (terima kasih kerajaan Malaysia!), kami tidak le terminat untuk buat birthday celebration, sejak dari zaman muda and awal perkahwinan lagi. To us, birthday is a family matters. Tak payah digempar gempurkan. Sehingga kini kami selesa cara begini. Tak tau la pula, kedepan hari terbuka hati saya dan En Suami nak buat sambutan harijadi. May be during that time anak menantu kami kena berbaris membawa hadiah masing masing , macam dlm cerita P Ramlee...heeeeeee.....

Sunday, July 3, 2011

Fening...fening...




Lately ni banyak kerja nak kena buat. Banyak benda nak kena tulis. Banyak article nak kena baca. Gua sebenarnya stress and tensen tahap gaban. Banyak benda gua nak handle; gua ada 1 umah, 3 anak, 1 hubby,1 PhD and 2 supervisors yg gua nak kena urus. Itu yg wajib urus tu...fardhu ain tu...yang fardhu kifayah tak kira lagi...mcm course/talk yg nak kena attend. Banyak tu beb! Fening...fening...Tapi gua sedar, gua tak leh tunjuk gua stress. Gua kena "cool". Kalau gua stress, En Hubby pun akan makin stress, Si Nina akan menambahkan level stress and ending up satu umah stress. Bahaya, bahaya....

Last week gua pegi mengadap svsor. Bila mendengar expectation dia, gua terlopong...Tetiba terasa gegaran dlm kepala, sebijik macam gempabumi kat Christchurch, dalam hati gua ada ribut taufan , sebijik macam tsunami kat Jepun.


Selesai meeting gua tak terus kejar train balik umah..tapi gua berfoya foya kat Perth City (Jgn lupa... my graduate school located in the middle of Perth City). Gua keluar masuk Myers and David Jones. Gua pegi tengok baju yg harga ratus ratus and ribu ribu dollar sambil berangan jadi Oprah Winfrey walaupun gua hanya pakai jeans lusuh. Gua pegi gosok gosok periuk yg mahal mahal sambil berangan gua jadi MasterChef walaupun gua bukannya terror amat bab memasak. Gua pegi cuba cuba alat make-up sambil berangan gua jadi Angelina Jolie walaupun mascara pun gua tak leh pakai (allergy). Yang pasti, gua happy seketika.....


Sampai umah, as usual En Hubby bertanya khabar. Gua citer sikit kat dia. Tak ada mood nak citer bebanyak. Ye lah, dia pun penuh kepala ngan PhD dia, tak sampai hati le plak nak bebankan ngan hal gua pulak. Anyway, gua doa, Allah bagi ilham kat gua untuk tulis/goreng yang kaw kaw punya dlm chapter discussion. Hasil "gorengan" tu pula bole convince both of my supervisors. Perlu diiingat, svsor gua ni background yg amat berbeza. Sorang "pure quantitative" and sorang "pure qualitative". Gaya penulisan mereka amat berbeza. Gua yang kat tengah ni lagi le fening........


Muga Allah permudahkan segalanya......


Note: Graph kat atas tu nak illustrate perasaan gua sekarang ni..makin hari makin banyak yg gua tak tau....hu hu hu






Tuesday, June 28, 2011

Nora Elena

I bukan le peminat drama melayu except kalau drama tu arahan Rashid Sibir or Khabir Batia. Yang lain tu, I nengok kes nak mengisi masa lapang. Bila kat sini, lagi le tak berpeluang nak nonton drama drama ni. Mana le ada masa lapang. Kalau ada masa pun tak pernah yg rasa lapang. Rasa penuh je...


Tapi siri Nora Elena ni cam pemes le pulak. Bebudak postgraduate asyik dok citer bab kedasatan/ kehenseman/kegentlemanan si Seth Tan/AAron Aziz and kecunan/kesolidtan Nora Elena and also kebestestan citer Nora Elena. Every week bila I attend seminar series untuk bebudak PhD , time break je, mesti ada yang dok citer bab drama ni. I pun teruja le untuk menonton siri Nora Elena.

Last weekend En Hubby dengan jayanya telah mengdownload lah siri tersebut. I pun dengan penuh semangat kesukanan menonton le siri Nora Elena yang kononnya best tu. Walaupun I dah diconsiderkan masuk dlm kes ketinggalan ketapi. Tapi, apasal le I tak minat? To me, citer tak masuk akal je. Macam tak real je, ada lelaki cam si Seth Tan tu di mukabumi ini. Too good to be true.


