Tajuk kat atas tu meleraikan kebuntuan otak aku mencari penjelasan diatas beberapa kejadian yang aku tak berapa nampak logiknya. Dah hampir 1 semester aku mula bertugas. Sepanjang 1 semester, banyak yang aku perhatikan.
Walaupun secara dasarnya tak ada apa apa perubahan yang nampak ketara, hakikatnya permainan dan percaturan dalam dunia akademik makin hebat. Tambahan lagi di sebuah pusat ilmu yang terbesar diMalaya, yang punyai sources of income yang amat limited berbanding dgn sumber manusia yang sedia ada, corak permainan nampak gayanya semakin sukar diduga.
2,3 orang kawan rapat membentangkan few things bertujuan menyedarkan aku yang lebih banyak berada didalam duniaku dan bekerja mengikut buku. They said, "nowadays, bagus saja tidak cukup, you must know how to play the game". Mereka pun memberi beberapa contoh untuk membuka mataku dan mindaku serta menyedarkan aku dengan persekitaran yang semakin mencabar. Apa yang dibentangkan mereka jelas membuktikan yang peluang akan lebih berpihak kepada siapa yang bijak bermain.
Persoalannya "Adakah aku bersedia untuk bermain cara mereka?"......
2 comments:
do the right thing and leave everything to Allah swt should be the best strategy to date.
why? simply because the rules of the game may not always concur with that of islam.
this game has no rules mem
Post a Comment