Mak saya punya sebuah kereta Proton Saga. Usia kereta tu about 14 years. Kereta tu kereta kesayangan mak. Idaklah sebab mak punya semangat patriotrik yang tinggi dan amat menyanjungi jenama Proton, it is just because that car peninggalan aruah Abah. Abah hanya sempat guna kereta tu selama 1 tahun then pegi menemui Ilahi. Kiranya kereta tu ada sentimental value dihati mak.
Mak menguruskan semua hal hidup di donia ini menggunakan kereta tu. Besar jasa kereta tua tu. Tapi usia mak yang makin lanjut dan usia keta yang makin meningkat menimbulkan pelbagai masalah. Kudrat mak dah tak sekuat dulu untuk memutar steering kereta yang keras (bukan power steering). Aircond kereta tu pun selalu meragam. Kekadang mak sendiri pun tak pasti minyak ada ke tak coz indicator dah rosak. Semua tu membuatkan kami anak beranak risau akan keselematan mak.
Ditambah plak kritikan kritikan pedas dari cucu cucu mak bila terpaksa naik kereta mak. Si Nina tanpa sedikit pun rasa bersalah akan memberi komen komen pedas tentang kepanasan berada didalam kereta mak apabila dia mengikut mak berjalan. Walaupun mak mengupah aisrim, dia tak akan putus putus komplen about the car. Abg Ngah sekali sekali akan mengeluarkan rasa tidak puas hati dan tidak selesa bila naik kereta mak. Abg Long and Ez yang dah makin besar tidak akan memberi komen secara telus tetapi akan memberi pelbagai alasan supaya mereka tidak perlu naik kereta mak.
Setelah cadangan untuk membeli kereta baru tidak mendapat sokongan, kami mencadangkan mak buat "make over" kat kereta dia. Akhirnya bermula lah proses makeover tu dan akhirnya keta mak di cat kan dgn warna baru. Saja untuk memberi mood baru kat mak.
Kebetulan kedai mengecat tu dekat ngan umah saya. Tokey kedai tu pun menghantarlah keta mak yang siap di cat tu kerumah saya pada satu malam. Sebelum masuk Isyak En Hubby dan saya pun menghantarlah kereta mak tu ke rumah mak.
Apabila sampai umah mak, barulah kami berdua perasan yang kunci kereta yang digunakan tu BUKAN kunci kereta mak. Selama ni, saya ingatkan setiap kereta punya kunci yang tersendiri. Ye lah kaann...mestilah ada ciri ciri keselematan. Kejadian malam tu membuktikan pemahaman saya salah. Kami selamat menghantar kereta kat umah mak menggunakan kunci kereta Proton kepunyaan orang lain. Siap sempat berhenti isi minyak lagi.
Untuk kepastian, kami pegi balik berjumpa tokey kedai. Dia mengesahkan yang tersalah memberi kunci. Kebetulan ada sebuah lagi kereta Proton yang sedang di cat. Kelakarnya dia plak bertanya kami macam mana engine kereta bole start??.kih kih kih...
Saya bukan engineer dan tidak langsung mahir bab bab kereta. Cuma akal saya bertanya, mana ciri ciri keselamatan kereta Proton, kalau dah kunci kereta orang lain bole digunakan untuk kereta kita tanpa sebarang masalah?. Macam mana diaorang design kunci kereta? Is it by batch? contohnya tiap 1000 kereta punya kunci yang sama? haish.....tak kan kot....kalau ada yang membaca posting ni and mahir bab bab keta ...cer citer...cer citer.....
2 comments:
lawaknyerrr kak hahaha...
belilah barangan keluaran tempatan ....
Post a Comment