Monday, June 29, 2009

FAQ



Seringkali kami menerima soalan "cepu cemas" dari rakan rakan.." macam mana you all study ek???"..seringkali juga jawapan yang diberikan adalah senyuman.


Senyuman yang membawa banyak pengertian, dan hanya kami berdua aje yang faham.


Kenyataannya, kami tidak dapat membuat jadual tetap untuk pegi ke workstation setiap hari ( 9-5 ) seperti kebanyakan students PhD lain.


Kami berdua selalu terkejar kejar mencuri masa untuk belajar and masa belajar tidak menentu, dimana ada ruang , disitulah kami belajar.


Sudah menjadi kebiasaan, my husband membawa article ketika pegi mengering baju (kami tak ada dryer, so musim sejuk ni pegi kedai je la untuk kering baju-jimat dari beli dryer). Sambil tunggu kain kering, ambik kesempatan baca article.


Saya pula , dah menjadi kebiasaan, mencuri belajar tatkala anak anak dan suami tidur nyenyak. Perasaan takut bangun sorang sorang tatkala makhluk lain dibuai mimpi terpaksa ditolak jauh jauh. Masa tu lah , saya dapat fokus sepenuhnya dgn kerja kerja PhD.


Alhamdulillah, Allah telah perjodohkan kami berdua dengan supervisors yang begitu memahami constraints yang kami alami. Setakat ini, kami berdua mencuba sedaya upaya untuk tidak mengecewakan kepercayaan yang diberikan mereka terhadap kami dan juga "duit rakyat" yang digunakan untuk memberi peluang kami mencari ilmu disini. Muga Allah terus memberi kekuatan untuk terus berjuang, walaupun lingkaran hitam dibawah mata makin jelas kelihatan .heeee


Gambar gambar ni adalah cara belajar yang dah biasa dilakukan oleh kami berdua... Yang kat luar sana..tak payah ikut...susah sebenarnya cara ni...tapi terpaksa....heeeeee




Wednesday, June 24, 2009

What I like most about schools here

Uniform
Each school ada colour tersendiri. Each school has its own identity and bebudak ni cam proud ngan sekolah diaorang. The best part, uniform bebudak ni adalah T-Shirt and seluar panjang/pendek. Jadi mak mak tak le penat nak menggosok baju sekolah. Bebudak pun selesa amat untuk ke sekolah.

Topi
Satu kemestian especially for Pre-primary and primary. Diaorang concern sangat about cuaca yang kononnya panas tu.

Kasut sekolah
Bole pakai apa apa kasut yang selesa kecuali selipar and kasut yang terbuka. Most of the bebudak pakai sport shoes pegi sekolah. Again selesa.

Aktiviti kat sekolah
Semua tanggungjawab cikgu yang mengajar/ pihak sekolah untuk sediakan bahan. Maksud disini contoh for class craft. Diaorang kena buat project buat Naga (dragon). Jadi kena guna old newspaper, balloon, glue etc. Bebudak or mak bapa tak payah le susah susah dok cari benda benda tu semua. Sekolah yang sediakan. Bebudak plak tak perlu angkut buat project kat umah. semua kerja buat masa sekolah. Another contoh, like cooking class,semua bahan bahan pihak sekolah sediakan. Legalah mak bapa dari segi nak tekejar kejar mencari bahan yang cikgu suruh bawa pegi sekolah.

Newsletter
Parents akan di e-mailkan tentang perkembangan/aktiviti sekolah or class anak anak through newsletter. Semua aktiviti/ cam sports ke /trip ke dah diplan pada awal tahun pengajian.

Rewards
Bebudak ni akan diberi sijil penghargaan to motivate them. Kat Primary school dah biasa bila balik sekolah lengan bebudak or baju penuh sticker. pelbagai bentuk and warna. Semua cikgu bagi atas pelbagai sebab contoh bole jawab, start bercakap, tolong kawan, pandai menari etc. Bebudak ni rasa macam diaorang disayangi and dihargai oleh cikgu cikgu. Itu yang cuti sekolah pun sibuk nak pegi sekolah.

Parents-Teachers interview
Before break akan ada sessi ni. A week earlier, pihak sekolah dah edarkan appointment card. Sessi jumpa cikgu ikut appointment yang dibuat. Jadi senang le mak bapa nak plan pukul berapa nak pegi jumpa cikgu. Tak yah la ambik cuti 1 hari plak just nak pegi berbincang bab anak anak ni.

