Friday, December 23, 2011

PhD: Tepuk dada tanya selera

Saya ingin berkongsi cerita tentang perbualan saya dengan seorang Professor disini. Beliau bercerita, PhD adalah satu perjalanan pencarian ilmu. Setiap yang mendaftar sebagai pelajar PhD sepatutnya sedar yang proses pencarian adalah sesuatu yang sukar dan penuh dengan ketidak pastian. Semua kerja perlu dilakukan dengan sabar disertakan denagn niat untuk menambah ilmu. Beban bertambah bagi golongan seperti saya yang pasti akan dipertanggungjawabkan untuk menyelia pelajar lain apabila tamat pengajian.
Yang menariknya, beliau mengingatkan, sama seperti perjalanan lain dalam hidup, PhD journey juga ada jalan singkat. Pesan beliau, jangan sesekali terpedaya dengan jalan singkat yang akhirnya merugikan diri sendiri. Saya tidak faham dan meminta beliau menerangkan dengan lebih detail. Dengan senyum, beliau berkata adalah tidak mustahil untuk mendapatkan PhD walaupun kandungan thesis penuh dengan kesilapan. Semua itu berlaku dizaman sekarang kerana PhD berhubung rapat dengan hubungan anatara manusia.

Seterusnya beliau mengingatkan jangan sesekali berasa selesa apabila penyelia tidak mengkritik kerja kerja kita sebagai pelajar atau sentiasa memberi komen yang mengembirakan kita. Sebagai pelajar kita harus sedar yang penyelia juga manusia dan manusia itu sudah semestinya punya pelbagai niat, gaya, rupa dan cara. Beruntung kalau pelajar mendapat penyelia yang menjalankan tugas penuh integriti. Tambah beliau, adalah lebih baik kalau pelajar selalu mendapat krikitan dari penyelia kerana secara tidak langsung menunjukkan penyelia benar benar membaca kerja pelajar.

Sebelum meninggalkan saya, beliau berpesan setiap thesis pasti ada kesilapan dan awak akan merasa malu untuk membaca thesis awak sendiri selepas 5 tahun awak berjaya mendapatkan PhD. Namun begitu, tanggungjawab besar adalah untuk memastikan thesis yang dihantar punya kualiti dan tidak dipenuhi dengan kesilapan kesilapan yang TIDAK boleh dimaafkan. Jangan biarkan pembaca thesis awak terutamanya student yang sedang membuat PhD mempersoalkan bagaimana awak berjaya mendapatkan PhD berdasarkan thesis yang sedemikian rupa. Berdoalah agar supervisor dan juga examiner awak merupakan mereka yang menjalankan tugas penyeliaan dan pemeriksaan dengan penuh tanggungjawab dan mempunyai niat untuk percambahan ilmu. Ingatlah, dizaman sekarang semuanya bole terjadi!

Di sepanjang tempuh pengajian, saya tidak putus berdoa agar penyelia dan juga examiner yang akan dilantik nanti menjalankan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Sekurang kurangnya thesis tidak dipenuhi dengan kesilapan BESAR yang akan membuat hati sesiapa yang membaca thesis saya tertanya tanya tentang status PhD saya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum, sy Muhammad Najmudin dari pascasiswazah.com. Sya ingin mohon kebenaran Dr. untuk berkongsi artikel di blog Dr. ke laman web pascasiswazah.com dan kami akan link artikel tersebut ke blog asal Dr. Terima kasih