Sunday, March 27, 2011

A very tough week...

Sabtu lepas umah dimasuki pencuri...habis dikebas including our car. Semua identification hilang since pencuri tu ambik my purse & wallet hubby. Passport Msia pun dikebas. Cash kat dlm purse & wallet & duit belanja dapur & duit untuk yuran sekolah & tkwando class bebudak pun disapu. Pencuri tu tak masuk dalam bilik tidur je. Tipon pun di ambik. Kalau dalam cerita Hantu Kak Limah ada script " Org Indon penuh ilmu di dada", di Perth ni kenkawan kena ingat "Orang Abo penuh ilmu di dada". Addoiii...tinggal lah kami sekeluarga sehelai sepinggang pada subuh Sabtu lepas. Dugaan Allah ke atas kami sekeluarga.
Alhamdulillah...ada ramai kenkawan yang datang membantu. Family juga bagi support yang tak ternilai. Hingga ke hari ni, kami masih menggunakan kereta yang dipinjamkan untuk urusan harian & sekolah anak-anak. Kereta dah dijumpai tapi mengalami kerosakan yang teruk. Hanya bernasib baik kereta tersebut tak dibakar.
Hari Khamis lepas juga kami berdua perlu membentang kertas kerja kat Research Forum. My hubby decide tak pegi, sebab pada hari tu juga dia nak kena pegi settle bnyak benda about our car ngan police . Dengan kepala yang berserabut and tak focus saya pegi juga bentangkan my paper. Alhamdulillah, the discussant like my paper. Allah juga lah yang Maha Pengasih dan Penyayang ....
Kami berdua cam hilang semangat and hilang "momentum". Perasaan risau, takut masih lagi ada. Tidur malam pun tak nyenyak. Mohon Allah kembalikan semangat untuk kami habiskan journey ni .
Terima kasih kepada kenkawan yang dtg menghulurkan pelbagai bantuan buat kami sekeluarga. Bantuan kenkawan semua amat amat kami hargai . Kepada all my family members, thank you for the moral support and "capital injection" yang diberi. Muga Allah melapangkan dan memudahkan segalanya buat anda semua.....

8 comments:

Nor Fadzlina Nawi said...

La siannya kat akak. Saya doakan akak sekeluarga dpt ketenangan seterusnya utk habiskan perjuangan ini, Insya Allah. Amin

Anonymous said...

Salam. Kuatkan semangat dan tabah. Doa saya di Rhode Island utk sekeluarga.

Anonymous said...

Mulan,

Mohon allah beri ketabahan untuk sekeluarga. Dalam duka lara menghadapi dugaan, yakinlah bahawa disebalik susah yang diuji Tuhan akan dibalas dengan senang.

Sevendrops

mulan said...

Fadz, Mr Rhode Island & sevendrops,

Thanks for the "doa" and support. Hopefully by next week my hubby and I will be back on our PhD track. Frankly, the PhD journey is not at all about getting the PhD; it is a "learning journey about life"..

Unknown said...

MasyaAllah, dugaan demi dugaan harus diharungi, harap both of you tabah mengharunginya. Betul cakap Intan, it is a real test of life and mudahan diperkuatan iman dan kasih sayang sesama ahli keluarga.....

ajaq said...

salam. Sedih saya membacanya...tabah menghadapi dugaan, Allah memberi dugaan kepada umatnya.....kerana Allah amat menyayangi.Rasa boleh merasai akan kesulitan yang dihadapi.

Perkara yang sama juga berlaku pada kami, semasa kami menyewa di Kensington Rd. Baru 4 bulan kami tiba di bumi Adelaide.
Tapi nampaknya daripada apa yang diceritakan, pencuri disana lebih ganas.

Teruskan perjuangan, jangan mudah mengaku kalah. Pasti ada cahaya kecerian memancar di kemudian hari. Doa buat untuk kalian sekeluarga,dipermudahkan semua urusan,sehat walafiat...aminnnn.

Anonymous said...

k.intan & abg nazri

...terkejut dgr berita ni. tabahkan hati.

salam dr kami semua

mulan said...

phnb, ajaq & anonymous,

tq for the support and doa..