Bagi adik adik pompuan yg belum kawin, tak yah le terpedaya ngan ke"indahan" citer Nora Elena tu. Tak adanye lelaki cam Seth Tan di planet ni. Character Seth Tan tu character untuk diadvert dlm "Yellow Pages". Perfect sgt. Kalau bawa bekal nasi lemak and pegi cari satu Malaya pun buat buang masa and tenaga je. Tak kan jumpa punya...


Generally, org lelaki tak mcm Seth Tan. Org lelaki kat Msia lagi le tak mcm Seth Tan. Tak caya? Mana ada lelaki yg sanggup tak pegi kerja berhari hari hanya kerana kaki isteri terseliuh setoit. Mana ada lelaki yg dok tunggu kat pintu bilik bila mak bidan dtg nak mengurut. Tak kira la mengurut kaki ke, mengurut lepas bersalin ke. Mengurut apa, tu tak penting, yg penting lelaki Malaya tak adenye dok tunggu isteri kat depan pintu bilik. Kalau dia tunggu pun, either dia dok tunggu sambil baca paper or dia tunggu sambil tengok tv, or kalau ada rancangan bola / golf kat tv, pasti dia akan sanggup tunggu lama sikit. Haaaaa.....kalau buat adengan cam tu baru le nampak real sikit....Konsep asas yg director kena guna....org lelaki ni selalunya selamba je... kalau buat citer lebih lebih..tak real le pulak...heee

Satu scene tu, I rasa lawak gak..Si Nora Elena tu dok tabur kelopak bunga ros penuh katil. Reality , mana le kita dok tabur kelopak bunga atas katil. Kalau ada pun, and nak letak bagi wangi pun , letak le hujung hujung katil, bawah bawah bantal ke. Adik adik pompuan, jgn le nak tiru Nora Elena, silap haribulan kena sound free je, sebab En Hubby akan rasa serabut bila dia nak tidur....nak pula En Hubby yg ada accounting background ...alamat dengar "iklan" free je pasal "money matters"..heee

Ini hanya my personal opinion. Hidup pun dah lama, umur pun dah tua, tapi I tak ada le pengalaman nengok org lelaki treat isteri cam si Seth Tan tu. My father dulu ngan my mom pun selamba je, my FIL & MIL pun selamba je, my brother ngan my SIL pun selamba je, my biras biras pun selamba je. In fact, kalau tetiba En Hubby berubah jadi cam Seth Tan pun I akan risau....


Mungkin juga I tak minat citer tu pasal "generation gap". At my age, I prefer citer yg berpijak di bumi nyata. I dah tak minat fantasi. Fantasi tak mengajar kita apa apa. Tak bole nak apply. Drama/citer dlm drama tu bagi I masuk kategori "nengok sambil sambil minum nescafe & makan cokodok di ptg hari" ok la.....

Thursday, June 23, 2011

Untuk yang istimewa..

Sejak dia mendaftar diri menjadi sebahagian dari keluarga kami, aku tidak pernah menganggap dia sebagai ipar. Bagi aku, dia dah jadi mcm adik aku. Dia seorang yang baik atau mungkin juga aku kakak ipar yg tak banyak songe heeeee...


Terkini, dia telah didiagnose mengidap dermatofibrosarcoma protuberans, sejenis cancer yang amat jarang dihidapi. Hanya +- 400 kes setahun world-wide and dia kini termasuk dlm statistsik tersebut. Aku dapat rasakan beban yg ditanggung. Tambahan pula dia juga berada didalam "tongkang PhD" macam aku, cuma tongkang kami berada di benua yang berbeza.


Another 2 weeks dia akan melalui surgery. Langkah pertama yg perlu dihadapi untuk melawan cancer tersebut. Aku hanya mampu berdoa dari jauh agar Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk menghadapi segala dugaan . Aku juga berdoa agar Allah memudahkan dan melapangkan segala laluan buat dia dan keluarganya. Walaupun aku tak mampu nak bagi wang ringgit tapi aku yakin dgn kekuatan doa.


Just remember, you are not alone. Be strong and all the family members are with you to fight this cancer. Your case will be in our daily doa. Yakinlah Allah itu Maha Mendengar dan Maha Pengasih......

Thursday, June 16, 2011

Aku dah jadi Supervisor.