Diary system
Bebudak ni wajib tulis homework, test, aktivity in their own school diary. Diary ni plak parents kena sign and cikgu class pun kena sign. Jadi markah test cikgu akan tulis kat situ le. Sian Abang Long, kalau markah Math selalu menakutkan je.Heeeee

Itu lah beberapa perkara yang menarik kat sini. Benda benda ni membuatkan saya "keep going" bila saya rasa down dgn kerja kerja PhD, sebab saya tahu anak anak suka sekolah disini!!

Saturday, June 20, 2009

18SX

My house is located near Victoria Park. Finding halal restaurants is not a big problem here. One of the Indonesian restaurants is just a walking distance from my house. But , this does not mean my family always have outside food at home because as students my hubby and I cannot afford to have that lifestyle. However, once in a blue moon we do entertain our children with that kind of "luxury". Just to make them happy and as an escapism for me from doing my routine work (cooking ).

We found out, there are two nama makanan that might not lepas tapisan FINAS kalau kat Msia le. My two heroes akan ketawa terkekeh kekeh when they order these food i.e. Nasi goreng TETEK and Soup BONTOT. Ishhhhh...macam tak ada nama lain le plak..

My J-Lo plak whenever I cook soup kat umah, dia akan cakap soup bontot and my nasi goreng will become nasi goreng tetek. Dia dah blanket kan that term to indicate all kinds of soup and nasi goreng. Tak sedap betul telinga mendengar!!

Tuesday, June 16, 2009

Extremely Makeover

Project: Hair Restyle

Objective: Posh Beckham

Result: Dora The Explorer

Huaaaaaaaaaa......

Sunday, June 14, 2009

Parking

Dari Nov08 sampai last week my husband and I telah dengan jayanya meletakkan kenderaan kami secara illegal di campus. Lupa plak nak cakap, kat sini students kena bayar parking bila masuk kawasan universiti. Rate dia $4 per day.

Untuk menjimatkan our expenses, my husband study le dulu area area yang "selamat" dari security team. Kemudian, dia brief kat I. Jadi whenever I masuk campus, I hanya akan cari parking kat area area selamat je la. Sampai last week berjaya la strategi tu!.

Tapi lately ni cam ramai le plak mamat mamat org puteh ni yang tumpang sekaki park kat situ.Gerrammm gak. Diaorang kan banyak duit ..pegi lah beli parking tiket and parking lah tempat students. Biarlah tempat tempat "strategik" tu untuk golongan cam I ni.heeeee...

Dah jadi payah le plak nak dapat parking kat kawasan selamat especially bila turn I pegi Uni . Maklum lah skill parking and menyelit nyelit ni tak capai tahap ISO pun. Disebabkan sekarang ni dah makin bz and makin kerap le plak I kena larikan diri ke library,last week my hubby dah beli lah parking tiket sampai abih semester ni ($58).

Bila dah ada sticker kat kereta tu, rupanya bila masuk Uni, tetiba psychologically rasa cam confident je. Dgn seronoknya I berputar putar mencari parking kat area yang dikhaskan untuk students( payah gak sebenornye). Satu lagi yang best jarak yang nak kena menapak pun tak le sejauh dulu..

terima kasih lah ye....

Saturday, June 13, 2009

Thesis writing workshop

About 20 postgraduate students attended the above workshop which turned out to be more like a motivation session.heee.. Most of the participants are doing PhD or DBA. Of course at different level of the journey.

It was a good session eventhough it was diverted a little from the original objective. I met people with different background and with different stories of their PhD journey. Overall, most of us agreed that doing PhD is the most difficult, lonely and isolated journey.

I learned on how to overcome writer's block; dealing with self-doubt( diriku selalu alami yang ini);developing scholarly writing (bet not as easy as it sound!)and also about critical reading.Fuuuuhhh!! a lot actually.

The next step is the application process. Good luck to me!!

Thursday, June 11, 2009

Satu Pandangan..

Ari ni tergerak hati nak tulis about perkara perkara baik yang org barat amalkan. Before citer panjang panjang eloklah saya clearkan kat sini , tak semua yang org Barat buat tu baik, cuma I am more interested to highlight yang baik baik. Why? sebab yang buruk tak yah lah kita share.Yang baik je la yang patut di share so that kita dapat manafaat dari amalan mereka.

1)Hari pertama registration,sedang asyik dok isi borang kat counter (student service) tetiba seorang lecturer datang menyapa dan bertanya adakah kami berdua students baru kat Graduate School. Lepas cakap sekejap dia terus perkenalkan dirinya Professor Y(bukan nama sebenar..hehee).Selepas dia berlalu, my hubby and I tergamam, seorang Prof boleh dengan senang hati menegur students seperti kami tanpa sebarang sebab, dan menghulurkan salam perkenalan.

