Besides
K-Pop, this is another phenomenon that we are facing: Holier-than-thou. Of
course no scientific data to support and 100% based on my observation. We (at
least I am feeling it) can no longer talk or discuss about anything without
somebody trying to connect it with religion. No more general or casual
discussion. You don't believe me? Just look at the social media. Look at your
FB or Wassap. Even if your intention just wants to talk about health in
general, there will be postings that divert your original intention to
religious issues. Don't get me wrong. I am not against any religious discussion
BUT when people start putting their ideas by pointing out how wrong others are-
I don't like it. Didn't get what I mean?? Ok for example when A is trying to
discuss about going to the gym ( the good , the bad and what not), why do we
need to give comment like .. Ooh if you zikir and always remembers Allah you
will definitely have good & perfect health. Please.... can we just have a
decent discussion???
Sunday, December 29, 2013
Wednesday, December 25, 2013
Hormati Perbezaan
Lately there were blasting of emails/ postings in FB/Wassap/etc informing us that wishing Merry X'mas to the non-muslim is haram. At first I just ignored them because I am not that interested with the cut & paste method of disseminating information. But when the postings come with evidences such as videos or statements from celebrity ustaz/ustazah, they get my attention.
I still remember seeing the handsome imam (sebijik Slyvester Stallone masa muda) in one of the mosques in Perth wishing Merry X'mas to his non-muslims friends with his most stunning smile. Haiishhhh...tak kan la imam tu sanggup menggadaikan akidah dia. Tak logik...tak logik.. Then I remembered beratur tunggu kedai buka untuk beli brg during boxing day with isteri2 ustaz. Haishhh...kalau wishing Merry X'mas pun rosak akidah/haram apatah lagi enjoying the X'mas offer. Apasal ustaz2 ni biarkan isteri2 diaorang buat benda yang merosak kan akidah. Sometimes I got info about Xmas sales from their wives. Tak kan lah diaorang sanggup biarkan isteri2 diaorang merosakkan akidah org lain plak. Macammana plak yang ada parents/mertua/ ipar duai still in ugama lama.Takkan lah as anak you cannot call your mom and say Merry X'mas. Haishhh...tak leh jadi ni. I have to check.
Then I found out, Majlis Fatwa Malaysia in 2007 lagi dah pun perjelaskan isu ini. In short, if it is just wishing X'mas without any niat untuk sanjung agama tu BOLEHHHH...Tak adanya kacau akidah. Nak tahu detail pegi cari kat website E-Fatwa. My conclusion, ada percanggahan pendapat dalam isu ini. Ada yang menasihatkan untuk tidak ucap Merry X'mas risau nanti kita terpengaruh dgn agama tersebut and ini melibatkan akidah. They should put it in a nice way. Tak perlulah kita meletakkan org yang mengucapkan Merry X'mas itu seolah olah mereka dah hilang akidah. Why we need to be so judgmental on others?
As for me, saya bukan pakar agama. Who am I to argue on the credibility of the appointed ulama in the Majlis Fatwa. Jadi saya mengikut apa yang diperjelaskan oleh Majlis Fatwa Malaysia. Sekian.
Saturday, December 14, 2013
Dulu Bukanlah Sekarang...
Dah lama cuti sekolah. Belum berkesempatan lagi bawa bebudak jalan2. Abg Long, Abg Ngah and Nina pun dah resah dok berkisar kat dalam umah. Last week En Hubby beli jiwa bebudak dgn bawa diaorang pegi tengok filem seram Penanggal. Setakat ni hanya itu lah yang mampu kami berdua buat untuk spend masa dgn diaorang musim cuti sekolah ni. Yesterday Nina komplen. Dia cakap kalau kat Ostolia dulu Mama &Papa boleh bawa pegi main kat park petang2. Dulu Mama &Papa bz jugak, tapi kita selalu bole pegi jalan2. Sekarang dah tak pernah pun bbq, Mama pun tak pernah bawa pegi fishing & crabbing. Mama pun dah tak nyanyi &menari kat dapur dengan Nina . Mama masak pun Nina tak nampak.
Saya diam and biarkan dia berleter. Bila dikenang, semua yang dikomplen Nina betul belaka. Sejak balik sini and mula kerja, tiada aktiviti dgn diaorang pada ptg hari. Nak ada aktiviti mcm mana pukul 6 pm baru sampai umah. Masa tu terkejar plak hantar Nina ngaji quran (kelas dia 6-8 pm). Weekend berlalu dgn buat kerja umah -mengemas, membasuh apa yang patut. Weekend juga lah ruang untuk menjalankan social responsibility- penuhi jemputan kenduri, lawat sahabat/sedara yang tak sihat etc. Sejujurnya saya memang tak ada masa untuk diri sendiri. Kalau ada ruang and peluang, kami akan bawa bebudak tu kluar shopping sambil2 beli brg2 dapur. Sambil menyelam minum air. Problemnya bebudak tu pun dah boring nak ikut sebab bnyk masa abis dok cari kicap, minyak,gula, susu etc.
Aktiviti saya bermula awal pagi. Aktiviti memasak. Almost everyday saya memasak for the family kecuali hari2 yang perlukan saya sampai awal pagi ke ofis. Masa bebudak sedang tidur or sibuk sembahyang subuh saya dah pun kat dapur. Sebab tu la Nina cakap dia dah tak nampak saya enjoying myself in the kitchen mcm dolu2. Memang tak sempat nak nyanyi2 sebab saya mengejar masa.
