Friday, October 19, 2012

Salahkah perasaan ini???

Sejak kembali bekerja perasaan tidak suka untuk pergi bekerja semakin membuak buak. Mungkin juga layanan yang diterima pada minggu pertama memberi kesan yang mendalam pada diri aku. Seperti yang pernah aku coretkan, aku dibiarkan terkial kial mencari bilik dan peralatan komputer. Nasib baik juga pengalaman yang dah berbelas belas tahun dalam sistem memudahkan aku untuk mendapatkan semua yang aku perlukan.Sekiranya aku tidak berusaha sendiri aku yakin silap haribulan aku masih berada dibilik gelap yang diberikan/dipanggil office itu. Hati kecil aku berkata, keadaan masih sama walaupun diglamerkan dgn penjenamaan baru dan pelbagai dokumen baru yang perlu diisi yang pastinya menambahkan beban kerja.

Kemudian apabila aku diamanahkan dgn tugas mengajar yang mencecah tahap maksimum. Aku makin kecewa. Seperti biasa alasan yang diberi adalah tidak cukup tenaga pengajar. Aku sendiri faham keadaan itu tapi persoaalannya sampai bila masalah tak cukup tenaga pengajar ni nak selesai. Telinga aku dah jemu mendengar dari zaman aku mula mengajar sehinggalah sekarang.  Dari hari ke hari hati makin tawar untuk ke tempat kerja. 

Sepanjang 3 bulan bekerja, aku melihat sistem "track" yang disediakan oleh pihak pentabir amat baik kalau diguna pakai.  Tapi apalah guna punya sistem yang indah dan baik diatas kertas sahaja. Aku tak nampak sebarang implementation dibuat. Aku mengambil kesempatan bertanya dengan otai otai yang terdahulu. Dengan sinis diaorang berkata "kitaorang dulu semangat gak nak buat research, nak ambik student, tapi jumlah jam mengajar tak kurang juga..biasalah atas alasan who wants to do the teaching work? kita tak cukup pensyarah...so sampai sekarang beginilah kami...buat setakat yang boleh...tak yah seksa seksa diri...". 

Aku juga mendengar cerita ada seorang pensyarah terpaksa bertegang leher, berkeras buku lidah untuk memastikan beliau dapat mengubah "track". Akhirnya beliau berjaya. Persoalan yang bermain diminda aku kalau lah sistem "track" ini betul betul digunapakai, apasal susah sgt nak ubah track. Ye lah, kalau tak layak lain cerita, tapi sepanjang yang aku tahu Si Pensyarah ni memang dah layak. Bagi je lah hak dia tanpa perlu dia berjuang bagai nak rak plak. Aku konpius....Cerita ini juga sedikit sebanyak mencalar semangat aku and beberapa yang lain untuk berusaha agar satu hari nanti kami juga layak untuk mengubah "track".

Jangan salah sangka, dari pemerhatian aku ada juga golongan yang selesa dgn keadaan ini. Kebanyakan mereka adalah golongan yang memang tidak punya hati untuk menulis atau membuat research. They love teaching work and golongan ni cakap diaorang pilih untuk bekerja di universiti ni pun sebab ianya teaching university. Don't talk about research or writing. Diaorang tak minat. Diaorang selesa dan tidak kisah diberi teaching load yang banyak. Tambahan lagi, teaching load yang banyak untuk semua pensyarah akan menjadikan golongan ini berada didalam keadaan /situasi yang sama dgn golongan yang layak untuk menjalankan research. Tidak ada apa beza. Pernah dengan sinis seseorang memberi komen direct kat depan muka aku " dah 3 bulan you masuk kerja, I tengok you sama je macam kami, in fact you punya loading banyak dari kami, kami tak nampak langsung macam mana you nak buat research/writing"....dgn senyum sinis dia menambah " sebab tu la we all tak nak buat PhD...buang masa saja".

Makin hari aku menjadi makin konpius.... Macam lagu Cinta Mukabuku tu..." banyak persoalan yang bermain diminda, banyak tanda tanya dan juga kata kerja..." 

 Kekadang aku merasakan aku berada di sebuah organisasi yang menghadapi personality crisis.  Kalau manusia kiranya macam ada masalah kecelaruan gender gitu..... atau mungkin juga aku yang sedang hadapi "midlife crisis"...atau perasaan tak suka ke tempat kerja ni juga adalah aku punya " menopause symptoms"...Mungkin juga....


1 comment:

Nor Fadzlina Nawi said...

7 thn lagi kak hehe...