Jangan panik...jangan panik ...aku hanya menjadi supervisor dalam arena cuci mencuci. Sejak berhenti keja, aku dah ubah status jadi "free lance cleaner". Kalau ada yg berminat and kena ngan masa aku, aku kerja lah. Rupanya banyak gak aku dapat offer tapi selalunya aku terpaksa tolak le sebab aku dah makin bz ngan my PhD, walaupun kekadang tu aku rasa mcm pegang degree LLB (look like bz)..kah kah kah...


This time tak sampai hati nak tolak eventhough masa kerja tu aku tak minat. Sebab yg minta tolong tu sekolah tempat aku kerja dulu. Sebab utama yg aku tak minat tu, waktu kerja dari 5.30 am- 8.30 am. Rugi lah masa study aku. Nasib baik 6 hari je, kalau 6 weeks or 6 months porak peranda lah PhD aku. 6 hari ni pun aku dah rasa mcm nak kena masuk ICU, nak kena pasang talian hayat untuk kerja kerja PhD aku yg tertangguh...


First time aku jalankan kerja svsor. Rupa rupanya kerja tak le berat (compare ngan jadi cleaner biasa). Cuma memerlukan aku berjalan banyak and ingat semua sistem alarm yg ada dlm sekolah tu. Aku pun terfikir, patutlah kalau org yg tak pernah menjadi cleaner, terus je menjadi svsor, dia akan jadi svsor yang banyak cekadak. Dia tak faham beban kerja cleaner. Disebabkan aku dah pernah jadi cleaner, aku avoid jadi svsor yg banyak cekadak. As long as cleaners buat kerja, aku alright je.


Sejajar juga ngan kerjaya svsor, aku dah tak banyak bertemankan mop and vacuum cleaner. Aku lebih mesra ngan mesin blower. Aku dah mahir cara nak operate blower. Tambahan pula sekarang winter, engine cepat sejuk. Aku dah bijak nak overcome problem tu. Pendek cerita, ilmu aku dlm bab mencuci ni dah makin bertambah...fast learner le pula... sekali tunjuk dah dapat...Ada sorang mamat ni dah 3x diajar guna..tak dapat dapat. Aku pun terfikir adakah ini bakat terpendam dalam diri aku????










Saturday, June 4, 2011

Gerak Khas in Perth: The most stupid story on earth

Sebagai driver yg didikasi untuk my family, semalam I still jalankan tugas as usual mengambil En Hubby dari kerja w/pun keadaan kesihatan yg tak berapa baik. Dah 2 minggu , I kena flu and till today still tak nampak cam nak lega lagi.


It was around 6 pm. Untuk kenkawan kat Msia, suasana 6pm sekarang ni dah gelap cam kul 8/9 malam le kalau kat Msia. At that time I berada dilorong ketiga (highway 3 lane). Tetiba I terdengar siren police kat belakang my car. I pun glance negok my speed meter, ok lagi. So dlm hati ingat mesti police tu kejar keta kat depan.


Disebabkab lane tengah banyak sgt keta, I pun decide nak lajukan keta I ( niat murni untuk membantu police kat belakang I ). So I pun drive dgn selambanya and makin laju. After sometimes, bila lane tengah clear, I pun celah masuk lane tengah (dgn harapan police tu bole guna lane ke3 dgn senang untuk mengejar keta kat depan I). Tetiba I nampak plak, keta kat depan tu masuk lane tengah gak, and keta police yg kat belakang I pun masuk lane tengah gak. Siren makin kuat le pulak.


Bila first lane clear, I pun celah masuk (again , niat hati nak bagi kat laluan kat police tu). Masa tu dah lama gak la, adengan kejar mengejar tu. Nina yg dok kat belakang keta pun dah makin excited.


Bila dah ada kat first lane, police tu pun masuk kat first lane and tailing my car, then dia start bagi lampu and bunyi siren yg amat kuat. Laaaa......keta I ke yg dikejar dari tadi tu...Kalau la I tau dia kejar I, dah lama la I berenti.....I tak sedar, I jadi pelakon utama dlm adengan kejar mengejar kat Highway...ish ish ish....untuk yg membaca...begitulah tahap "blurrrrrr" akak...


Bila I stop, I nengok kat side mirror, police officer tu keluar siap tangan kat pistol dia and dia begitu berhati hati nak sampai kat keta I. Sebijik mcm dlm filem. I yg kat dlm keta jenuh menahan gelak sebab I rasa dia mesti ingat dia akan berhadapan ngan gangster yg merbahaya.


