Thursday, November 29, 2012

Convocation

Aku dah dapat invitation untuk pegi Convo in February next year. Sejak mula buat PhD, aku amat berharap yang this time aku akan dapat lalui the experience of attending convocation. Macam yang aku penah tulis dulu, semua ijazah  ijazah aku hanya disampaikan oleh Pak Cik Posmen je.

Few days ago, aku excited la bila dapat invitation tu. Tapi setelah melihat tarikh and harga tiket, aku terkedu. First problem. Time tu bukan cuti sekolah. Mana aku nak tinggalkan anak anak aku yang 3 org ni kalau both of us attend the convocation?? Siapa nak incharge about diaorang?? Dah la abg long & abg ngah nak sit for UPSR &SPM next year.  I don't think ponteng sekolah is a good option for them. Lagi pun , my convocation tu on Tuesday. Meaning Saturday dah nak kena ambik flight dari sini coz Monday dah nak kena ambik Regalia. Ding dong ding dong mau paling kejap pun 5 days jugak kat Oz. 

Encik Hubby suggest, bawa Si Nina ( ponteng le ni coz next year Nina dah darjah 1). Let the boys stay with my mom for a week. Then kena cari driver to ambik and hantar diaorang sekolah pulak. Another issue to think about, Si Nina tak kan bole tahan nak duduk dalam majlis tu. Nak plak, the event start at 7pm, silap hb  by 9pm si Nina  dah start buat perangai nak tidur. Mana plak aku nak tinggalkan Si Nina kat sana nanti??

Second problem, DUIT. Harga tiket....aku dah check, kalau aku pegi 3 org naik Air Asia pun aku kena spend  more than RM5,000 just for tickets. Itu belum tempat tinggal, sewa keta, makan etc. Nak menumpang umah kawan (memang ini lah yg selalu dibuat ), kenkawan yang kami kenal semua dah kena keluar padang.. semua dah balik Msia. Yang tinggal adalah geng geng yang masih hijau ngan bumi Oz and yang tinggal jauh dari University aku. Tak tergamak plak nak menyusahkan diaorang. Bila aku hitung, busuk busuk pun akan melayang lah juga RM10,000 duit simpanan aku.

Ooops..lupa plak nak citer, at the same time En Hubby kena tangguhkan proses submission dia ke February plak. Antara sebabnya  ada fees tertunggak.  Ini kes lagi sensasi tapi aku  malas nak cerita detail kat sini sebab nanti terkeluarlah plak bab bab yg tak sepatutnya. Bole menggugat keamanan negara plak nanti ...kih kih kih. Kesan dia kepada kami, kena le prepare duit plak for his trip untuk buat submission tu apabila pihak bertanggungjawab selesai membayar fees kat University.

So, aku and Encik Hubby estimate untuk kedua dua trip (convo & submission) kena lah prepare at least in total RM 15,000. Dalam tempuh 6 bulan lepas ,En Hubby ulang alik (Msia-Perth) untuk menghabiskan study dia pun kami dah habis lebih kurang RM 15,000. Itupun dia numpang umah member and kerap makan maggi sepanjang kat sana...kih kih kih. Pendek cerita, level tabungan kami dah catat warna oren sama macam level air sungai masa musim banjir. Amat berbahaya. Tambahan lagi perlawaan  Haji yg terpaksa ditangguh dari tahun 2008 (kami start our PhD) menambah sayu dihati.

Memangla En Hubby punya pengalaman yang luas bekerja di kilang duit (Perth Mint). Cuma dia hanya mahir jadi cleaner. Kemahiran untuk cap duit langsung tak ada. Kalau ada, nak jugak aku suruh dia cap duit sambil sambil tengok berita TV waktu malam tu.

Sayu hati aku bila memikirkan besar kemungkinan  aku akan menerima PhD aku dari Pak Cik Posmen. juga. Sorang kawan mencadangkan agar aku tangguhkan attending the ceremony ke akhir tahun depan (setahun 2x university aku buat convo). Cadangan tu pun aku tak leh buat atas 2 sebab: 1) tarikh convo tu adalah musim SPM and 2) aku dah pun mohon tangguh attending convo this year untuk ke February 2013.

Nak jadi cerita, dalam aku bergundah gulana semalam, datang le plak sorang kwn mencurahkan masalah dan kesedihan yang ditanggung beliau. Melihat mukanya yang layu aku pun mendengarlah kisah kedukaannya. Rupa rupanya, beliau amat kecewa kerana tempoh pengajian PhDnya hanya tinggal 6 bulan lagi and beliau belum layak untuk membentangkan proposal!!!. Terkejut King Kong aku. Sepanjang tempoh pengajian, penyelia (universiti tempatan) asyik berubah fikiran. Teori apa yang nak diapply pun dah berkali diarahkan ubah. Masa banyak dihabiskan membantu menjalankan research project penyelia. Malangnya research project tu tiada kaitan dgn topic PhD beliau. Banyak lagilah benda benda yang aku rasa yang tak perlu dibuat dan masa yang patut difokus kepada PhD telah diabiskan untuk benda lain. Memangla, kawan aku dapat 1,2 publication tapi bagi aku tak berbaloi langsung bila PhD tak dapat dihabiskan. Tambahan plak publication tu bukannya taraf ISI pun.

Luahan hati kawan aku tu menyedarkan aku, apa sgt lah nak sedih tak dapat pegi Convo. Allah dah pun izinkan aku menghabiskan PhD dengan jayanya. Sekurang kurangnya aku tak payah melalui semua yang kawan aku tu lalui. Aparaaa...aku nih...

Ok..Pak Cik Posmen I am ready to terima my scroll from you....Tapi kannnn...aku nak teruskan doa....manalah tau berlaku keajaiban....heeeee...


2 comments:

FakirFikir said...

Bila aku hitung, busuk busuk pun akan melayang lah juga RM10,000 duit simpanan aku

ada banyak lagi tu..10k

FF

Nor Fadzlina Nawi said...

Ala kak, pergi jer, duit boleh carik. That's my principle hehe