Aku hanya tersenyum dan menjawab soklan soklan cepu cemas seadanya (aku memang tak brapa minat nak berbual panjang dgn yang sorang ni...terknal dgn kelaserannya). Tetapi, yang bertanya menyambung lagi. Kali ni dia buat statement yang membuatkan aku terfikir benda yang aku TAK terfikir selama ni. Dia cakap "you drive MyV..ingatkan balik oversea bawa Mercedes...lagipun dah Dr kan". Aku menjawab dgn selamba " MyV tu ok..murah". Dengan ketawa kecil dia cakap..." oooo...kiranya you lah first Dr yang bawa MyV kat sini, selalunya yang abis PhD, drive Estima ke..Mercedes ke...paling tidak pun Vios".
Selama ni aku tak pernah pun kisah about kereta. Sementelah pula aku bukannya mahir bebenor bab bab driving. En Hubby pernah cakap ngan aku " kalau ada 10 orang macam you on the road..habis jem satu Jitra". Di tambah plak sense of directons aku yang ada virus sikit oops.. virus banyak menjadikan driving tu bukan lah aktiviti yang aku minat tapi aktiviti yang aku terpaksa buat untuk survive kat atas donia ni.
Teringat aku masa nak beli keta ari tu. En Hubby bertanya " you nak beli keta apa?". Bila dia nengok aku tersenyum macam kerang busuk, dia pun tanya lagi "you nak bayar sebulan berapa RM?". Selamba je aku jawab " ada tak keta yang bayaq sebulan RM 300 lebih?". En Hubby terus buat remark " Kedekutnya."...hahahaha
At first tu aku nak ambik kancil je, tapi En Hubby ckp, kecik sgt. Masuk bebudak..dah tak bole bernafas. Ambik la yang besaq sikit. Aku pun ambik la MyV. Bagi aku MyV ni mcm lagu dangdut Iwan tu laa ..yang sedang sedang sajaaa....yang penting poket aku selesaaa...Emmmm....tapikan.... kalau aku banyak duit, nak juga aku beli Audi ka, Volvo S80 ka.....Apa kelllaasss bawa Mercedes.....kih kih kih.
4 comments:
Pedulik hapa ni lah konsep kita mengukur kejayaan dengan kereta besar, handbag jenama, kasuit mau 200-300...kalau tak kaya tak kawan...beli reta mahai mahai beras tak dak kat umah ada yang nak mai tolong isi...hareeeeemmmmm...paling penting malam boleh letak saja badan n tidoq lena
Mulan,
Salah satu kebebasan I berpindah ke Shah Alam ialah tidak ada lagi mata yang memerhati kereta apa aku pakai, kasut apa aku pakai, baju berapa ringgit yang aku pakai. Pakai baju RM7 se meter atau RM700 se meter tidak ada sesiapa yang ambik peduli. He..he.. I dulu ada pak guard tau kasut apa I pakai!!! Sadis betuiiiii.
sevendrops
hahaha.. gitu kah kak...tak yah ambik pot, yang penting leh makan2 sedap2 bayaq pakai duit cash ;-)
mamacrocs & Fadz,
inilah donia...pelbagai ragam manusia.
sevendrops,
I pasti u still bole bayang situasi disini...no changes at all..
Post a Comment