Saturday, January 30, 2016

Quran Daily

Hari ni nak cerita about this wassap group- Quran Daily. Saya bersyukur sangat di perkenalkan kepada group ni. Group ni bertujuan untuk mendisiplinkan kita to read quran. Reading Quran will be our daily routine. Tak banyak pun... a page a day. but the best part is the group leader provides us with the terjemahan & pengajaran ayat. As a group member lak we need to send simple message/symbol indicate that we have done our part each day. Alhamdulilah as for myself, saya jadi lebih disiplin. Now dah nak abis juz 27. So kepada yang ada kemudahan smart phone, why not cuba masuk this kind of groups.....memang berbaloi...

Thursday, January 28, 2016

Kenapa kita memilih untuk menjadi pekak dan buta

Nina baru keluar spital. Dari hari Khamis saya dah berkampung di wad. Demam panas. Sebenarnya dah 2,3 hari sebelum tu, dia dah demam. Tapi suhu badan masih boleh dikawal. Saya hanya memberi paracetamol. Then, the fever went off  and she went to school as usual. But , that Thursday night, her temperature shoot up to 40+. The whole night saya tak tidor. Jelom kepala dia. Dia plak dah meracau -racau dalam tidur.

Thursday morning I rushed her to the hospital. At first, Dr suspect denggi coz sekarang ni musim denggi. Alhamdulilah, lepas result blood test, dia tidak dijangkiti denggi.  Dr menasihatkan supaya tidak melakukan aktiviti luar. Keadaaan cuaca sekarang amat panas. Dr juga maklumkan wad kanak kanak antara wad yang memang penuh sesak musim sekarang ni. 

Saya pun terfikir, memang dalam keadaan cuaca yang AMAT panas ni kesian bila tengok bebudak sekolah masih kena attend latihan sukan, ko kurikulum and aktiviti merentas desa. Pukul 3 or 4 petang latihan sukan dah mula. MasyaAllah.... kita yang tua ni pun masih tak tahan nak berjemur dan berlari sebagainya kat luar, apatah lagi budak umur 9/ 10 tahun. Tidak boleh ka sistem kita sensitif dengan keadaan cuaca yang memang akan memudaratkan budak? Gantikan aja dengan aktiviti indoor, kalau dah risau sangat students akan jadi bodoh atau lesu kalau tidak bersukan. 

Teringat saya masa kat Oz dulu. Budak sekolah rendah memang wajib memakai topi. Tatkala cuaca panas dari biasa, pihak sekolah memastikan bebudak ni bermain di area yang ada bumbung. Mereka begitu concern untuk memastikan bebudak ni dijaga hal ehwal diri dan kesihatan. Tidak pernah pula saya melihat pihak sekolah buat latihan sukan di dalam cuaca panas terik atau buat aktiviti merentas desa di musim cuaca panas terik. Lebih menarik, tanpa latihan  sukan atau merentas desa di musim panas pelajar pelajar di Oz tidak le plak bodoh atau lesu tak bole belajar. 

Menurut Dr, pihak kementerian kesihatan  ada mengeluarkan surat untuk memaklumkan keadaan cuaca yang melampau dan memberi garis panduan yang patut diikuti. Antaranya adalah tidak melakukan aktiviti luar yang terlampau. Kenapa pegawai-pegawai pendidikan memilih untuk menjadi pekak? Saya pasti pegawai-pegawai pendidikan juga dapat melihat betapa ramai bebudak yang dilaporkan tidak sihat dan tidak hadir ke sekolah. Malah, mereka sendiri  pasti merasai bahang cuaca panas yang melampau. Kenapa mereka memilih untuk menjadi buta?

Saya tidak faham....saya kecewa lagiiii......

