Wednesday, January 4, 2012

Yang terlintas difikiran...

Sekarang ni kat Msia heboh plak pasal mahasiswa bangkit bersuara. Mereka berdemo untuk meluahkan rasa. Mereka mahu akta diubah. Mereka mahu itu, mereka mahu ini. Mereka mahu berpolitik. Personally, tak salah langsung kalau mereka mahu belajar berpolitik atau belajar tentang politik. In fact, mahasiswa patut belajar dan ambil tahu tentang politik. Yang salah dan nyilu dihati adalah apabila org politik menggunakan mahasiswa untuk berpolitik. itu yang hampehhh!.


Akak dulu pun mahasiswa juga. Tapi bukan le kat Msia. Life as a student kat UK dulu bz. Tambahan lagi yang ditaja kerajaan. Kena selalu pastikan result maintain. Nak make sure mencapai target University, tak merugikan duit kerajaan/penaja, tak memalukan mak bapak and diri sendiri ( takut nanti kena balik b4 habih pengajian) bukanlah sesuatu yang mudah.


Di uni akak dulu, tak ada sistem yang bole repeat paper 2,3 kali. Hanya dibenarkan sekali saja repeat. Itu pun masa summer ( maksudnya class tak disediakan, kena belajar sendiri, then sit for the exam). Kalau paper repeat plak, result hanyalah pass or fail. So jgn berangan lah awak nak dapat A or B untuk paper yg awak repeat. So, sekiranya awak pernah repeat paper, pasti akan mengganggu penganugerahan (kelas) ijazah akhir nanti. Lagi satu kalau awak fail more than 3 papers, awak kena ambik semua subjects (repeat the whole year) . Contoh, second year ada 9 subjects, awak fail 4 subject, 5 lagi awak dapat A, maaf la ye, result keseluruhannya awak fail (termasuk yag awak dapat A tu tak digunapakai). Awak dianggap not fit enough to proceed ke 3rd year. Awak mesti repeat second year. Ditambah pula dgn sistem yg tak ada 'carry marks' mcm kat Msia, and kekangan bahasa, just imagine masa yg kami (mahasiswa) perlukan untuk belajar. Kami amat takut untuk FAIL and untuk repeat paper!.


So, kehidupan sebagai mahasiswa pada ketika itu berkisar kepada belajar during school terms, bekerja part time dimasa cuti untuk mencari duit buat bekalan untuk berjalan jalan sekitar UK. Kalau duit lebih bole pegi tour Europe. As for me, kerja as buruh kat ladang strawberry hanya bole membawa akak sampai ke Paris je. So, as I said b4, jgn kelentong bab strawberry, I know how to grade them... heee.


Kami tidak punya banyak masa untuk berpolitik apatah lagi untuk buat demonstrasi. Kami hanya mengambil tahu tentang politik. Infact golongan mahasiswa yg 'aktif' berpolitik (dah ada parti parti politik kat sana pun during that time) hanya sempat membuat ceramah ketika hujung minggu or menulis untuk menyebarkan ideologi politik mereka. Cara mereka 'berpolitik' pada ketika itu penuh sopan dan tidak langsung mengganggu pembelajaran mereka. Mereka masih mampu mengekalkan rekod pembelajaran yang cemerlang disamping memperkembangkan fahaman politik masing masing. Tiada siapa pun yang rugi!


Jadi, kepada mahasiswa kat Msia sekarang yang ghairah untuk berdemonstrasi, satu soklan untuk anda semua, Adakah rekod pencapaian akademik anda cemerlang sejajar dgn semangat demonstrasi anda?. Jgn nanti bercakap bekobar kobar, tengok CGPA hampehhh...!!


Just remember, should something happen to you, siapakah yang akan menanggung bebannya? Pasti diri sendiri and your parents. Kalau anda dari golongan anak org kaya, no hal bro! mak bapak anda bole menagggung kos pembelajaran anda di IPTS or luar negara. Kalau anda dari golongan biasa biasa jgn cuba samakan anda dengan anak org politik and org kaya. Lebih baik anda berjuang mengubah nasib diri sendiri dan keluarga dulu. Again, tak salah nak belajar mengenai politik, yang salah adalah menjadi boneka kepada org politik.


Kalau lah Akta yg jadi isu utama, terfikir saya didalam hati kenapa semasa memegang kuasa Akta tidak diubah??. Bukan ke masa tu la, masa yg patut diambil untuk mengubah atau pun paling tidak mereview apa yang patut pasal Akta. Kepada mahasiswa yg sibuk berdemo, kalau ada masa cuba tengok balik keratan paper dolu dolu... baca statement statement yg dibuat yg berkaitan Akta and tengok pula siapa yg berkobar kobar buat statement statement tu......entah le.....

No comments: