Semalam saya terpaku mendengar arahan dari seseorang. Dah hampir 20 tahun bekerja, arahan bukan lagi sesuatu yang asing. Saya juga tidak ada masalah untuk menerima arahan. Sekiranya itu within my tugas, I will do it. No doubt about it. Yang mengenali saya akan tahu cara saya bekerja.
Kes semalam agak berbeza. Arahan untuk membuat sesuatu yang BUKAN tanggungjawab saya. Orang yang dipertanggungjawabkan dengan senang hati dan tanpa rasa segan silu mengarahkan saya melakukan kerja beliau atas alasan beliau sibuk. Semua surat menyurat, lantikan dan sebagainya atas nama beliau TETAPI all the donkey jobs dia arahkan saya yang buat. Apahal plak tetiba gua ada dalam cerita lu... Waaa....ini sudah lebih babe!
Abis saya tak sibuk???. Saya ditugaskan mengajar 3 subject baru and loading kerja yang tak masuk diakal (18 jam teaching +2 jam supervision). Bila saya mengingatkan beliau about perkara ni, dengan selambanya dia bercakap yang dia tak nampak pun saya bz. In fact, dia nengok saya sempat buat talk and sempat nak mohon grant research. Masa ni temperature saya dah naik mencanak canak. Saya sebenarnya dah hangin satu badan. Tapi akal saya ni cakap buang masa je bercakap ngan orang cam gini. So, saya pun cakap ngan dia "Sorry, saya tak nak buat" and "you nampak saya tak bz and saya sempat buat benda benda yg you tak buat because saya ada PhD and bukannya LLB (Look Like Bz)"...and saya belah .....
Ni nak masuk sessi leteran. Org yang tergamak mengarahkan saya ni punya personaliti yang amat mulia. Penuh sopan santun, tertib berbicara apatah lagi bila menyentuh soal soal agama. Saya pula, tak payah nak tulis panjang lebar lah kaannn....kalau udah dari first degree sampai ke PhD dok merantau dari benua Eropah ke benua Ostolia, tak kan le nak ada personaliti ustazah plak... Abih baik pun nampak ala ala Aishah or Abby Abadi je la....
Tetapi, seburuk buruk saya ni, saya amat particular bab tanggungjawab. Bagi saya hidup kita atas mukabumi ni dihitung semuanya. Kalau kita tak jalankan tanggungjawab maka kita juga akan dipersoalkan kelak. Tambahan pula bila dah diberikan pangkat and darjat. Sepatutnya golongan ini perlulah menjalankan tanggungjawab setimpal dengan pangkat dan gaji yang diberi. Bukannya pass kan kerja kat orang and enjoy your status..
Haisshhh....geram betul...yang herannya kalau bab pakai lipstick bole plak jadi issue dosa/pahala....abih kalau asyik ngelat kerja......itu tak dikira dosa/pahala ke????Aparaaaa......
1 comment:
Good one kak :-)
Post a Comment