Sekarang ni ramai juga yang berjawatan tinggi disektor swasta /kerajaan telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran. Ada yang sampai sini untuk menyambung pengajian peringkat Master dan ada juga PhD/DBA. Bagi saya ini satu perkembangan yang baik. Bukan semua orang yang sudah berjawatan tinggi sanggup meninggalkan their comfort zone hanya untuk berjihad bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Syabas dan tahniah saya ucapkan bagi golongan yang terpilih ini.
Cuma hanya satu yang terkilan dihati. Kekadang mereka yang bergelar Boss ini terlupa untuk meninggalkan status Boss ketika melangkah kaki menaiki pesawat untuk membawa mereka kembali ke alam student. Lebih malang kalau sekiranya isteri kepada Boss juga terlupa bahawa status beliau telah berubah. Beliau bukan lagi isteri Boss tapi hanyalah isteri kepada seorang student.
Kehidupan di alam student tidak mementingkan pangkat dan darjat. Di alam student kami menganggap semua yang berstatus student adalah sama. Hanya pangkat abang dan kakak sahaja yang digunakan sekadar untuk menunjukkan rasa hormat kepada yang lebih berusia. Secara tak langsung cara berurusan, cara pergaulan dan intonasi semasa percakapan juga melambangkan tiada kasta antara student.
Alam student menjanjikan satu kehidupan/persahabatan yang menarik dan jujur tanpa sebarang kepentingan. Kehidupan yang tenang, setenang Swan River diwaktu senja or seindah tulip di Araluen di musim bunga or sedamai dan secantik Kings Park di City Centre mungkin tidak akan anda nikmati sepenuhnya sekiranya anda enggan untuk meninggalkan status boss/ isteri kepada boss ketika selamat mendarat di bumi Perth ini. So, tepuk dada tanya selera. Pilihan ditangan anda.
No comments:
Post a Comment