Saturday, April 14, 2012
Semuanya Terbalik
Friday, April 13, 2012
Bahawa Mati itu Benaarrr!!!
Thursday, April 12, 2012
Footballer OR dot dot dot
Wednesday, April 11, 2012
Lain Padang Lain Belalang
Monday, April 9, 2012
Mirror Mirror
Sunday, April 8, 2012
Faraid
Hampir semua harta harta yang kami akan tinggalkan telahpun diFaraidkan kepada kenkawan kat sini. Antara few yang tinggal adalah cam dalam gambar kat atas. Ikan kesayangan Nina & Abg Ngah and my pokok daun kesum. Masih berfikir fikir siapakah yang layak untuk menerima 2 benda nih.Kriteria penting adalah punya minat untuk menjaga dua benda nih.
Saturday, April 7, 2012
Our last autumn
Sekarang ni cuaca makin nyaman kat Perth nih. Cuaca Perth yang I tak tahan hanya lah musim summer yg panas melampau tu. Musim lain ok , nyaman je. Proses memacking barang pun dah sampai stage terakhir. InsyaAllah 11 hb ni shipping company akan dtg untuk collect all the barang.
Thursday, April 5, 2012
Kawan Lama
Semalam birthday kawan lama saya. Dah lama juga kami tak kongsi cerita. Masing masing bz ngan kehidupan dan keluarga. Dia tetap dalam ingatan dan doa saya. Macam Mat Salleh cakap la ' truly great friends are hard to find, difficult to leave and impossible to forget'. So, this year saya turut doakan dia berada didalam rahmat Allah ,berjaya dan berbahagia bersama keluarga.
Wednesday, April 4, 2012
Peringatan mesra kepada yang bergelar Boss
Sekarang ni ramai juga yang berjawatan tinggi disektor swasta /kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Ada yang sampai sini untuk menyambung pengajian peringkat Master dan ada juga PhD/DBA. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik. Bukan semua orang yang sudah berjawatan tinggi sanggup meninggalkan their comfort zone hanya untuk berjihad bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Syabas dan tahniah saya ucapkan bagi golongan yang terpilih ini.
Cuma hanya satu yang terkilan dihati. Kekadang mereka yang bergelar Boss ini terlupa untuk meninggalkan status Boss ketika melangkah kaki menaiki pesawat untuk membawa mereka kembali ke alam student. Lebih malang kalau sekiranya isteri kepada Boss juga terlupa bahawa status beliau telah berubah. Beliau bukan lagi isteri Boss tapi hanyalah isteri kepada seorang student.
Kehidupan di alam student tidak mementingkan pangkat dan darjat. Di alam student kami menganggap semua yang berstatus student adalah sama. Hanya pangkat abang dan kakak sahaja yang digunakan sekadar untuk menunjukkan rasa hormat kepada yang lebih berusia. Secara tak langsung cara berurusan, cara pergaulan dan intonasi semasa percakapan juga melambangkan tiada kasta antara student.
Alam student menjanjikan satu kehidupan/persahabatan yang menarik dan jujur tanpa sebarang kepentingan. Kehidupan yang tenang, setenang Swan River diwaktu senja or seindah tulip di Araluen di musim bunga or sedamai dan secantik Kings Park di City Centre mungkin tidak akan anda nikmati sepenuhnya sekiranya anda enggan untuk meninggalkan status boss/ isteri kepada boss ketika selamat mendarat di bumi Perth ini. So, tepuk dada tanya selera. Pilihan ditangan anda.
Tuesday, April 3, 2012
Yang diidam
Haaaa....ni plak ropa sayur kegemaran saya. Haishhh....jgn le buta warna...bukan nya daun sirih, ini namanya daun kadok. Daun kadok ni sedap kalau dibuat masak lemak campur ikan bilis. Buat kerabu pun sedap. Pendek cerita, kalau apa je yg ada daun kadok, nasi ulam ke, apa ke, saya suka.
source: Google