Tuesday, January 12, 2016

Aku ketinggalan zaman




Zaman ini rupanya Si Kaya suka bercerita about kekayaan mereka. Tidak cukup dengan bercerita mereka menunjuk2 kan kekayaan, Segala macam ditunjuk untuk tatapan umum. Tidak pulak rasa kekok. Di saat masih ramai yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu boleh bawa pulang ke rumah ada juga yang dengan tidak rasa bersalah berbuat demikian. 

Teringat pulak masa zaman kecik kecik dulu. Aku memang suka makan durian. Tapi durian ni dah masuk kategori buah2 luxury laa untuk family aku. Bila ada duit lebih aruah abah akan beli durian. Tapi setiap kali beli dia akan beli lebih sebiji untuk jiran sebelah. Kami tinggal kat rumah Semi-D. Aku pernah bertanya, kenapa kena bagi sebiji kat orang sebelah? Abah cakap, kalau kita makan durian, kita kena bagi laaa kat orang sebelah sebab durian baunya kuat. Orang sebelah mesti tahu kita sedang menikmati durian. Tak elok kalau kita makan yang sedap2 dan orang sebelah hanya dapat bau saja. Kalau buah lain tak apa. Kita makan berkilo pun orang sebelah tak akan tahu. Begitulah aruah abah mendidik kami adik beradik. 

Dari situ, aku membesar dengan prinsip hidup yang tak perlu menunjuk-nunjuk dengan apa yang kita ada. Hormat orang keliling. Paling tidak, kena ada rasa sensitif ke atas kesempitan hidup orang lain. Kalau pun tak dapat membantu, jangan menambah luka dihati mereka. Bayangkan, ada pasangan suami isteri yang sedang bersedih untuk mencari dana mengubati si anak yang sakit tenat. Kita pula menayangkan kepada satu dunia yang kita boleh membeli barangan yang kita sendiri tak tahu nak guna and nak sebut nama. 

Jangan salah sangka. Tak salah menjadi kaya. Lebih indah kalau Si Kaya menghormati denyut nadi orang keliling. Berjuta disekeliling anda yang setiap pagi masih berfikir cara untuk menyuap mulut anak anak dan isteri dirumah. To them...life is not as rosy as you  think.....

Saturday, January 2, 2016

Kekalutan dah bermula

Bahang kekalutan telah pun dirasa. Yesterday 1 hb Jan 2016 pergi hantar abang long balik ke kampus. Abang Long kena balik awal sebab hari ini (2 Jan 2016) mama kena pergi uruskan registration & pembayaran yuran sekolah Nina. Hal2 yuran, registration  & buku tulis untuk abang ngah dah pun disettlekan on 30th Dec 2015. 

Kos persiapan untuk kembali ke sekolah + yuran makin terasa. Yuran PIBG pun dah RM 50. Itu pun for 2016, Papa dah announced langkah berjimat cermat dan menguatkuasakan sistem perbelanjaan berhemah. Mama telah di warn awal2 lagi untuk beli apa yang perlu jer. Yang bole pakai lagi such as beg sekolah guna yang lama. So abang ngah still guna beg lama tapi rayuan Nina untuk dapat beg baru ( beg lama dia koyak sikit) di luluskan oleh Papa. Beg lama Nina + baju sekolah Nina & abang ngah telah kami sedekahkan kepada yang berminat. 

Satu lagi kekalutan adalah untuk menghantar & mengambil Nina & abang Ngah dari sekolah. Abang Ngah start sessi pagi & driver bus cakap dia akan hantar Abang Ngah kalau rela untuk bertolak seawal 6.20 pagi & beliau tidak dapat mengambil Abang ngah sebab malas nak deal ngan jalan yang jem masa t/hari.  Adusss.... kesian le plak abang ngah nak pergi sekolah seawal tu. Di pendekkan cerita this year kami kena jadi driver hantar & ambil anak2 dari sekolah. Memang akan kalut laa bila semester bermula nanti.

Tetiba hati merasa rindu yang amat sangat dengan  cara kehidupan especially schooling system kat Ostolia.