2) Sessi pertama untuk jumpa supervisor. Kebetulan one of our supervisors tu adalah Director Graduate School pada ketika itu. Selepas memberitahu PA dia yang kami dah sampai untuk first meeting, the PA asked us to wait outside his office. Dalam jangkaan kami tentulah nanti PA dia akan memberitahu kami bila waktu yang sesuai untuk masuk berjumpa our supervisor. Tanpa kami duga , our supervisor yang juga seorang Director telah keluar menjemput kami berdua untuk masuk ke bilik and after the meeting he escorted us untuk jumpa dgn all the staffs (non academic).

3) Ketika masuk hospital (macam hospital kerajaan kat Msia le). Since tak ada org yang nak jaga my J-Lo, so kami kena bawa dia sekali. Dr yang kendalikan my case siap keluar explain kat my hubby yang I need to go through banyak tests and suggest supaya my hubby balik dulu dgn J-Lo and she will contact my husband bila semua selesai.

4) Rata rata lecturer yang berkelulusan PhD, tidak langsung kisah dgn title "Dr" yang mereka bawa. Semua nya panggil nama je. To them ilmu tu yang penting . bukannya title!.

5) Budaya sharing information. Diaorang ni cukup murah hati dgn ilmu yang mereka ada. Kekadang kita rasa soalan kita tu tak standard/ tak ilmiah/ remeh etc. Tapi org Barat ni they will try their best to answer our questions and paling best they answer it politely!!.

Kat atas hanyalah beberapa contoh yang kekadang membuatkan saya terfikir kenapa kita org timur , muslim pulak tu tidak ada ciri ciri yang sepatutnya kita tonjolkan. Kenapa sesetengah kita begitu kedekut dengan maklumat or ilmu yang kita ada. Bukankah semua itu hak Allah??? Harap harap kita termasuk dalam generasi yang akan membawa budaya yang berbeza.......

Tuesday, June 9, 2009

J-Lo and her disciplinary problems.





Kedua dua menteri kabinet telah sebulat suara menghantar usul kepada President agar J-Lo di hadapkan ke lembaga disiplin. Kedua dua menteri yang lebih senior juga telah membuat laporan lengkap kepada Balai Polis St James. Puan Inspektor yang bertugas mengesahkan menerima lapuran tersebut.

J-Lo is facing with various accusations especially dari segi mengganggu ketenteraman awam. Diantaranya menggangu kedua dua menteri ketika mereka bersolat, merosakkan mainan mereka, menghabiskan cokelat Kit Kat yang menjadi kegemaran Menteri kedua, memasang keyboard terlalu kuat sehingga mengganggu kedua dua menteri dan yang paling tidak dapat diterima oleh kedua dua menteri adalah memaksa mereka melihat persembahan nyanyian dan gelekan dangdutnya dan juga merampas sessi permainan playstation mereka.

Lembaga disiplin parti hari ni telah memanggil J-Lo untuk disoal siasat. Malangnya, J-Lo didapati enggan berkerjasama . J-Lo telah memberi jawapan yang sama bagi setiap tuduhan i.e."Nina, tak buat apa-apa pun..".

Siasatan masih dijalankan. Bagi pihak Presiden, beliau berjanji dgn menteri menteri kabinet untuk cuba menyelesaikan masalah disiplin J-Lo secepat mungkin..

Thursday, June 4, 2009

The King of the School









Last week my second hero brought back home another two certificates for his outstanding performance at school. He was so proud about it and keep telling us (1000 times) that there were only 2 pupils got 2 certificates ( him and another aussie girl). Of course, his excitement somehow disturb my first hero.

Relax lah Abang Long..I think you could be like Steven Speilberg. A very talented film director. Mama was impressed with your 2 short stories project (for your English as a Second Language Class). Just focus more on other subjects. Then you can be whoever you want to be!!.

For Abang Ngah, If you really want to be the king of the school. You should start controlling your Big "M" (Malas) problem!!!

I love both of you with all my heart.

Wednesday, June 3, 2009

The Beginning of a New Episode





At last my hubby and I have passed through the first episode of our PhD journey. The new episode will start soon. I bet the new episode of our journey will not be an easy one but again we need to try our best to handle it.

We would like to ucapkan berbillion billion terimakasih to our family especially my mum and all kenkawan for the doa. Kepada Liza & Ibrahim, again, thank you for taking care of J-Lo and helping us when kami need to see our supervisors serentak. emmmmm...lepas u all balik Msia ni...poning ni..bab ni..

To Mr B and Mrs H kat Brisbane , thanks for the support and Mrs H thanks again for sharing with us your presentation slides ( I learn a lot from your superb slides).Muga Allah juga memudahkan your PhD journey.

Muga perjalanan seterusnya dipermudahkan..