Thursday, October 25, 2012

Outsourcing

Kekalutan hidup masih belum berkurang. Monday ni En Hubby plak akan mula bertugas. Dah dapat bayangkan kehidupan  akan menjadi semakin haru biru blues. Dia akan sampai dari Oz pada hari raya Aidil Adha. Aku dah plan, weekend ni (harap harap dia dah hilang letih) aku kena buat sedikit pembentangan. Aku sedang menyiapkan "script" yang sesuai untuk dibentangkan. Fokus utama pastinya tentang isu outsourcing.

Setelah berfikir fikir dalam masa 4 bulan ni, dan setelah melihat result exam the two heroes yang terkini, akhirnya  I have decided to outsource some of my responsibilities to other party. Harapannya, aku ada lebih masa untuk buat intensif ngan Abg Ngah dan dapat at least memantau akademik Abang Long. Abang Ngah akan  sit for UPSR and Abg Long SPM next year.

Result BM (karangan) Abang Ngah memang bole meluruhkan jantung ibu ibu lain di Malaya. Dengan senang hati dia bagitau aku dia mendapat 18%. Dengan selambanya juga dia cakap "ingatkan Abg Ngah dapat kosong". Aku melopong memikirkan macam mana aku nak mengajar Abg Ngah nih. Tuition??? Dah pun cuba, tapi maaf cakap kebanyakan yang aku cuba hanyalah nak duit and diaorang malas nak fokus kepada pelajar yang tertinggal. Bagi aku tuition kat tempat aku ni memang bagus untuk bebudak yang dah memang cerdik. Kalau yang tertinggal mcm Abg Ngah... itu masalah mak bapak...bukan masalah cikgu..

Langkah pertama adalah mencari maid untuk membolehkan aku outsourcekan beberapa tugas aku. Nampaknya nak dapatkan khidmat Indonesian maid sekarang ni sama lah macam Hang Tuah pegi meminang puteri gunung ledang. Bezanya Hang Tuah bermodalkan peluh dan air liur saja. Nak dapatkan Indonesian maid siap lah berbelas ribu (RM). So, Indonesian maid dah not in my book. Aku tak mampu. 

Alternatively, aku mencari local maid. Merata aku advertise (bertanya). Sampaikan aku siap tinggal pesan kat kedai dobi lagi. Nobody interested. Nak dijadikan cerita, 2,3 minggu lepas (ahad), tetiba loceng umah aku berbunyi. Masa tu anak anak semua kat sekolah. Rupanya ada sorang makcik ni (she looks older than me) bawa anak pompuan age 7 untuk minta sedekah dari umah ke umah. Selepas dia bagi salam and jelaskan tujuan dia tu aku pun ambik kesempatan bertanyakan background dia sikit. Konon cerita, dia janda beranak 3. Dua lagi dah besar and tak duduk dgn dia. Anak anak yang besar pun hidup susah so tak dapat nak bantu dia and anak yg bongsu. So, dia terpaksa meminta sedekah. 

Dari pemerhatian aku, makcik ni sihat walafiat. Aku heran kenapa dia sanggup jalan minta sedekah. Apasal dia tak nak berjual nasi lemak or kueh kueh. Aku pun buat soklan cepu cemas. Aku mengoffer dia jadi pembantu umah aku. Dia bole datang pagi, balik petang kalau dia tak selesa nak stay ngan aku. Anak bongsu dia bole pegi sekolah sekali ngan anak aku (aku hantar). Aku kesian bebenor nengok budak 7 tahun yang diheret mak dia untuk minta sedekah guna sistem door to door nih.

Sedih aku, bila aku mendengar 1000 alasan yang diberi oleh mak cik ni. Sesetengahnya memang tak masuk akal. Then aku test lagi, aku tanya dia  nak tak tolong sapu kat belakang umah  sikit and aku akan bagi upah for that job. Dia jawab dia tak bole nak buat sebab dia plan nak cover (jalan minta sedekah) semua umah kat area taman aku nih. Ternganga aku dengar. Conclusion yang aku buat:
1) Orang kita pemalas- sanggup jadi peminta sedekah asalkan dapat duit dgn mudah.
2) Diaorang ni ada strategic mind set- dah siap ada plan berapa umah nak cover, and berapa banyak nak buat collection for a day.
3) Silap hb income diaorang lebih bnyk dari income aku.

Setelah gagal dgn Indon and local, langkah seterusnya adalah untuk mencari from Thailand. Proses pencarian sedang dijalankan oleh ejen 007 aku. Kalau ada yang berminat, aku kena proses sendiri untuk mendapatkan pasport and permit. Leceh sikit la...tapi nak buat cam mana kannnn.... Menurut ejen 007 aku, kos proses tidak lah mencecah ribuan ringgit and relatively murah la kalau dicomparekan dgn Indonesian maid. 

Few weeks after raya  aku akan dapat result tentang maid dari Thailand ni. Kalau ada rezeki aku adalah. Kalau tak, nampak gayanya aku kena buat plan B. Yang penting sekarang ni, aku berdoa dibukanya hati En Hubby menyokong tindakan aku ni. Selama dia kat Oz aku idak le cerita detail about usaha usaha aku kearah outsourcing nih. Malas nak menyerabutkan kepala dia yang pasti dah penuh ngan hal thesis.Harap harap terbukalah hati En Hubby untuk "mengendorsekan" project outsourcing aku nih. Muga Allah mudahkan segalanya......

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

Just to give idea, memandangkan anak2 dah dewasa (kecuali yg bongsu, apa kata bagi setiap seorang simple job such as uruskan pakaian and bilik sendiri. lepas makan, basuh pinggan sendiri, sapu halaman rumah make as aktivity keluarga every weekends. I think that is more interesting than hire a maid.

Anonymous said...

Hello,

I don't have a maid. The household chores are divided amongst the Mister, 2 kids (8 and 9), and I. Regular cleaning is daily and heavy-duty clean-up is a monthly activity.

There are good points to not having a maid - kids learn some responsibilities, save money, and no headache from having to deal with a maid (the last one is a very important point). But then, my house is not as clean as it should be (by my standards, my mother's standards, and I'm pretty sure my mother-in-law's standards as well), I come home to a messy house everyday which most of the time puts me in a cranky mood, I don't think I'm spending as much time with the kids as I should (sometimes get caught up with cleaning), and of course... sometimes the Mister and I fight about the household work. We are still trudging through... been six years like this.

My point? My life is interesting - definitely, but also very TIRING and STRESSED! This with the Mister sharing half of the housework... and kids who can tolong2. So, my 2 cents is that go get yourself a maid if you think that's the best for you and your situation. I would myself, if not for my own family constraints.

This is not just about freeing up your time for your kids... but freeing up your time for yourself. When was the last time you were able to come home to a clean house, sit down, and just relax? Hobby? Exercising? Don't YOU deserve it?

syalinda johari said...

akhirnya saya khatam blog ni..salam perkenalan Dr.

mulan said...

Anonymous...

Thank you for all the lovely ideas and the sharing. until now I haven't got any maid yet. Will keep on trying. Meanwhile, trying very hard to be a good juggler...

Dear Syalinda,

Salam perkenalan to you too..

mulan said...

Anonymous...

Thank you for all the lovely ideas and the sharing. until now I haven't got any maid yet. Will keep on trying. Meanwhile, trying very hard to be a good juggler...

Dear Syalinda,

Salam perkenalan to you too..