Hari ni saya termenung memikirkan bagaimana untuk kembali ke kehidupan yang dulu. Sibuk and stress bagai nak rak juga dulu tapi bebudak seronok coz we have time to be with them. Sekarang ni dah sampai ke penghujung semester bagi bebudak Degree. Berlonggok paper tests/quizzes /assignments yang perlu dibereskan. En hubby plak dipertanggungjawabkan untuk mengajar diploma (semester diploma baru bermula). Meaning no cuti for him. Saya dah kena last semester dan dah merasa betapa letihhhhnya mengajar dua alam (degree &diploma). Suka tak suka, tanggungjawab mesti dijalankan. Ianya amanah yang perlu dipenuhi dengan sesempurna mungkin.
Saya menjeling disudut meja, masih ada 2 journal articles yang perlu saya baiki. Bilakah agaknya saya ada ruang untuk baiki and mencuba nasib lagi untuk diterbitkan. Saya agak kecewa bila memikirkan kerja2 penulisan & research yang nampaknya tak kemana. Masa bnyk dihabiskan untuk keluar masuk class dan preparation untuk subject yang mengajar. Saya masih tercari cari masa untuk memenuhi tuntutan untuk menulis yang pasti memerlukan masa yang bukan sedikit untuk orang seperti saya. 2 minggu lepas saya mendapat khabar seorang lagi sahabat telah melompat pagar. Seorang lagi sedang KIV dan hanya menunggu masa yang sesuai.Saya berkesempatan berborak dgn diaorang. Alasan mereka sama- tempat baru memberi lebih ruang, masa and suasana untuk research.
Muga bermulanya tahun baru 2014 saya mendapat formula untuk merancang masa dengan lebih efficient bersama anak2 kat umah disamping menjalankan tugas yang dpertanggungjawabkan dgn baik. Kekadang terfikir gak....Kalau aku kayaaaaa....hari hari tak yah pegi kejaa...jaga anak sepenuh masaaa...heeeeee

Tuesday, December 10, 2013
Kena Faham...Jangan Melatah
Masih ramai yang salah faham. Masih ramai yang keliru. Masih ada yang kelabu. Paling menyedihkan bila yang salah faham and keliru tu dikalangan orang yang berpendidikan tinggi. Golongan yang sepatutnya punya tahap pemikiran beyond the ordinary level. Golongan yang represent cerdik pandai dalam masyarakat. Apa yang mereka keliru??? Simple je, antaranya mengata vs menegur dan mengritik vs tidak bersyukur.
Apabila ada yang cuba menegur tingkah laku seseorang yang memang jelas melampaui batas, maka timbullah issue yang si penegur sedang mengata. Maka dilabellah si penegur itu berdosa ataupun reverse psychologynya yang buat silap tu akan dapat pahala. Bagi saya, yang hampir dilupa, konteks mengata adalah merangkumi perkara yang tak pasti baik/buruknya, haq/batilnya or betul/tidak akan duduk perkara. Sekiranya perkara memang terang lagi bersuluh diluar batasan adalah menjadi tanggungjawab untuk orang keliling menegur.
Perlu juga difaham teguran ada pelbagai bentuk/cara. Application of the method depending very much on the situation. Sekiranya yang melakukan kesilapan itu usianya lebih muda mungkin dapat ditegur secara direct. Tetapi sekiranya yang silap itu lebih berusia, berpangkat dan berharta pula, mungkin si penegur akan menegur secara sinis/indirect. Disinilah kayanya adat resam orang Melayu. Kalau tak, tak kan ada peribahasa "pukul anak sindir menantu". Si penegur bertujuan untuk menegur kesilapan disamping menjaga air muka si pembuat silap tadi.
Another thing, kalau ada yang mengkritik sesuatu perkara tak semestinya si pengkritik adalah golongan yang tidak bersyukur. Mungkin si pengkritik sedang cuba highlight perkara2 yang terlepas pandang. Kritikan itu bertujuan untuk added value to the current situation. Contoh paling mudah mengenai perkara ini baca saja posting2 Kadir Jasin and Dr Asri. Adakalanya hasil tulisan mereka sinis tetapi mereka menceritakan perkara yang jelas. Adakah mereka sedang membuat dosa mengata? Saya rasa tidak. Mereka cuba untuk menegur untuk menjadikan sesuatu perkara itu lebih baik. Janganlah kita cepat melompat melabelkan mereka sedang membuat dosa. In the first place, siapalah kita untuk menjadi hakim siapa yang mendapat dosa and siapa yang mengumpul pahala.
Persoalan pokok, kita kenalah melatih diri untuk menilai dengan lebih bijak antara yang diklasifikasikan sebagai mengata/ menegur dan mengkritik /tidak bersyukur. Again, tiada jalan singkat untuk ini. Kena belajar berfikir secara kritis. Bagaimana? First step kena pupuklah minat untuk membaca. Membaca dapat membantu membuka minda agar kita dapat berfikir dengan kritis. Luas pembacaan, banyak pengetahuan boleh membantu dalam membuat penilaian. Bukankah mencari ilmu itu juga satu jihad/ibadah yang sepatutnya kita cuba lakukan kerana tidak memerlukan kos dan risiko yang tinggi. Jadi, mulakanlah dengan membaca!!
Akhir kalam, berada di kerusi empok langsung tidak menjamin kita untuk membuat penilaian yang tepat mengenai sesuatu duduk perkara kalau kita enggan membaca dan berfikir. Kerusi empok kita mungkin berada dibawah tempurung kita sendiri. Yang pasti aku menulis bukan kerana nama.....kui kui kui

Subscribe to:
Posts (Atom)