Wednesday, April 11, 2012

Lain Padang Lain Belalang

Source: Google




Baru baru ni saya berkesempatan berbual or lebih tepat mendengar perbualan diantara seorang teman dgn kenalannya. Secara kebetulan saya berada disitu. Kenalan kepada teman saya ni menyatakan bagi diri dia, PhD bukanlah satu laluan yang susah, beliau dapat menghabiskan PhDnya kurang dari tempoh yang ditetapkan dan menghasilkan tiga penerbitan. Yang penting kena baik ngan svsor. Kerana saya langsung tidak mengenali beliau, saya hanya tersenyum mendengar hujahnya.

Perbualan tu memberi kesan negatif kepada teman saya. Teman saya ni masih lagi sibuk berjuang dan telah pun berada di penghujung tahun ke 4 pengajian. Stress level beliau amat tinggi. Mana nak pikir pasai study lagi, mana nak pikir pasal duit lagi. Kalau tak dapat complete juga, yuran university kena tanggung sendiri. Seperti yang dijangka, malam itu juga saya menerima panggilan tipon dari teman saya dengan nada penuh kesedihan beliau menyatakan rasa rendah diri dengan apa yang telah disampaikan oleh kenalannya.


Di sini saya ingin share pendapat saya mengenai perkara ini. Bagi saya setiap satu PhD tu berbeza. So, tak payah lah kita nak menghighlightkan berapa tahun kita dapat complete our PhD and berapa banyak publication yang kita bole buat sekiranya publication itu hanyalah di journal journal 'cap ayam'.


Contoh, teman saya ni membuat PhD dalam bidang sains dan mode PhD dia adalah by publication. Beliau juga menjalankan PhD di university yang diclassifykan sebagai G8 di Australia (Group of 8/top uni). Nak tak nak, dia kena berhempas pulas untuk memastikan sekurang kurangnya 3 paper dipublish di journal journal yang berkualiti. High ranking journal. Nak dapat tembus journal ni bukannya mudah. Bukan saya cakap, ini fakta kerana sesetengah University dan svsor amat cerewet. Dia orang lebih minat dgn soklan 'Where did you publish your work?' rather than 'Have you published your work?'


Berada di G8 university plak memberi tekanan tambahan. Quality amat diutamakan and bila bercakap bab quality saya rasa sekadar 'baik ngan svsor' tidak memberi kesan apa apa pun. Expectation tinggi. Again bab quality ni very subjective. Dalam satu talk yang saya hadiri during my second year, seorang Prof pernah memberi contoh thesis yang analisis nya salah. Penulisnya dapat juga PhD. Penulisan thesisnya penuh grammatical error, dapat juga PhD. Theory yang digunakan tidak tepat, dapat juga PhD. Ada juga yang hanya buat library research- tulis bab advantages & disadvantages about sesuatu perkara, no systematic/statistical analysis (Nvivo ke apa ke), dapat juga PhD.


So personally lah (memperingatkan diri sendiri juga), kalau dah berjaya dapat PhD, tak yah lah nak berlagak sombong or highlightkan how good you are dan memandang rendah dgn org yang gagal or mengambil masa yang lama untuk menghabiskan PhD mereka. Silap haribulan, golongan yang gagal and lambat nak complete ni lebih banyak ilmu research dalam diri mereka. Bukan ke, lagi banyak kesalahan yang dibuat tentunya lebih banyak benda yang dipelajari. Macam orang sesat jalan le, diaorang ni akan jumpa banyak lagi jalan dari golongan yang berjaya terus sampai ke destinasi...heee.

Kepada teman saya yang masih lagi stress, macam saya cakap dalam tipon le...buat 'derrk' je ngan species ni.... heeeee. Teruskan menulis, saya percaya you will reach your destination soon. Don't give up! go...go..go...

2 comments:

Mahirah Kamaludin said...

Ye lah Kak Intan.. Its in different ways..Ma pun kdg2 rasa low self confidence everytime people keep saying, "apa? case of study covered Kelantan only?". Hmmmm nampak diri ni alahai kecilnya nak banding dgn org lain buat economic analysis compare siap dgn others countries. But I can say my journey still in smooth sailing. Yang bercakap besar tu kdg2 nak cari data pun tersangkut sangkut lagi.

Zariza said...

Salam kenal Mulan,
Perjalanan PhD memang tidakkan sama antara seorang dengan yang lain .. mudah-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan itu amin ..:)