Bila I buka tingkap, first sekali I minta maap le sebab tak berenti, and dgn bodohnya I cakap le I ingat dia kejar keta kat depan. Police tu plak, bila dia nampak I, dia pun nak tergelak. Gamaknya dia pun rasa lawak dgn gaya dia yg mcm nak berdepan ngan gangster.


Rupa-rupanya diaorg kejar I tu coz dlm record diaorg plate number my car tu still listed as stolen car ( police tak buat kerja le ni... patutnya bila I dapat balik my car lepas kena curi dulu, they have to delete the record). Jadi diaorg ingat, diaorg tengah kejar pencuri keta le... patut la, siap pistol kat tangan lagi..and patut la police tu pun nak tergelak bila dia tengok I. Gamaknya dlm hati dia cakap pompuan ni curi ayam pun tak lepas.....or...ada gak pompuan yg blurrrrrr tahap gini kat Perth........




Tuesday, May 31, 2011

HDR Seminar series: Critically reviewing the Literature

Second session of the series, the Prof cerita about buat literature review. Dia cakap, most of students bole buat literature review tapi yg susah nak buat adalah critically reviewing the literature.

Saya amat bersetuju because saya termasuk le golongan yg blurrrrr ni. My problem kalau just nak review je, tak dak masalah beb! dari zaman undergraduates lagi pernah buat kerja ni, yg perit to nak critically evaluate.

Meminjam words peberet my supervisor bila dia membaca my work: " where is your voice?" or "I didn't see your voice". Kekadang yg mencengkam jiwa tu bila kerja yg I rasa my "masterpiece" tu dia ckp " you failed to convince me with your arguments". Itu yg tersurat..gamaknya yg tersirat " apa ke bende budak ni melalut...hampehhh"....heeeee.


Few tips to share:

1) How do you review the literature?

- Provide commentary on each piece of literature.

-Explain succinctly key findings of the study.

-Indicate the potential or actual significance of the study within a national or international framework.

-Evaluate relevance and quality.


2) Two most important skills in reviewing literature:

- The capacity to evaluate what you read.

-The capacity to relate what you read to other information.


3) The key to a critical literature review:

- Demonstrate that you have read, understood and evaluated your material.

-Link the different ideas to form a cohesive and coherent argument.

-Make clear connections to your research objectives and the subsequent empirical material.


To conclude, critical review must:

-include key academic theories

-include empirical studies

-review and summarises state of knowledge in your topic

-synthesise ideas (convergence, divergence)

-evaluate (critique) literature for relevance and quality

-identify gaps.


Kepada yang "setongkang denganku"...selamat menulis...

Sunday, May 22, 2011

A tribute to Perokok Tegar...

Complete set



Charging process




Trying the new cigarette



En Hubby adalah perokok tegar. "Ketegaran" dia merokok makin menjadi jadi sejak dia buat PhD. Saya dah lama berhenti dari memberi apa apa nasihat about his smoking habit. Not that I agree to it, but I would prefer to save my energy for other things. Kalau baru kawin 7 hari , or 7 bulan or even 7 tahun may be still bole tolerate jumlah energy yg saya bazirkan untuk memberi talk about smoking, tapi kami dah kawin for 17 tahun. Huuuissshhh...saya dah tak mampu bazirkan any energy on that issue. Ada banyak lagi issue yg saya perlu beri perhatian such as wrinkle kat muka saya yg makin ketara, jumlah uban kat kepala saya yg makin bertambah and kenaikan berat badan saya yg dah jadi mcm harga petrol kat Msia....Ini semua issue penting nih..bole effect my reputation . Mcm issue "Julia Gillard and boat people" le...


Ari ni saya terjumpa rokok electric ni. Tak sangka betul. First time I get to know about this type of cigarette bila saya tengok film "Tourist" lakonan Angelina Jolie ngan my peberet hero Johny Depp. Haaaa....Johny Depp isap rokok cam gini la dlm film tu. By the way, yg belum nonton, film ni best...kalau ada masa tonton le...heee


Maka, ari ini saya dgn penuh semangat kesukanan telah menghadiahkan "2 btg rokok " kat my Johny Depp including 3 jenis charger lagi. Bole charge kat umah, computer or dlm keta. Very handy. Charging ambik masa 15-20 minutes and each rokok bole tahan 3 jam. Then, you just need to recharge.

