Friday, February 11, 2011

Kisah Aku dan Dia...






Lately ni banyak plak kisah duka PhD students kat bumi Oz ni. Ada yang aku dengar dari tuan tubuh sendiri, ada plak dari third party. Source mana cerita cerita tu aku tak kisah sangat , yang buat aku suspen tu, cerita cerita duka ni semuanya bergenre (ada ke word nih??) seram. Gamaknya PhD students kat Oz ni dah jadi macam film producer kat Msia le plak. Bila nak buat filem je asyik cerita seram..bila seram je asyik nak buat filem.

Bezanya cerita kat Oz ni lagi tragis dari filem Malaysia sebab combination of cerita duka and seram. Bukannya mcm yang dibuat di Msia cerita lawak bodoh and seram. Nak plak situasi aku yang dah masuk kategori " jangan pandang belakang" ni , lagilah buat cerita cerita terkini PhD student kat Oz ni jadi bertambah serrraammm...

Macam filem Hindustan, apa pun jalan cerita, siapa pun hero and heroin nya, pokok pangkal yang nak ditonjolkan adalah konflik dalam hubungan. Cerita kat bumi Oz ni pun sama tapi tak serupa. Cerita pasal konflik dalam hubungan svsor and student.

Dalam kehidupan PhD ni, hubungan antara student and svsor amat penting. Maklumlah at least 3-4 years student kena berbincang pasal research yang dibuat dgn svsor. Beruntung sangat kalau svsor mempunyai minat yang mendalam dgn apa yang student buat. Dapat plak svsor yang baik hati, yang plan kan kerja untuk student, yang jumpa student every week or fortnightly, yang balas e-mail tak kira pagi, ptg, siang , malam , weekened, public holidays etc. Tapi ingat, tak semua PhD student dapat svsor cam gini.

So far, my supervisor, tidak seperti yang ditulis di atas. Sedih ka aku??? During my first few months, yes, memang sedih. Sedih ngan nak mengadjust hidup kat sini, sedih ngan svsor aku yang mcm kena "kawin paksa" ngan aku. Abih first year, aku still tercari cari cara dia handle hubungan antara kami. During this time, ramai yang nasihatkan aku buat report and minta tukar svsor.

Aku tak buat report and tak minta tukar svsor. Pertamanya aku tak punya semangat "Tun Fatimah" cam kenkawan aku yang minta tukar svsor. Aku penakut. Keduanya aku malas nak melalui all the "clerical" work untuk process tukar svsor. Malas nak menyerabutkan lagi kepala aku yang dah memang serabut pada ketika itu.Harus diingat aku punya hubby yang juga buat PhD mcm aku and 3 anak yang also tengah mengadjust ngan kehidupan kat sini. Bole la bayangkan betapa sedih and serabutnya aku tika itu. Ketiga, aku rasakan disebalik semua yang tak dibuat beliau, mesti ada kebaikan Allah "jodohkan" aku ngan dia. Macam dalam perkahwinan, kalau ikut kita manusia, mesti kita nak yang best best je dari pasangan kita, tapi Allah kan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita (ni pesanan nenek aku kat aku dulu).


Frankly, aku pun tak pasti tindakan aku mengekalkan dia sebagai svsor ni betul ke tidak. Cuma masa second year, aku dah dapat baca pattern or cara dia supervise aku. I think, bagi dia , once you have registered yourself as PhD student you mesti bole buat independent study. Dia tak pernah kisah dimana aku bekerja, yang penting hasil kerja aku and aku "belajar" through out the journey. Aku rasa la, bagi dia process "belajar" ni plak, tak dak short-cut way. Lagi banyak mistakes yang dibuat,lagi banyak aku akan "belajar". Musuh utama aku dalam cara dia supervise aku ni adalah masa.


Secara tak sedar dia "mengajar" aku cara independent study. Dia mengajar aku untuk "berfikir". Jarang sekali dia memberi jawapan kepada soalan soalan aku. Yang selalu dibuat, dia menjawab soalan aku dgn memberi aku soalan lain pula. Setiap meeting, aku kena bersedia untuk menjawab soalan soalan cepu cemas. Jarang sgt dia becerita diluar ruang lingkup research aku. Kalau sejam meeting , meaning sejam la aku and dia berbincang/ bercakap pasal research. Tak ada benda lain.

Lepas meeting, selalunya masalah yang aku utarakan tak dapat penyelesaian, aku akan jumpa plak masalah lain yang berkaitan. Selalunya lepas 2,3 weeks baru lah aku TERnampak/ TERperasan jawapan bagi masalah aku. Itupun selalunya selepas jenuh aku berfikir dan cuba mencari jawapan bagi semua soalan yang dikemukakan beliau during the meeting.

Cara dia juga memaksa aku untuk merancang perjalanan PhD aku. Tidak pernah dia menghantar e-mail untuk jumpa aku atau minta aku hantar hasil kerja aku. Kalau aku rasa, aku dah nyawa nyawa ikan dgn masalah research aku and perlukan talian hayat, aku akan e-mail or kalau teruk sgt minta untuk berjumpa dia. The best part of him, dia akan membalas setiap e-mail aku dgn kadar segera and sentiasa willing nak jumpa aku. Cuma aku dapat trace cara dia. All e-mails hanya akan dibalas during office hours. Weekend or masa dia bercuti(selalu dia akan inform aku bila dia nak p enjoy) sorry tak dilayan.Aku plak, bila rasa aku dah abih buat something, kena la pandai pandai pikir masa yang sesuai untuk antar hasil kerja aku kat dia. Kalau harap dia nak minta or cakap apa yang aku kena buat sampai bila pun PhD aku tak bergerak gamaknya..


Bila masuk third year, aku dapat rasakan, cara svsor aku mengsupervise aku mcm dia main layang layang. Dibiarkan aku terbang bebas, tapi di perhatikan dari jauh and bila perlu sesangat baru lah dia betulkan tali suapaya layang layang tak hilang terus dibawa angin..tambah plak kat Oz ni angin kuat beb!

Susahke aku???? bagi aku, amat susah. Kekadang aku rasa mcm dibiarkan dalam lautan yang dalam sorang sorang. Tak nampak langsung daratan. Nak plak aku tak pandai berenang.Jaws plak banyak. Jadi untuk survive aku terpaksa berusaha sedaya upaya.

Betulke tindakan aku tak tukar svsor??? Ntah le. Cuma takat ni aku rasa dah banyak aku belajar dari dia. Atau, should I say cara dia mengajar aku untuk banyak belajar. Aku pun dah makin selesa dgn cara dia handle hubungan kami. Mungkin juga aku dah dapat "adjust" dgn keadaan or "expectation gap" dah makin kurang. Atau dia pun dah makin mengenali aku dan memahami kelemahan aku.

Berjaya ke aku??? My answer is "que ..sera...sera..". Yang pasti, hubugan aku ngan dia ibarat macam dalam perkahwinan, sentiasa berdoa muga Allah beri yang terbaik dan diberi kekuatan untuk menghadapi semua cabaran . Kesudahannya, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui.....

2 comments:

Anonymous said...

Amin:Kita serupaaaa

mulan said...

Amin,
kena pasang lagu headwind..kita serupa ..kita serupa..untuk dpt effect yang lebih best...heeeee