Petang semalam before keluar office aku sempat bercakap dgn seorang rakan sekerja ( from science department). Dia bercerita dah banyak publication yang dia buat, tambahan lagi dia buat PhD by publication. Dia bertanya khabar aku. Dengan senyum tawar and nada kecewa aku bercakap, aku langsung tidak sempat untuk menulis sejak balik ke Msia. Hidup aku ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Masa dipenuhi untuk buat persediaan mengajar. Perlu ada persediaan b4 masuk kelas especially untuk subject final year.
B4 meninggalkan aku, dia memberi sedikit nasihat " kak tak bole terus cam gini. You have to write. If not you rugi nanti...bla..bla..bla". . Member aku Mr FF pun dah banyak kali dok bercerita bab kepentingan menulis and menjadi penyelidik yang baik. Aku memang setuju 200% dgn apa yang dicakap. Aku pun sebenarnya sejak mula masuk kerja ni tercari cari masa untuk aku menulis. Jadi semalam aku drive balik dari tempat kerja dgn semangat baru. Esok aku nak mula menulis. Aktiviti yg dah lama aku tinggalkan.
Sampai je kat umah my mom, report pertama yang aku dapat, Nina demam. The two boys ok, sihat tapi minta off dari study sebab diaorang nak tengok cd. So malam semalam while the two boys enjoying their cerita ,aku temankan Nina kat dalam bilik and akhirnya aku yang tertidur awal daripada Nina.
Seawal selepas subuh aku dah ready kat depan computer untuk mulakan kerja menulis. Then aku teringat yang aku perlu check chapter analysis En Hubby. Sekarang ni dia kat Oz, sedang menyambung perjuangan yang belum selesai. Terjumpa le plak few analysis dia yang aku rasa macam pelik. Disebabkan aku ni memang get excited with analysis, I start digging for answers. Ding dong ding dong dah pukul 8.30 pagi. Bermula le plak adengan angkut anak anak pegi letak umah my mom coz aku kena pecut pegi kerja plak.
Lepas class, semangat aku duduk depan computer untuk membaiki paper aku yang dah lamaaaa terbengkalai. Tup tup..terpandang le plak kertas merah kat dinding. Deadline untuk hantar final exam qtn next week. Kami kat Universiti terbesar di Malaya ni memang ditugaskan untuk menyediakan exam qtns untuk 1 Malaya. Proses menyediakan soklan memang tedious tambahan lagi dgn adanya OBE. Akhirnya pada pukul 5 ptg tadi aku dah berjaya mengemail soklan kepada resource person. Pukul 5.30 ptg aku pun drive balik umah.
Lepas Maghrib tadi aku pun buka blog and terbacalah tulisan Mr FF mengenai hari Jumaat dia yang begitu productive. Aku pun terpanggil untuk bercerita about my Friday yang kalut ribut.....heeee. Yang pasti aku masih tercari cari masa untuk aku menulis. Aku harap aku dapat jumpa secepat mungkin. Nanti bole lah aku call Mr FF cakap "kak dah antar untuk publication"....kih kih kih.
Ok., nak kena jadi cikgu tuition plak. Next week exam week.. Alamak...baru teringat aku janji dgn Abg Ngah nak terangkan cara nak buat laporan... Ok..chaow dulu..nak kena tanya Pak Cik Google jap format laporan UPSR....
No comments:
Post a Comment