Persoalannya adakah langkah ini berjaya mengurangkan tabiat merokok or at least menjimatkan "belanjawan umahtangga"? Nantilah, lepas 3 bulan, insyaAllah saya update about this issue..........

Note: Mr FF tak nak try ke???......heeeee

Thursday, May 12, 2011

What is a good abstract?

Let's share few tips on how to write a good abstract. A good abstract should have:
1) Background- 1 or 2 sentences to place your work in context.
2) Aims- 1 or 2 sentences giving the purpose of your work.
3) Method(s)- 1 or 2 sentences explaining what was done.
4) Results- 1 or 2 sentences highlighting the main findings.
5) Conclusions- 1 sentence providing the major consequences of your work.

The don'ts:
1) Do not commence with "this paper..." or "this study..." or yg sewaktu dgnnya.
2) Avoid sentences that end in "...is described" or "...is reported" or yg sewaktu dgnnya.
3) Do not begin sentences with "it is suggested that..." or yg sewaktu dgnnya.
4) Do not write in the first person in any form.


Ok kenkawan...jom tulis paper....heeeee

Sunday, May 8, 2011

Hyden

Waverock


di mana saja Nina akan tetap berposing




Depan cottage



Dah lama teringin nak ke Hyden, tapi asyik tertangguh. Maklumlah nak pegi jalan-jalan ni bukanlah mudah seperti A,B,C- tentera ramai. Hyden ni about 340km from our house.Kena masuk meeting 2,3 kali. As usual, kerja saya le membentangkan budget + arrange for the accomodation kat my Prime Minister (hubby). Angan angan asal kami (the 2 boys and I) nak sewa "motor-home" . My boys teringin benor nak travel ngan caravan . Tapi financial constraint, awal awal lagi PM dah tolak cadangan tu. Alhamdulillah, he finally agreed and kami pun ambik peluang masa cuti sekolah ari tu untuk explore Hyden. Bertambah meriah kawan kami yg baru dapat baby agreed to join us.


Apa yang best about Hyden? Susah nak cakap. Kepada yang suka bandar besar and shopping, Hyden bukan le tempat untuk anda. Kampong habih, ada 400 org penduduk je. Kat Msia pun tak pernah jumpa tempat cam gini. Kami start rasa suspen bila dah separuh perjalanan. My boys tanya kenapa tak nampak org or any cars on the road. Barula we all perasan memang tak berselisih dgn kereta pun, then bila jumpa town pun semua macam "pekan hantu"- tak ada org and sunyi amat suasana keliling.


Kitaorg sampai , hari dah mula gelap, suasana memang menyeramkan. My children semua minat cerita seram, so instead of patut rasa takut, all of them thrill le plak with the environment cam gitu. Diaorang cakap rasa macam dlm filem seram je. Masa check in tu , saya siap tanya kalau emergency nak buat cam mana. Mana tak risau, phone pun tak ada coverage. Pihak cottage tu cakap in case of emergency hanya ada 2 public phone je kat area tu, tapi diaorang ada le stanby org (cam ranger gitu) 24 hrs to help. Dalam hati asyik doa je, muga tak ada le bebudak tu sakit pening during our stay there.


Alhamdulliah cottage yg we all sewa tu amat selesa. Semua lengkap. Walaupun pada awalnya risau gak, takut nanti cottage tempat tinggal pun cam "umah hantu". That night kami menikmati suasana kat "outback"- sunyi, damai, seram, cantik coz bintang bnyk sgt kat langit. Semua org happy.


The next day, we all explore la historic places kat Hyden. Kepada yg berminat nak pegi, make sure pakai kasut yg selesa. Almost all the places tu nak kena jalan and memanjat batu batu/bukit. Yang kelakarnya bila pegi kat mana mana asyik terserempak ngan Mat salleh yg sama je. Penduduk tak ramai, jadi org yg sama incharge banyak benda kat that town. Another interesting thing yg kami perasan, bagi town sekecik and se"ulu" gitu, sekolah kat situ masih dilengkapi ngan swimming pool.


Ada kawan bertanya saya "worth ke pegi kat tempat gitu?" My answer, as for my family we all enjoy the experience especially my 3 children. Pengalaman yang mungkin tak dapat kat tempat lain. Thank you Allah.