Wednesday, March 2, 2011

Apple



Seawal pukul 4 am aku ditimpa masalah lagi . Buah hati aku meragam lagi. Kali ini aku pun tak pasti, aku mampu memperbaiki hubungan kami ke tidak. Rasanya dah setahun lebih dia asyik meragam. Maklumlah umur pun dah tua. Agaknya dah tak larat nak ikut style aku; org tua yang bekerja macam org muda...heeee. Kalau ikut keinginan diri, memang aku nak pinang yang baru. Tapi poket aku tak mengizinkan pula.

Sekiranya ada policy maker yang baca blog aku ni, percayalah , bantuan sara hidup $460per month untuk student bawah spouse program memang amat dihargai (b4 this tak dapat langsung). Tapi berpijaklah di bumi nyata, jumlah itu memang tak mencukupi untuk tampung kos kehidupan dan pembelajaran di bumi OZ ni.

Kenapa sering dilupakan, student bawah spouse program pun membawa beban & tanggungjawab yang sama dengan pemegang biasiswa. Tiada beza dari segi masa bekerja and quality kerja yang perlu dilaporkan kepada pihak penaja dan universiti. Kami semua serupa.

Malah perlu diingat kalau kedua pasangan belajar, kami terpaksa membayar childcare yang harganya mencengkam jiwa dan raga ($80per day beb!). Satu lagi, jgn lah di pukul rata yang semua negara childcare facilitiesnya free. Mungkin free di UK tapi tidak di OZ.

Back to my story,aku memang nak pinang yang mcm gambar kat atas tu...kononnya, tak akan ada masalah virus lagi..masalah yang aku memang boring sgt..alangkah indahnya kalau aku tersepak ketul emas ari ni...emmmmmm

2 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

Brp ketul akak nak? Kutip jer buah epal kat belakang rumah kalau ada...he..he..pastikan bukan epal terlarang ha..ha

mulan said...

Fadz,
abg nadzri berjaya selamatkan "buah hati" akak tu lagi...nampaknya lagi jaaauhhh lah nak dapat pegang "apple"...heeee