Sunday, April 8, 2012

Faraid





Hampir semua harta harta yang kami akan tinggalkan telahpun diFaraidkan kepada kenkawan kat sini. Antara few yang tinggal adalah cam dalam gambar kat atas. Ikan kesayangan Nina & Abg Ngah and my pokok daun kesum. Masih berfikir fikir siapakah yang layak untuk menerima 2 benda nih.Kriteria penting adalah punya minat untuk menjaga dua benda nih.


Ikan tu selama ni dijaga oleh Nina & Abg Ngah ngan penuh kasih sayang. Pada musim winter, Nina & Abg Ngah akan ubah kedudukan ikan tu supaya dekat sikit ngan heater. Kononnya takut ikan tu sejuk. Ikan bole rasa sejuk ke? kan ikan hidup dalam air?..entahlah..I pun konpius. Yang pasti, setiap kali winter, bebudak 2 org tu kalut dok ubah balang ikan. Sesekali En Hubby akan mencuci balang dan menggantikan air.


Zaman saya bebudak dulu, ikan tu idak le berharga pun. Kat Msia pun bukannya mahal sgt. Kat Oz ni , biasalah, bole tahan harganya. Tak penah pun saya terfikir ikan ni ada commercial value. Lagi satu, antara rule yg ditetapkan oleh house agent adalah tidak bole bela any pets including fish. So, setiap kali agent melakukan routine house inspection (3 bulan sekali), ikan tu akan disembunyikan oleh bebudak berdua tu didalam almari baju Abg Ngah. Selama hampir 4 tahun nih, ikan tu selamat la.


Pokok daun kesum tu pula telah menjadi sumber daun kesum kepada sebahagian pelajar Msia kat sini. Kalau ada yang nak masak asam pedas or laksa, selalunya tipon umah saya akan berdering , bertanyakan daun kesum. Besar tu jasa pokok daun kesum nih...heeee. Pokok ni pun asalnya difaraidkan kepada saya oleh pelajar yang terdahulu. Alhamdulillah saya menjalankan tanggungjawab menjaga pokok ni setakat yg termampu. Until now, ok lagi lah.


Harap harap, orang yang terpilih untuk difaraidkan 2 benda nih akan dapat menjaga ikan tu dengan penuh kasih sayang dan memastikan pelajar Msia tidak terputus bekalan daun kesum...kah kah kah.

3 comments:

ajaq said...

adakah ini catatan terakhir dari bumi kangaru

mulan said...

Mr Ajaq,
Not yet. InsyaAllah end of month bungkus balik.

huda said...

abg Ngah boleh start a new mini zoo kat Jitra nanti